assalammualaikum...
Sambil tengok drama korea yang terbaru.. Secret Garden, zyla tetiba nak bercakap tentang homsick.. Siapa yang berjauhan dengan family, mahupun yang tersayang mesti kene penyakit homesick ni kan? termasuklah zyla... cuma zyla tak pernah bagitahu je. Pendam tulah yang buat zyla merana sendiri kat sini.
Tahun ni masuk tahun ke-2 zyla hidup bersendirian. cewah!! cuti semester zyla baliklah. Tapi cuti semester hanya sebulan kan? maksudnya dalam setahun zyla hanya balik Sarwak, 2 kali sahaja. huhu... sapa nak tumpang simpati dengan zyla?? tak payahlah, zyla sendiri yang nak stdy jauh-jauh. Biar ada yang rindu dan ingat kat zyla selalu.. bak kata orang, yang dekat bau taik, yang jauh bau wangi.. zyla nak jadi yang wangi.. ~~perasan kan?
Mula-mula zyla sampai Bangi ni, tipulah kalau zyla tak terasa betapa jauhnya family zyla.. Mak, ayah dan adik-adik. tapi taklah sehebat yang lain sebabnya 6 bulan sebelum zyla sambung belajar dan selepas SPM, zyla dah bekerja. berjauhan jugak dari family. Kiranya memang sejak SPM zyla sudah keluar dari rumah.. hehe.. untuk tujuan menimba ilmu kehidupan. Mak ayah dan adik-adik pu sering terasa, bila dioarng bersama mesti zyla je yang tak ada. Tak apalahh, nanti kalau zyla kahwin merek taklah terasa sangat sebab dah biasa zyla memang tak ada kat rumah... opss.. mak zyla selalu pesan.. " Along jangan kahwin awal sangat.. kteorang belum puas manja dengan along lagi".. zyla pun tapi apa boleh buat kalau jodoh datang awal kan.. hmm2.. nak kahwin ke zyla? Insya Allah kalau ada jodoh dan memang dia yang dijodohkan untuk zyla.. :").
bila tengok kawan yang kene penyakit "homesick" ni , zyla kesian dan kadang kala menyampah pun ada jugak... tahulah rindu, zyla pun.. tapi janganlah sampai abaikan matlamat kenapa kita berjauhan dengan famly? nak tuntut ilmu kan? alamak!!!! zyla betul-betul tak suka bila first day masuk kelas nak merengek rindukan famly tak fokus belajarlah apalah.. aish!! nasib baik zyla boleh bersabar lagi..
mungkin ada yang tak pernah terfikir tentang ini. Kadang kala bila kita bagitau mak ayah yang kita rindukan rumah, sebenarnya mak ayah kita bukan bangga sebab anak diorang igt kat diorang tapi jauh di sudut hati diorang terselit kerisauan di hati mereka. Jika anak mereka rindukan rumah, adakah anak mereka tu lalu untuk makan? lena untuk tidur? dan bersemangat untuk belajar? sebabnya mak zyla pernah pesan kan zyla.. jangan selalu ingatkan rumah, nanti cuti baliklah. yang penting zyla kat sini belajar dan capai cita-cita..
Penyakit Homesick ni memang akan melekat kat kita setiap hari AHAD betul tak?? sebab Isnin dah mula kelas kan? tapi bagi zyla sekarang ni dah tak ada homesick ni lagi. tak kisahlah 2 jam yang lalu zyla berada kat Sarawak tapi 2 jam kemudian zyla sudah menjejakkan kaki ke Tanah Semenanjung ini.
Tipulah kalau masa kat airport zyla tak menangis tapi selalu kuatkan hati dan cuba untuk senyum dan berharap satu hari nanti boleh bawa kejayaan untuk family...
zyla harap kepada yang belajar jauh dari family tu boleh control diri sendiri bila berjauhan dengan famly. Zyla tahu semua tu susah. Yelah selama ni ada diorang kan utk bantu kita? setiap hari tengok wajah mak ayah tersayang, tapi sekarang?
Ingatlah dengan harapan mak ayah kita terhadap kita k. semuanya akan kembali elok bila kita dah pandai menbiasakan diri kita dengan apa yang sedang kita lalui...
pupukkan balik semangat untuk belajar.. menuntut ilmu itu wajib dan wajibkan hati untuk tidak mudah menyerah kalah..!!
2 comments:
Memang mustahil la kalau ada orang kata dia tak pernah homesick. Even yang dah lama merantau pun still akan rasa homesick. Unless kalau dia rasa rumah dia memang tak best. Hahaha.
ni entri special utk pmpn.. sebab diorg kan sensitif.. hehe... lelaki ni zyla rasa mampu utk cover bila kene homesick... cuma tak nak homesick ni ganggu fokus diorg stdy..
Post a Comment