Sunday, September 04, 2011

hukum potong kuku

assalammualaikum...

selama ini mungkin ada antara kita yang pernah dan tak pernah diingatkan oleh mak ayah atau mereka yang lebih tua tentang amalan memotong kuku ni. zyla pun mengalaminya.. kiranya memang ada hari-hari yang tertentu je boleh potong kuku dan hari-hari yang tak boleh potong kuku sebab nanti terjadi yang tak elok. hurm? dulu masa mak zyla pesan, zyla blurr jugak. billa ditanya, mak jawab.. " ikut jelah nasihat orang tua.. ".  

dalam kehidupan masyarakat orang Melayu memang banyak pantang larang kan? kalau kita tanya balik, mereka akan jawab. itu pesanan orang tua dulu-dulu. nak tahu tak kenapa orang tua kita tak pernah jawab persoalan kita tentang setiap nasihat dan teguran mereka? sebab diorang dulu pun macam kita jugak.. bila ditanya tak dijawab.. 

macam adat potong kuku ni.. orang tua-tua cakap, elok potonh kuku hari Isnin, Khamis dan Jumaat.. tak elok pada hari selasa, rabu, sabtu dan ahad.. aik! Hari Jumaat tu memang boleh terimalah. penghulu segala hari, lebih-lebih lelaki nak ke Masjid untuk tunaikan solat Jumaat kenelah jadi lebih bersih kan?

alhamdulillah hari ini zyla terjumpa jugak isu tentang ini dekat website yang zyla dapat kat FB.. 

daripada pemahaman zyla.. memang tak ada tertulis atau termaktub dalam Al-Quran, dahlil mahupun hais tentang amalan memotong kuku ni. tak ada jugak hukum dapat pahala, keluar dosa, masuk dosa dengan memotong kuku.


mam Sakhawi menyebut:


قص الأظفار، لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

” Tiada suatu pun yang thabit dari Nabi SAW berkenaan cara-cara mengerat kuku dan tidak juga pada menentukan hari-hari untuknya.

Tapi setahu zyla.. hanya untuk wanita yang sedang haid sahaja yang tak boleh potong kuku, rambut, bulu ketiak. kalau nak potong pun kene simpan untuk dibawa masa mandi wajib nanti. allahhualam..
apapun, kebersihan diri kita memang perlu dijaga. itu salah satu perkara yang paling dituntut oleh Islam. kalaupun kita miskin janganlah baju pun kotor, tak ada halangan biarpun basuh tak guna serbuk pencuci itu semua terpulang pada kita mcm mana nak jaga diri sendiri kan?
zyla harap selepas ni tak ada lagi yang potong kuku mengikut hari. Betul itu semua alaman orang tua dulu-dulu, tapi amalan tak boleh tandingi dengan agama kita. cuba kita fikir, kalau kita amalan sampai bila-bila perkara ni, potong kuku mengikut hari-hari tertentu dan tiba-tiba pada hari Rabu kuku kita tersangatlah kotor dan harus dipotong tapi kita tak nak sebab teringat orang tua pesan nanti mewarisi penyakit keluarga.. boleh ke macam tu? kalau kita nak sakit, kita akan sakit jugak betul tak? tak potong kuku pun penyumbang juga dengan sakit.Bila kuku tak bersih, dan bila kita menggunakan tangan untuk makan kang nanti bakteria masuk dalam perut, jadi sakit perut.. dah ada satu masalah . ish2..

mmglah pada zaman moden banyak amalan orang tua dulu-dulu yang kita dah tak ikut. zyla akui ada antara amalan mereka tu bawa kebaikan dan kesejahteraan tetapi ada sesetengah tu macam mengarut sangat. zyla sedar, hari makin hari  semakin ramai yang telah menjadi orang yang cerdik pandai dan celik IT ini rajin-rajinlah cari info-info yang berfaedah kat Google.. mcm-mcm yang korang akan sedar dan dapat.. Insya Allah.. kalau tak yakin, boleh je cari sesiapa yang kita yakin akan ilmunya untuk bertanya. jangan jadi bodoh somboong. sesungguhnya ilmu itu bukanlah buku semata-mata. kalau malu bertanya smpai bila-bila kita akan menjadi tak tahu dan minda pun tak terbuka.. 


rajin-rajinlah potong kuku ye.. orang pun selesa kalau berdampingan dengan kita..



7 comments:

adz missy said...

bek! kebersihan harus dijaga....

Paris Hilton (M) said...

bukan saje penulisan, susun atur blog juga harus kemas deh,

ADAM FIKRI said...

owh...baru taw..adam ada jugak ikut petua ni..tapi adam x suka kuku pnjang..asal tumbuh sikit mesti terus potong..kadang2 tu smpi terpotong isi sikit sebab nk potong jugk walaupun tumbuh sikit sgt ^^

Niena Pengembara Ilahi said...

sbnrnya xde jgak dalil mengatakan wanita yg dtg bulan xdpt potong kuku,rmbut, etc... tu hnya mentaliti shj.. tak ada hadis atau tdk trcatit di dlm al-quran... blh je nk potong :)


tpi kalau nk simpan jgak xde la mnjadi satu kesalahan..

AIEN NOT ALIEN said...

kebersihan harus dijaga... ^_^"

.izzati liyana. said...

saya pernah terjumpa jugak blog yang cakap ade hari2 tertentu haram potong kuku. bila saya tanya betul ke, dia kata ustaz die ckp mse kck2. saya pon pelik. sebab kalau haram, mestilah semua ustaz da bagitahu. tapi saya tak pernah dengar pon. saya asal panjang je terus potong, rimas. kadang-kadang niat nak potong jumaat, tapi kalau dah terlepas takkan nak biar panjang sampai jumaat seterusnya. main potong je ikut suka asalkan bersih.

MySof said...

Harap admin boleh delete post ini kerana ditakuti bersubahat menyebarkan hadis palsu. Sila rujuk:
http://bin-sahak.blogspot.com/2009/01/hadith-palsu-tentang-adab-potong-kuku.html