Thursday, September 29, 2011

Kalau selama ni perempuan je, tapi sekarang ni lelaki pulak!

assalammualaikum..


Sebelum memulakan mukadimah pagi ni zyla nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-54 tahun kepada ayahanda yang tersayang, En Razali Salleh. zyla sayang ayah!

Berbalik kepada tajuk entri zyla hari ni. Tadi dah 3 blog zyla baca dengah entri-entri yang berunsur memotivasikan diri. semestinya perempuanlah kan.. sebab perempuan ni kan tabah dan sabar sifatnya?

bila putus cinta selalunya memang perempuan akan expresskan dirinya yang kecewa. kalau tak berubah perrwatakan daripada periang kepada pendiam buat seketika ( alamak! zyla tu), suka bersendirian dan menangis.. tapi pernah tak kita bayangkan macam mana kaum Adam menghadapi kelukaan hati mereka akibat putus cinta? zyla pun tak sure macam mana lelaki ni  bila putus cinta.

antara lelaki dan perempuan, kita dapat lihat lelaki ni lebih tenang bila hadapi perpisahan berbanding perempuan.. gila weh! kalau perempuan putus, habis semua barang nak dilemparnya keluar.. zyla tak de buat macam tu, jap lagi silap hari bulan mak zyla lempar zyla keluar rumah! masak zyla!

ramai perempuan ingat yang lelaki tak akan frust sangat bila putus cinta... siapa cakap?? lelakilah yang paling frust sekali tau! hah! nampak je tenang tapi hati mereka?? siapa tahu? dan siapa nak ambik tahu?  orag hanya akan persalahkan mereka kalau hubungan tu putus .. betul tak?? korang perempuan lebih baik mengaku?? zyla pon ada salahkan diorang.. hehe..

Cuba kaorang fikir wahai kaum Hawa, kalau kaumAdam ni tak frust, kenapa ada banyak lagu frust yang dinyanyikan dan dihasilkan oleh mereka untuk menunjukkan isi hati yang sebenar??

so konklusinya hari ni... yang perempuan please stop salahkan lelaki! sejak bila zyla backup lelaki ni.. sejak... teettttt.... haha... sbb bagi zyla, bukan semua salah mereka. dan kaum Adam tu pun akan rasa betapa gagalnya diri mereka untuk menjaga kita... jangan benci mereka selepas putus, jangan maki hamun mereka.. kita relaks sudah.. Insya Allah, satu hari nanti dia akan ingat balik kat kita..


sebab bagi zyla, walau berapa pun usia lelaki tu dia tetap mempunyai hati yang terlalu halus dan manja untuk disayangi oleh seorang wanita..


zyla ada menghadapi beberapa situasi bila ex-boyfriend zyla minta rujuk balik  tapi zyla tak  mau.. sekarang ni kteorang masih kawan balik, kat FB kalau sama2 online memang kteorang akan berchatting sakan... tapi setiap kali tu dia akan cakap still nak ambik tahu tentang zyla. yap! zyla tahu bukan salah dia jugak, tapi nak buat macam mana zyla tak boleh nak terima dia balik .


kepada sahabat zyla , Hawa mahupun Adam.. jangan saling menyalahkan oky. sebab hari ni zyla sedar, kalau kita dipisahkan tu bukan sebab dia yang salah atau salah orang ketiga tapi Allah SWT, mahu memguji kita.. dan ingatlah mungkin perpisahan itu hanya bersifat sementara.. mana tau nanti kahwin jugak dengan dia kan? 

memang orang cakap tunggu jodoh tu datang, tapi ingat nak suruh jodoh tu datang. kita kene usahakan jugak??


nak tahu siapa jodoh zyla??

tunggulah sedikit masa nanti..


dia akan berdiri disebelah zyla jugak..

dengan senyuman dan ketenangan di hatinya...

dan utk Adam zyla, 

yang zyla sendiri tak kenal siapa dan berada dimana..

Insya Allah,

nanti kita akan bersua juga.. 



cinta itu tetap milik adam dan hawa. 

disebabkan Adam sunyi hidup berseorangan

maka Allah SWT telah ciptakan dia seorang wanita yang digelar HAWA..

hawa yang dicipta dengan tulung rusuk kiri Adam..







7 comments:

Ezad Skytech said...

betul tu..tak baik nak salahkan satu pihak..

setiap yg berlaku tu mesti ada sebabnya kan...nak uji samaada kita kuat atau tak untuk hadapi ujian Allah.. :D

Fathin Fazila Razali said...

zyla pun baru sedar ttg ni... buat apa nak salahkan antara satu sama lain.. kita sama je sebenarnya.

oli-go said...

salam zyla..kalau ada lelaki yang frust maknanya dia setia..tapi kalau yang jenis buaya darat tu, rasanya dia tak heran pun kalau awek dia tak da..

nick dot anis said...

lelaki cool tak cam popuan kot:-)

Fathin Fazila Razali said...

oli-go: yap... depends la dgn lelaki tu.. tapi jgn igt lelaki je.. pmpn pn ada jugak jns yang buaya ni..

nick dot anis: tahu tak apa.. kalau diorang pun tak cool, habislah dunia ni.

aimie amalina said...

=]
insyaAllah...
zyla mesti jumpe yg terbaik buat diri zyla yee!

Fathin Fazila Razali said...

thnks aimie..