Monday, September 26, 2011

Isteri dera suami..???

assalammualaikum... 

pagi ni mesti banyak yang dengar Hot Fm masa odw nak pergi kerja kan?? zyla pun.. tengah zyla baring-baring sambil dengar isu pagi ni zyla agak terkejut jugak bila ada sorang isteri ni mengaku yang dia pukul suami dia! mak aii!!! maaf, kalau ada yang terasa. zyla pun tak kahwin lagi. tapi zyla masih ada asas agama. boleh ke si isteri nak mendera si suami?? dunia ni dah terbalik ke apa??

sebenarnya zyla langsung tak boleh terima alasan perempuan tu sebab dia nak dera atau meletakkan darjat suami dia lebih rendah dari dia.. kerana gaji dan pangkat lebih tinggi dari sang suami. tak semestinya si suami itu untuk dipijak-pijak... aduh!! sedarlah wahai wanita yang bergelar isteri yang ada perasaan sombong dan tidak menghormati suami. kalau kita mati nanti suami tak redha , maka tak hidu bau syurga tau!


zyla akui, zaman sekarang ni memang perempuan sekarang ni semuanya berjaya dan dapat income yang beribu-ribu. Tpi ingatlah, kalau ada masalag rumahtangga pun tak kan nak buat macam tu kat suami??? 

zyla tahu zyla tak berkahwin lagi, zyla tak ada calon suami pun, masih belajar lagi. tapi zyla banyak membaca tentang perkahwinan dalam Islam. dan sebaik-baik seorang suami adalah mereka yang tidak tinggi pangkatnya..

memang betullah dunia ni dah smpai penghujungnya... berfikirlah sendiri...

                                         baca [sini]








1 comment:

Terbang Bersamaku said...

yup, tak sepatutnya seorg isteri dera dan tak hormat suami dia, walaupun apa jua alasan yg di beri..
Suami mestilah d hormati sbgai ktua keluarga..