Wednesday, September 21, 2011

fikir dulu sebelum cakap, sabar dulu sebelum buat keputusan.

assalammualaikum...

Biarpun sekarang ni dah tengah malam dan keadaan memang sejuk ditambah lagi zyla yang sekarang berada dalam sebuah bilik yang boleh tahan takat bekunya, tetapi disebabkan otak zyla ni terfikirkan sesuatu dan jari jemari ni macam tak dapat nak tahan daripada menaip , zyla gagahkan jua diri ini untuk mengupdate entri biarpun kepala terasa berdenyut-denyut dan sebenarnya dah terlalu mengantuk! oky..mukadimah je dah panjang berjela.. tajuk entri pun panjang jugak..

Selalunya orang akan kaitan golongan wanita ni yang berfikiran pendek.. Pendek akal, betul tak? lebih-lebih lagi masa tengah marah, dan paling parah kalau masa tu mood tengah "bercuti".. pergh! sapa yang buat hal memang habislah kene habuan kan? memang zyla akui sebagai perempuan dan di usia semuda ini memang zyla tak matang lagi dalam nak kawal perasaan marah tu. Kalau tak puas hati ke terus cakap je tak fikir hati dan perasaan orang dah. Tapi itu dulu masa zyla kat sekolah menengah lagi, sebelum PMR. walaupun zyla ni jenis yang banyak cakap kalau dah terkena dengan perkara-perkara yang boleh menyentuh atau menguriskan hati orang tu zyla akan berhati-hati. Disebabkan itu sekarang ni zyla lebih senang untuk jadi seorang yang pendiam.. haa.. baguskan zyla, dah mula nak ubah perangai sekarang.. tak nak ada yang anggap mak joyah mak bedah lagi.. haha...

apa yang zyla tulis ni baru je zyla alami tadi. sebab zyla dah menyesal! hah! ambik kau! nasib baiklah zyla tak terlepas cakap atau terbuat keputusan yang salah dan terlepas cakap.. kang zyla sendiri yang rugi betul tak?

senang, zyla ambik satu situasi yang zyla pernah alami kat kolej. Paling kritikal of courselah masa  buat assignment group kan? tak semestinya satu group pandangan sama apabila masing-masing memang boleh tahan orangnya. Satu hari tu, lecturer bagi tugasan untuk kumpulan dan dalam satu kumpulan ada 3 orang. Nak dijadikan cerita, zyla dengan kawan zyla yang sorang ni sekarang lebih suka buat hal masing-masing tapi tak gaduh.. bila zyla dah bertungkus lumus dan excited ni nak tunjuk kat 2 oarng kawan zyla tu isi-isi yang zyla cari, tiba-tiba salah sorang daripada mereka kata nak tukar tajuk? hmm.. kalau koranglah ada kat tempat zyla, apa korang rasa bila dah penat-penat cari isi tapi akhirnya kene buang juak.. pada mulanya memang zyla agak hangin jugaklah.. aish! ingat senang ke nak buat semua tu? bersengkang mata dan korbankan masa rehat tu nak siapkan kerja.

tapi zyla berfikir.. kenapa nak tukar tajuk? mungkin dia nampak sesuatu yang zyla tak sedar tentang assignment kteorang tu.. biarpun mulut zyla melenting untuk 5 minit pertama tapi akhirnya malam tu kteorang bertiga berjaya jugak siapakn assigment tu. dan masa tulah zyla menyesal sebb melenting kawan tukar tajuk.. rupanya tajuk yang dia pilih tu lebih mudah untuk kteorang explain dan dapat extra mark.. yang zyla pulak suka nak explore benda baru dan cabar diri. jadi konklusinya sebelum korang nak melenting dulu ke apa, lebih baik berfikir betul-betul. jangan pulak korang melenting tak tentu pasal.. nanti korg jugak yang malu.. :")

samalah macam buat keputusan .. ini pun zyla bersyukur sebab hati yang berjaya untuk didik zyla sebagai seorang yang amat-amat sabar. Jangan cepat melantah kalau kita menghadapi situasi yang memberikan tekanan dan kekecewaan.. sebab nanti kita akan buat keputusan yang salah.. Bahaya tu! Biarkan saja masa selesaikan segala kekusutan dan masalah yang kita alami dalam masa tu kita berdoa dan cuba untuk terima keadaan yang genting tu... sabar itu banyak hikmah dan manisnya!!!

boleh tahan panjang jugak entri zyla malam ni... badan pun dh lenguh bersandar kat kepala katil, walaupun berselimut tebal dan pakai baju tebal zyla masih lagi kesejukkan.. air cond tu tak boleh nak tinggi lagi ke suhunya??? huhu.. apapun, zyla harap yang membaca faham apa maksud zyla.. terlebih lagi perempuan... jangan sbab perangai tak sabar kita, orang yang kita sayang akan tinggalkan kita juga.


mungkin ada lojiknya  bila agama Islam hanya meletakkan hukum jatuh talak kat tangan lelaki.. sebabnya lelaki  ni lebih suka berfikir dulu baru buat keputusan. tak macam perempauan.. cuba kalau talak ada kat tangan perempuan.. mesti asal gaduh je jatuh talak.. mesti ramai lelaki yang menduda ka?? fikir dan renungkan....




2 comments:

Kathy Tuah said...

kmk pun mlm tdik ada up entri lebih kurang mcm ya cuma lain ckit situasinya..tapi xpa, learn form mistake ^^

Fathin Fazila Razali said...

ap.. knk beajar dr kesilapan.. ni ada insan yang sempurna..