Rasanya pagi inilah yang paling nikmat sebab zyla tak kene headache.(^_^).. Kalau nak tahu kenapa zyla mengelak untuk bangun lewat atau lebih dari pukul 8.00 pagi sebab zyla tak nak kene headache ni. Kalau dah kene tu, memang zyla rasa nak menangis je. Tak tahan weh!
Disebabkan zyla ada pengalaman dalam kes-kes sakit kepala ni, pagi ni zyla nak share dengan korang tentang sakit kepala ni.
Sakit kepala ni bukanlah menandakan bahawa kita ni berpenyakit atau sakit yang serius. Bukan, jangan bimbang. Tapi mungkin disebabkan sakit-sakit yang ringan dan ada juga disebabkan oleh perasaan.
sebab-sebab yang merangsang sakit kepala:
- tekanan
- kemurungan
- migrain
- ketenganan dalam mata
- sakit gigi dan tulang rahang
- penyakit berkaitan telinga, hidung dan tekak
- kejang otot
- kecedaraan kepala, tengkuk dan leher
- angin ahmar
- jangkitan dalam otak
- tekanan darah tinggi
- pengambilan dadah dan racun.
Kalau korang rasa, sakit kepala korang tu hanya disbabkan oleh sakit pada anggota badan yang bengkak korang tak perlu risau sangat pon.. kalau jumpa doktor pun dia akan bagi ubat sakit kepala juga. amboi! pandai ek zyla bagi nasihat. memanglah dah kerap sangat ke klinik sebb sakit kepala ni, serba sedikit zyla tahulah.
tapi kalau sakit kepala tu pun ada bawa simptom-simptom yang macam ni korang kene jumpa dengan doktor.. bukan yang biasa tu tapi doktor pakar:
- demam
- jika tidak melebih 40 tahun
- sakit kepala masih tidak berkurangan walaupun selepas mengambil ubat tahan sakit
- sakit kepala yang kerap dan teruk
- sakit kepala yang berbeza dari apa yang anda sering alami
- lebih teruk dengan batuk dan bersih.
- selepas kemalangan kepala
- kejang tengkuk dan leher
- khayal
- lali dan sawan
- rasa lemah dan kebas
- kabur penglihatan atau buta
- sakit kepala melebih seminggu lebih kerap pada waktu pagi dan malam
- loya atau muntah
- seorang penghidap darah tinggi kanser dan HIV.
kalau ada tanda-tanda kat atas tu, korang memang kene berjumpa dengan doktor. Pastikan dengan awal kenapa anda selalu diserang sakit kepala.
tapi ada juga beberapa rawatan yang kita boleh buat sendiri untuk meringankan sakit kepala ni, tapi rawatan ni bergantung dengan sebab dan simptom yang korang alami:
- berehat dan baring bilik gelap dan sunyi.
- ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin
- cuba teknik bertenang dan urutan
- jika migrain, cuba letakkan cuba letakkan beg mengandungi air di dahi dan ubah cara makan.
- kendalikan tekanan dengan baik
- cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur
kalau korang rasa ada yang tak kene dan ada ketumbuhan kat kepala tu. memang kene buat CT-scan. tapi jangan bimbang.
tiada manusia kat dalam dunia ni yang tak pernah kene penyakit. kalau tak demam, cedera dan sakit kuat semua kita akan kene juga sakit tu. zyla suka dengan kata-kata ni..
"penyakit yang kau alami itu adalah untuk menebus dosa kamu yang lalu, makin kuat sakit itu makin banyak dosa kamu dihapuskan"
apapun, zyla nak pesan. jangan takut untuk jumpa doktor. kalau ditakdirkan kita ni menghidap penyakit itu ujian dari Allah SWT. ada sebab kenapa DIA bagi kita penyakit. sebb zyla tahu ramai yang takut nak jumpa doktor kan? lebih baik korang tahu penyakit korang.
"mencegah itu lebih baik dari merawat"
sumber : sini
4 comments:
org ckp kalau mengidam coki2 pun blh bwk penyakit kih3 :P
hahah!!! memang pon ... awaklah tu kot.
Selalunya cuaca dan stress la punca utama sakit kepala ni. Kalau dah kena, boleh hilang mood kerja dibuatnya. Haih.
Tahu tak apa. satu lagi tgklah gaya kita makan sekarag. kalau student nak makan makanan yang segera je... paling famous mcd lah..
Post a Comment