Wednesday, September 14, 2011

kebaikan bangun pagi

assalammualaikum...

sebelum nak pergi kolej sekejap lagi.. zyla nak share dengan korang tentang kebaikan bangun pagi ni. semua sedia maklumkan dengan tabiat tidur lewat dan bangu lewat? terus terang zyla tak berapa suka dengan tabiat tu. zyla minta maaf kepada mereka yang terasa. tapi bagi zyla mereka yang suka bangun tlewat ni tak sihat. sebab mereka dah terlepas satu nikmat dalam kehidupan mereka. apa yang zyla maksudkan ini? nikmay  yang mana, mereka boleh menghirup udara segar disetiap pagi!. 

zyla akui, kadang-kala pernah jugak zyla bangun pukul 9 pagi ke atas tapi bukan di setiap sabtu dan ahad zyla. Mungkin ramai yang tak sedar dengan kebaikan yang akan kita dapat jika kita mendisplinkan dii untuk bangun di awal pagi? alah.. senang cerita.. tunaikan solat subuh bagi yang wajib, mampu dan cukup syarat... ada faham??

bukanlah sesebabkan zyla baru je dapat info tentang kebaikan bangun pagi ini brulah berani bercakap kat sini.tapi sebelum ini pun ada jugak zyla menulis tentang bangun pagi ini. Kenapa susah sangat nak bangun awal pagi? itu je yang zyla nak tahu.. zyla geram juga kalau yang suka bangun lewat ini, kadang-kadang membantutkan kerja-kerja zyla je! memanglah tak cukup tidur dan rasa tak puas nak tidur tapi kita memang disunatkan untuk tidur selama 30  minit sebelum waktu Zuhur.. korang ada amalkan ini tak? kalau zyla bercuti memang zyla akan bangun awl dan tidur balik pada pukul 11 pagi macam tu, tapi selalunya tak lamalah zyla tidur sebab panas kan tengah hari..

zyla cuma nak nasihat kepada sesiapa yang suka sangat bangun lewat tu untuk ubah tabiat korang. knapa nak sibuk korang yang bangun lewat?? ish! suka hati zylalah.. dan benda baik dan bagus zyla tegurlah.. 

kebanyakkan orang yang bangun pagi ini..


  • wajah akan sentiasa berseri-seri dan nampak yakin . 
  • badan mereka akan sentiasa sihat sebab pagi-pagi lagi dah hirup udara fresh.
  • walaupun ada masalah, mereka tetap akan nampak tenang, sebabnya diog bangun utk solat Subuh dan berdoa kepada Allah SWT berikan mereka kekuatan hari ini dan lapangkan dada mereka
  • kalau pelajar, otaknya akan bergerak dan memberi tindak balas yang cekap dan pantas.. itulah orang kata, belajar selepas subuh adalah lebih baik dari belajar sampai lewat malam. 

nampak tak kebaikan bangun pagi tu? sebab tu zyla melatih diri zyla sendiri sejak tingkatan 1 lagi untuk bangun awal ni.. sebba pernah jugak kene sindir. " bangun lewat hari ini? maksudnya tak solat subuhlah"... malu giler zyla masa tu kene sindir, tapi bila dan bertahun amalkan bangun pagi.. sampai seorang cikgu ni bertanya kat zyla.. "saya tahu awak solat subuh dan bangun awal hari ini".. dan ketika itulah zyla rasa bersyukur dan bertuah sangat sebab satu teguran atau sindiran yang zyla pernah terima dulu menjadi satu pujian bagi zyla hari ini. senangkan?

kalau tadi kebaikan bangun pagi kat bawah ni zyla kongsikan pulak petua bangun pagi..

  • solat subuh.. itu ibarat bersenam jugak.
  • minum air suam.. untuk menampakkan wajah berseri.
  • hirup udara segar bila buka tingkat sambil ucap " Alhamdulillah".. cuba untuk senyum.
  • mandi, untuk lebih rasa segar dan yakin untuk memulakan hari baru.

Insya Allah kalau korang amalkan petua-petua yang macam ni korang akan merasai satu lagi nikmat kehidupan korang. zyla berkongsi tentang ini sebab zyla tengok semakin hari semakin mudah remaja seusia zyla untuk dapat penyakit. lebih-lebih lagi dengan pelbagai aktiviti dan cara hidup yang tak berapa nak sesuai dengan budaya kita telah mula menyerap masuk ke dalam diri generasi sekarang. 

Bangunlah awal pagi supaya kamu mudah untuk berfikir.., kata-kata:kak Long.


once korang dah biasa bangun awal ni, korang dah tak perlu nak set alarm lagi sebab secara automatik minda korang yang akan jadi alarm korang..

semoga berjaya untuk bangun di awal pagi!








2 comments:

Niena Muhammad said...

klo bangun pagi badan lebih rasa sihat & segar..biasanya bangun kul 5.30, pastu terus mandi brsiap nk gi keja, klo kt umah di kmpung, kul 6 bangun tuk solat subuh & mandi :)

kathy said...

ada jak ngamok mak mun bangun aher..hehehe~