Friday, September 02, 2011

fahami hatinya

assalammualaikum...

kenapa dalam kehidupan kita ni, kadang-kadang orang susah sangat nak faham tentang diri kita? kenapa mesti sekali dalam kehidupan kita orang nak tentukan segalanya untuk kita, sedangkan dia tahu dan sedar kita tidak bahagia? dan kenapa kadang-kadang orang tak boleh terima apa yang kita nak dalam kehidupan kita ni? walaupun kita dah tunjukkan kesungguhan kita untuk mendapatkannya tetapi, masih mahu menghalang. adil kah itu? ye, zyla tanya kamu semua? korng mesti akan jawab.. kalau itu yang terbaik utk kita apa salahnya, cuma kita tak tahu dan tak laluinya lagi. for the first place, yes, what u have just say or think is correct. but ever you think what will happen in the future?

lalalala~~~. memang buatkan zyla angin bila memikirkannya. yap, darah muda. marah bila keinginan tak dipersetujui. tapi  bukan semua. zyla pun masih boleh berfikir mana yang betul baik untuk zyla dan mana yang tidak boleh membuatkan zyla rasa tak senang.

boleh tak kalau amalkan hak kebebasan menentukan apa yang baik untuk diri sendiri. dan janganlah anggap zyla ni tak minta pendapat orang tua. tak kisahlah kalau kena marah dulu, janji kita bagitau dan terangkan pada mereka apa yang kita mahukan..

mungkin ada yang terkejut kalau zyla beritahu tentang ini. kalau sesiapa masih ingat akan kawan blogger kita, Amirah yang berkahwin pada usia 19 tahun? sekarang ni dah jadi public figure pulak. hehe.. yalah kawhwin umur macam tu dengan kedua ibubapa yang begitu supporting. bila kali ketiga baca blog dia.. zyla direct text ayah zyla. zyla bagitau ayah zyla, " ayah tipulah kalau jauh disudut hati along, along tak ada niat nak kahwin. along akui along nak kahwin. tapi along faham keadaan along sendiri yang masih belajar dan belum mampu untuk menjalankan tanggungjawab seorang isteri dan harapan mak dan ayah untuk melihat along berjaya. tapi ayah, kalau takdir dan jodoh along untuk  menikah 2,3 tahun akan datang along harap ayah tak membantah. along pun bukanlah desprate sangat tapi perkahwinan itu elok daripada kapel lama-lama. Insya Allah, walaupun terpaksa belajar smbil bekerja, menjadi isteri dan ibu dalam satu masa along cuba untuk sentiasa perbaiki diri along untuk menjadi yang tebaik dan dapat jalankan semua amanah dan tanggungjawab along yang sedia ada. cuma yang penting redha dan restu mak dan ayah untuk along dan bakal suami nanti supaya kehidupan kami aman sejahtera. boleh kan ayah?"

cuba teka apa reaksi mak ayah zyla? pada mulanya memanglh mak zyla angin. kenapa dengan zyla, tiba-tiba je cakap nak kahwin? siapa pulak yang zyla nak jadikan suami.? zyla akui sekarang zyla mengharapkan seseorang dan memahami dirinya. Insya Allah kalau tidak ada aral melintang dan jodoh itu milik kami, satu hari nanti kteorang akan bersatu juga.tapi kalau bukan jodoh zyla terima dan yakin pasti ada yang terbaik buat zyla dan dia. 

bagi ayah zyla.. ada baiknya zyla berterus -terang. at least nanti dia tak terkejut sangat. zyla faham itu ayah! waluapun sekarang ayah tak mengatakan apa-apa sangat tapi zyla tahu ayah nak zyla habiska diploma dulu dan ada kerja tetap. apapaun cinta tak boleh menjamin kebahagian tanpa kemampuan. betul tak?

Remaja sekarang ni memang banyak keinginan yang sukar untuk ibu bapa penuhi. alahai! kadang-kadang apa yang buat kerja gila. so zyla minta sangat pada sesiapa, janganlah memaksa mereka yang berada dibawah jagaanmu, tak kisahlah yang membaca ini adalah ibu bapa, kakak , abg, atau pak cik mak cik.. fikirkanlah hati mereka pada masa akan datang. kalau kita tetap memaksa tetapi di belakang kita mereka tetap melakukan apa yang mereka inginkan itu? apakah yang akan terjadi nanti? dengar , terima dan pertimbangkan apa yang dia mahukan, dia inginkan. Insya Allah, kalau betul itu yang dia inginkan. pasti apa juga keadaannya, dia akan berusaha untuk jadikan keinginnya itu sebagai sesuatu yang sempurna. dan kalau dia gagal sekalipun jangan sesekali mengejek dan menyindir ataupun mengungkit tentang kedegilannya yang lalu. kita semua sedia maklum kan? kehidupan bukanlah semudah  yang kita anggap dan bayangkan. 


orang pernah berkata pada zyla. 

" kalau benar kamu mencintai seseorang dan di kala dirinya ingin meninggalkan kamu, maka lepaskanlah ia. jika benar satu hari nanti dia memang tercipta buatmu dan dia kembali kepadamu. benarlah buat selamanya dia adalah milik kamu"

kalau disini zyla berani katakan apa yang telah pergi dari kehidupan zyla dan sekarang dia sudah kembali kepada zyla. apakah jawapan kamu? mahukah kamu terus membantah? walaupun zyla sendiri belum yakin akan apa yang terjadi sekarang, tapi zyla tetap akan usaha untuk menjadikan semua ini milik zyla semula! Insya Allah. 




Adalah lebih baik kamu melihat dia menangis hari ini kerana kemarahan dan kekecewaanmua , daripada kamu melihat dia menangis keesokkan hari dan kamu sendiri yang akan menyesal jika keadaan itu terjadi. 











2 comments:

Ada Sya said...

nice entry~ ye zyla.. saya pun percaya klu kita cintakan ssorg & dia hndak prg..maka lpaskan..andai dia jodoh kita.dia akan kembali.. tu slh 1 pegangan hidup saya..

kathy said...

semoga jodoh ktk dgn insan tersayang berpanjangan..amin..erm, ktk tnyk pasal sunah nak? nya nang org srwk ^^