Thursday, September 29, 2011

cerpen: ADIK

“ Kak long, hari ni hari pertama adik masuk sekolah. Ayah bagi duit belanja adik dekat along. Nanti masa rehat along kene jumpa adik. Ajak dia beli makanan kat kantin. “ Ayah menyusup rambut panjang milik  kak long. Ayah tahu kak long bukanlah anak yang degil dan tidak akan sesekali membantah arahanya. “Hari-hari ke ayah along kene jumpa adik masa rehat? “ kak long menatap wajah ayah untuk mendapatkan kepastian. Pada umur seawal 9 tahun dia telah diamanahkan oleh ayah untuk menjaga adiknya disekolah.  Ayah memeluk kak long erat dalam dakapannya. Ibu hanya tersenyum melihat situasi itu.


“ Adik, nanti kat sekolah jangan nakal-nakal. Jangan susahkan kak long. Masa rehat nanti adik tunggu kak long depan kelas sampai  kak long datang. “ tenang sekali ibu menasihatkan adik pagi itu. Entah mengapa pagi itu, ibu dan ayah berasa terlalu berat hati untuk melepaskan kak long dan adik ke sekolah.


Bagaikan ingin mengalir air mata ibu apabila melihat kak long memimpin tangan adik untuk masuk ke dalam bas sekolah. “ Kak long, jagalah adik baik-baik. Kalau satu hari nanti ibu dan ayah tak ada. Adik hanya ada kak long sorang sahaja dalam dunia ni”.

Di sekolah..

Sepertimana yang dipesan oleh ayah, bermula saja waktu rehat, Kak long tergesa-gesa keluar dari kelas dan menuju ke tempat adik. Kak long mahu biarlah adik  melihat dia diluar kelas nanti dan tidak mahu adik menantinya. Kak long tahu adik sudah lapar. “ Kak long! Sini” jerit adik sambil melambai ke arah  kak long.  Kak long terus menghampiri adik dan membimbing tangannya untuk sama berjalan beriringan ke kantin sekolah.

“ Adik nak makan apa hari ni” mata kak long melilau ke segenap kantin. Mencari tempat yang sesuai untuk mereka duduk nanti.

“ Adik nak makan apa yang kak long  makan”

“ Kak long pergi beli makanan , adik tunggu sini. Duduk sini diam-diam.”
Adik hanya menurut arahan sambil memandang ke arah kak long yang mula beratur untuk membeli makanan.

Beberapa seketika kemudian:

“ weh! Budak kecik.. kau pergi dari sini. Aku nak duduk sinilah” seorang pelajar lelaki menghalau Adik pergi dari tempat duduknya.  Adik sekadar mengeleng-gelengkan kepala tanda dia tidak mahu mengikut arahan pelajar lelaki tersebut.

“ oh, kau degil ya. Kau tahu tak yang aku ni pengawas kat sekolah ni.”

“ kak long suruh tunggu kat sini. Kejap lagi kak long sampai.” adik masih lagi duduk ditempatnya. Biarpun takut adik tetap memberanikan diri. Adik tahu kalau dia beredar dari situ, mesti susah kak long mencarinya nanti.

“ Kak long? Mana kak long kau. Entah-entah kak long kau pun dah tinggalkan kau.” Tanpa belas kasihan, pelajar tersebut mengangkat kolar baju adik dan menghalau adik  pergi dari situ.

Air mata mula membasahi pipi Adik. Tidak pernah sekalipun  dia diperlakukan sekasar itu oleh ahli keluarganya. Rupanya Kak long turut melihat kejadian itu. Tanpa memperdulikan pelajar lelaki tersebut, Kak long mencapai tangan adiknya dan membawa adik berlalu dari situ.

“ Adik, jangan menangis. Kak long ada.”

“ kak long temakan adik makan?”

“ adik takut ke?”


“ mulai hari ni kak long temankan adik makan boleh?”

Kak long sekadar mengangguk. Kak long membukakan bungkusan burger dan menghulurkan burger tersebut kepada adik. Adik bagaikan sudah biasa, menandah tangan dan membacakan doa makan untuk dia dan kak long.

Di rumah.

“ Kak long, esok tengah hari ayah dan ibu tak ada dekat rumah. Ayah nak ibu temankan ayah. Esok pergi sekolah  Kak long jangan lupa kunci rumah sekali”. Sekali lagi ayah memeluk Kak long seeratnya. Ayah bakal rindukan along dan adik esok. Sedetik ayah tidak menatap wajah Kak long dan adik , ayah sudah terasa rindu dan sunyi tanpa gelak ketawa kak long dan adik. “ Baiklah ayah” hanya itu yang kak long mampu katakan. Kak long membalas pelukan ayah seeratnya. Tanpa sedar kak long sudah tertidur dalam dakapan ayahnya.

“ Ayah, malam ni adik nak tidur dengan ayah dan ibu boleh?” perlahan adik menghampiri ayah yang membetulkan kedudukan kak long yang baru sahaja terlena.

“ Boleh sayang. Mari sini dekat ayah”


Adik menghampiri ayah dan terus duduk di riba ayah. Tanpa sedar rupanya Kak long juga bangun dan  memeluk ayah dari belakang.

“ Kak long belum tidur lagi ke?” ayah terkejut bila kak long  mencium pipinya.
“ bangun dah. Kak long pun nak tidur dengan ayah dan ibu”

Disebabkan geram melihat telatah kak long, ayah memeluk kedua-dua anaknya itu dan mencium mereka sepuas yang mungkin.

“ amboi  anak beranak ni, bergurau sakan ye. Kak long dan adik, esok nak sekolah kan. Tidur awal.” Ibu muncul ketika kak long dan adik kegelian dalam dakapan ayah.

“ Ibu, kak long dan adik nak tidur dengan kita.” Ayah memandang wajah ibu.

“ nak tidur dengan ayah dan ibu? Tak bolehlah. Dah besar kan?” ibu mula tergelak melihat wajah kak long dan adik yang mula mencuka.

“ ibu gurau jelah sayang. Meh ayah dukung kak long dan adik. “ ayah mengarahkan adik untuk memeluk belakangnya dan ayah menbantu  kak long untuk bangun.

Malam itu, ayah, ibu, kak long dan adik beriringan menuju ke kamar utama untuk tidur bersama.
Keesokan harinya.

Sesampai sahaja di hadapan rumah kak long hairan apabila melihat rumahnya dipenuhi dengan orang ramai. Ibu dan ayah buat jamuankah?

“ kak long, mak lang adalah. Tapi kenapa mak lang menangis?”

Kak long terus melihat mak langnya. Tanpa berlengah lagi kak long menuju ke arah mak lang. Dada kak long tiba-tiba terasa berdebar dan dia ingin tahu apa yang terjadi. “Mak lang, kenapa orang datang rumah ayah? Kenapa mak lang menangis?”

“ Kak long… ibu ayah kak long dah tak ada” dengan hati yang berat mak lang berterus terang dengan kak Long.  Hanya air mata sahaja yang mengalir di pipi kak long. Kak long berlari mendapatkan adik dan memeluk adik seeratnya. Seerat ayah memeluknya semalam.
                                                
                                                   ****
10 tahun sudah berlalu. Kini kak long sudah pun melanjutkan pelajarannya dalam bidang udang-undang, adik pula bakal menduduki SPM pada hujung tahun ni. Biarpun mereka berjauhan tetapi kasih sayang antara kak long dan adik tidak pernah pudar. Mereka sanggup berjauhan untuk mencapai cita-cita, sekiranya kak long sudah berjaya menamatkan pelajarannya nanti dia akan balik ke Sarawak untuk bersama dengan adiknya.

Biarpun ayah dan ibu meninggalakan kak long dan adik ketika dia masih lagi budak hingusan. Tidak pernah sekali kak Long menyalahkan takdir. Kak long tahu dia masih ada adik. Dan adiklah insan yang paling penting dalam hidupnya. Amanah dan segala nasihat dan pesanan yang pernah arwah ibu dan ayah tinggalkan tidak pernah kak long lupa.
“ Ayah, ibu.. kak long dan adik rindu”.






gambar hiasan: kak long dan adik


assalammualaikum, harap ada yang sudi baca cerpen pendek zyla ni dengan sepenuhnya. Ini bukanlah cerpen pertama yang zyla hasilkan. Setelah Warkah Terakhir Aina, 1 Syawal dan kini Adik.. dan cerpen ni merupakan yang pertama zyla share dengan public. Dan selepas buat entri ni zyla akan share dekat FB zyla pulak.. untuk kawan-kawan baca.

Cerpen ni memang ringkas dan pendek je. Jalan cerita dia memang zyla wujudkan satu suasana yang penuh kasih sayang dan kehidupan yang ringkas tanpa mengunakan nama sebenar. sebab zyla nak siapa yang baca boleh letakkan diri dia dalam cerpen ni. 

Kak Long dan Adik, serba sedikit merupai watak zyla dan adik zyla. tapi bukan keseluruhan cerita ini berkaitan dengan zyla. Segala apa yang tertulis dalam cerpen ni sekadar imaginasi zyla. 

Ini merupakan percubaan pertama zyla untuk mengetahui respons orang ramai terhadap penulisan zyla. Walaupun belajar dalam bidang akaun, sebenarnya zyla lebih minat untuk mendalami bidang penulisan. 

dan zyla berharap agar ada yang sudi untuk komen cerpen zyla ni.. apapun komen dan kritikan zyla terima. 




1 comment:

ahmad said...

:( nnti ade karya2 baru bgtau la ye