sebelum zyla mengakhiri hari ini dan jap lagi nak belek-belek buku sebelum tidur, zyla nak luahkan perasaan kat sini.
Dia bukanlah dari darah daging zyla..
Dia juga bukanlah insan yang selalu berada disisi zyla..
dia bukanlah seorang kakak yang terlalu prihatin terhadap satu-satunya adiknya ini...
tapi kerana kehadiran dia, serba sedikit zyla mula merasa apa itu kasih sayang seorang kakak. Selama ini zyla memang jeles sangat kalau kawan-kawan zyla tu ada kakak atau abang. Bukan zyla tak bersyukur sebab menjadi anak sulung dan dianugerahkan adik-adik yang menyayangi dan menghargai diri zyla. tapi jauh disudut hati terselit rasa cemburu bila melihat kawan-kawan zyla dimanjakan oleh kakak dan abg mereka!
zyla ingat lagi masa kakak zyla ni lamar zyla jadi adik angkat dia. zyla tak terus jawab, zyla sekadar angguk kan kepala dan terus peluk dia. syukur alhamdulillah.. mulai saat itu dan sehingga bila-bila dia adalah kakak zyla.
alah.. lupa pulak nak perkenalkan kakak zyla.. meh zyla kenalkan kat korang...siapa kakak zyla k.. ( kakak, sorry curi gambar dari FB akak... :"))
nama kakak zyla ni, Nurul Amira bt Hassan.
umur? sama dengan zyla lah... 19 tahun..
birthday dia... hurm ni yang zyla jeles ni.. 14 February 1992..
asal mana? bukan dari sarawaklah tapi kalau cuti raya ke dia tetap nak balik Sarawak jugak.
yang zyla tahu asal dia Kelantan + N. Sembilan..
sekarang ni tengah stdy kat UITM Melaka, dalam bidang Masscom... :")
akak, nanti nak cari pengacara, cari adik k.. adik pun boleh je acting depan camera ni.. hihi..
hari ni zyla terharu sangat sebab dia masih lagi panggil zyla.. "adik".. tipulah kalau zyla cakap zyla tak rindu dia. walaupun Bangi dan Melaka tu tak jauh tapi masa dan tanggungjawab kteorang yang membataskan untuk berjumpa. kalau balik Sarawak pun, mesti dia dah balik Uitm.. Sebab cuti kteorang berbeza. tak kisahlah semua tu asalkan antara zyla dan kak Mira zyla ni saling mengingati walaupun kteorang jarang berhubung.
kepada sesiapa je yang ada kakak or abg, korang respect dan sayangilah kakak dan abg yang korang ada. Mungkin bagi sesetengah tu macam tak guna je ada abg atau kakak tapi tak boleh harap. ok fine! tunggulah masa diorang dah kahwin nanti, masa diorang dah sibuk dengan anak-anak diorang.. masa tu jangan pulak korang nak nangis sedu sendan k.. baru rasa kehilangan kakak dan abg. macam tulah zyla dengan adik-adik zyla.. kalau diorang gaduh zyla akan sentiasa ingatkan diorang, nanti salah sorang berjauhan mesti korang rasa rindu jugak..
hargailah apa yang korang ada sekarang. Sayangilah insan-insan yang menyayangi diri korang. Kepada yang lebih tua tu korang hormat dan jangan sesekali pandang rendah kat diorang. mungkin korang tak sedar kakak dan abg ni biarpun diorang lebih banyak diam dan semacam tak ambik kisah tentang korang tapi sebenarnya jauh disudut hati diorang sangat-sangat sayangkan adik-adiknya.. macam mana zyla tahu? memanglah zyla tahu dan tu zyla pun kakak juga dan my hero pun anak sulung jugak... hehe..
4 comments:
betul tu zila... sangat terasa sunyi bila abag n kaka2 sudah bekeluarga... hargailah mereka semua... seadanya..kan???
yap.. tak kisahlah abg atau kakak kandung ataupun kakak dan abg angkat.. mereka masih mempunyai rasa sayang utk adik2nya..
walau macam mana pun, tak rapat ke selalu gaduh ke.. adik beradik tetap kita kena sayang. Sebenarnya parents and adik beradik lah harta kita paling besar kat dunia ni :)
tahu tak apa.. jangan pulak kta na pentingkan org lain lebih dari mereka...
Post a Comment