Thursday, September 29, 2011

cerpen: ADIK

“ Kak long, hari ni hari pertama adik masuk sekolah. Ayah bagi duit belanja adik dekat along. Nanti masa rehat along kene jumpa adik. Ajak dia beli makanan kat kantin. “ Ayah menyusup rambut panjang milik  kak long. Ayah tahu kak long bukanlah anak yang degil dan tidak akan sesekali membantah arahanya. “Hari-hari ke ayah along kene jumpa adik masa rehat? “ kak long menatap wajah ayah untuk mendapatkan kepastian. Pada umur seawal 9 tahun dia telah diamanahkan oleh ayah untuk menjaga adiknya disekolah.  Ayah memeluk kak long erat dalam dakapannya. Ibu hanya tersenyum melihat situasi itu.


“ Adik, nanti kat sekolah jangan nakal-nakal. Jangan susahkan kak long. Masa rehat nanti adik tunggu kak long depan kelas sampai  kak long datang. “ tenang sekali ibu menasihatkan adik pagi itu. Entah mengapa pagi itu, ibu dan ayah berasa terlalu berat hati untuk melepaskan kak long dan adik ke sekolah.


Bagaikan ingin mengalir air mata ibu apabila melihat kak long memimpin tangan adik untuk masuk ke dalam bas sekolah. “ Kak long, jagalah adik baik-baik. Kalau satu hari nanti ibu dan ayah tak ada. Adik hanya ada kak long sorang sahaja dalam dunia ni”.

Di sekolah..

Sepertimana yang dipesan oleh ayah, bermula saja waktu rehat, Kak long tergesa-gesa keluar dari kelas dan menuju ke tempat adik. Kak long mahu biarlah adik  melihat dia diluar kelas nanti dan tidak mahu adik menantinya. Kak long tahu adik sudah lapar. “ Kak long! Sini” jerit adik sambil melambai ke arah  kak long.  Kak long terus menghampiri adik dan membimbing tangannya untuk sama berjalan beriringan ke kantin sekolah.

“ Adik nak makan apa hari ni” mata kak long melilau ke segenap kantin. Mencari tempat yang sesuai untuk mereka duduk nanti.

“ Adik nak makan apa yang kak long  makan”

“ Kak long pergi beli makanan , adik tunggu sini. Duduk sini diam-diam.”
Adik hanya menurut arahan sambil memandang ke arah kak long yang mula beratur untuk membeli makanan.

Beberapa seketika kemudian:

“ weh! Budak kecik.. kau pergi dari sini. Aku nak duduk sinilah” seorang pelajar lelaki menghalau Adik pergi dari tempat duduknya.  Adik sekadar mengeleng-gelengkan kepala tanda dia tidak mahu mengikut arahan pelajar lelaki tersebut.

“ oh, kau degil ya. Kau tahu tak yang aku ni pengawas kat sekolah ni.”

“ kak long suruh tunggu kat sini. Kejap lagi kak long sampai.” adik masih lagi duduk ditempatnya. Biarpun takut adik tetap memberanikan diri. Adik tahu kalau dia beredar dari situ, mesti susah kak long mencarinya nanti.

“ Kak long? Mana kak long kau. Entah-entah kak long kau pun dah tinggalkan kau.” Tanpa belas kasihan, pelajar tersebut mengangkat kolar baju adik dan menghalau adik  pergi dari situ.

Air mata mula membasahi pipi Adik. Tidak pernah sekalipun  dia diperlakukan sekasar itu oleh ahli keluarganya. Rupanya Kak long turut melihat kejadian itu. Tanpa memperdulikan pelajar lelaki tersebut, Kak long mencapai tangan adiknya dan membawa adik berlalu dari situ.

“ Adik, jangan menangis. Kak long ada.”

“ kak long temakan adik makan?”

“ adik takut ke?”


“ mulai hari ni kak long temankan adik makan boleh?”

Kak long sekadar mengangguk. Kak long membukakan bungkusan burger dan menghulurkan burger tersebut kepada adik. Adik bagaikan sudah biasa, menandah tangan dan membacakan doa makan untuk dia dan kak long.

Di rumah.

“ Kak long, esok tengah hari ayah dan ibu tak ada dekat rumah. Ayah nak ibu temankan ayah. Esok pergi sekolah  Kak long jangan lupa kunci rumah sekali”. Sekali lagi ayah memeluk Kak long seeratnya. Ayah bakal rindukan along dan adik esok. Sedetik ayah tidak menatap wajah Kak long dan adik , ayah sudah terasa rindu dan sunyi tanpa gelak ketawa kak long dan adik. “ Baiklah ayah” hanya itu yang kak long mampu katakan. Kak long membalas pelukan ayah seeratnya. Tanpa sedar kak long sudah tertidur dalam dakapan ayahnya.

“ Ayah, malam ni adik nak tidur dengan ayah dan ibu boleh?” perlahan adik menghampiri ayah yang membetulkan kedudukan kak long yang baru sahaja terlena.

“ Boleh sayang. Mari sini dekat ayah”


Adik menghampiri ayah dan terus duduk di riba ayah. Tanpa sedar rupanya Kak long juga bangun dan  memeluk ayah dari belakang.

“ Kak long belum tidur lagi ke?” ayah terkejut bila kak long  mencium pipinya.
“ bangun dah. Kak long pun nak tidur dengan ayah dan ibu”

Disebabkan geram melihat telatah kak long, ayah memeluk kedua-dua anaknya itu dan mencium mereka sepuas yang mungkin.

“ amboi  anak beranak ni, bergurau sakan ye. Kak long dan adik, esok nak sekolah kan. Tidur awal.” Ibu muncul ketika kak long dan adik kegelian dalam dakapan ayah.

“ Ibu, kak long dan adik nak tidur dengan kita.” Ayah memandang wajah ibu.

“ nak tidur dengan ayah dan ibu? Tak bolehlah. Dah besar kan?” ibu mula tergelak melihat wajah kak long dan adik yang mula mencuka.

“ ibu gurau jelah sayang. Meh ayah dukung kak long dan adik. “ ayah mengarahkan adik untuk memeluk belakangnya dan ayah menbantu  kak long untuk bangun.

Malam itu, ayah, ibu, kak long dan adik beriringan menuju ke kamar utama untuk tidur bersama.
Keesokan harinya.

Sesampai sahaja di hadapan rumah kak long hairan apabila melihat rumahnya dipenuhi dengan orang ramai. Ibu dan ayah buat jamuankah?

“ kak long, mak lang adalah. Tapi kenapa mak lang menangis?”

Kak long terus melihat mak langnya. Tanpa berlengah lagi kak long menuju ke arah mak lang. Dada kak long tiba-tiba terasa berdebar dan dia ingin tahu apa yang terjadi. “Mak lang, kenapa orang datang rumah ayah? Kenapa mak lang menangis?”

“ Kak long… ibu ayah kak long dah tak ada” dengan hati yang berat mak lang berterus terang dengan kak Long.  Hanya air mata sahaja yang mengalir di pipi kak long. Kak long berlari mendapatkan adik dan memeluk adik seeratnya. Seerat ayah memeluknya semalam.
                                                
                                                   ****
10 tahun sudah berlalu. Kini kak long sudah pun melanjutkan pelajarannya dalam bidang udang-undang, adik pula bakal menduduki SPM pada hujung tahun ni. Biarpun mereka berjauhan tetapi kasih sayang antara kak long dan adik tidak pernah pudar. Mereka sanggup berjauhan untuk mencapai cita-cita, sekiranya kak long sudah berjaya menamatkan pelajarannya nanti dia akan balik ke Sarawak untuk bersama dengan adiknya.

Biarpun ayah dan ibu meninggalakan kak long dan adik ketika dia masih lagi budak hingusan. Tidak pernah sekali kak Long menyalahkan takdir. Kak long tahu dia masih ada adik. Dan adiklah insan yang paling penting dalam hidupnya. Amanah dan segala nasihat dan pesanan yang pernah arwah ibu dan ayah tinggalkan tidak pernah kak long lupa.
“ Ayah, ibu.. kak long dan adik rindu”.






gambar hiasan: kak long dan adik


assalammualaikum, harap ada yang sudi baca cerpen pendek zyla ni dengan sepenuhnya. Ini bukanlah cerpen pertama yang zyla hasilkan. Setelah Warkah Terakhir Aina, 1 Syawal dan kini Adik.. dan cerpen ni merupakan yang pertama zyla share dengan public. Dan selepas buat entri ni zyla akan share dekat FB zyla pulak.. untuk kawan-kawan baca.

Cerpen ni memang ringkas dan pendek je. Jalan cerita dia memang zyla wujudkan satu suasana yang penuh kasih sayang dan kehidupan yang ringkas tanpa mengunakan nama sebenar. sebab zyla nak siapa yang baca boleh letakkan diri dia dalam cerpen ni. 

Kak Long dan Adik, serba sedikit merupai watak zyla dan adik zyla. tapi bukan keseluruhan cerita ini berkaitan dengan zyla. Segala apa yang tertulis dalam cerpen ni sekadar imaginasi zyla. 

Ini merupakan percubaan pertama zyla untuk mengetahui respons orang ramai terhadap penulisan zyla. Walaupun belajar dalam bidang akaun, sebenarnya zyla lebih minat untuk mendalami bidang penulisan. 

dan zyla berharap agar ada yang sudi untuk komen cerpen zyla ni.. apapun komen dan kritikan zyla terima. 




bukan jadi macam saya, tapi jadi lebih baik dari saya.

assalammualaikum...

walaupun tengah hari ni kepala zyla masih diserang headache, tapi setelah baca komen pada entri boleh zyla terus update status kat FB dan terfikir nak buat entri ni..


komen dari oli-go





status dan komen di FB


terima kasih buat sahabat zyla, Fairul Zuandi sebab bagi zyla nasihat dan pandangan. persoalan dari dia buatkan zyla terfikir.. apa yang orang dapat dan fikir bila baca setiap entri yang zyla tulis. zyla tahu setiap entri tu bukanlah berkaitan dengan aktivit-aktivit kehidupan zyla yang menaik untuk dikongsikan bersama.. tapi kebanyakkan entri zyla memang berkaitan dengan isi tersirat yang ada dalam diari kehiudpan zyla. zyla tak boleh nak cerita dengan terbuka dekat sni. tapi apapun terima kasih bagi yang sudi membaca dan beri pandangan zyla amat hargai semua tu. 

buat oli-go,

tiada apa yang ada dalam diri zyla untuk dicontohi dan sebarang keistimewaan yang boleh awak nampak.. cuma zyla hanya boleh katakan.. kalau menghadapi apa jua masalah. jangan sesekali berputus asa. ingat Allah SWT sedang menguji kita.. jangan kata mahu jadi seperti saya tapi jadi lebih baik daripada saya..




Kalau selama ni perempuan je, tapi sekarang ni lelaki pulak!

assalammualaikum..


Sebelum memulakan mukadimah pagi ni zyla nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-54 tahun kepada ayahanda yang tersayang, En Razali Salleh. zyla sayang ayah!

Berbalik kepada tajuk entri zyla hari ni. Tadi dah 3 blog zyla baca dengah entri-entri yang berunsur memotivasikan diri. semestinya perempuanlah kan.. sebab perempuan ni kan tabah dan sabar sifatnya?

bila putus cinta selalunya memang perempuan akan expresskan dirinya yang kecewa. kalau tak berubah perrwatakan daripada periang kepada pendiam buat seketika ( alamak! zyla tu), suka bersendirian dan menangis.. tapi pernah tak kita bayangkan macam mana kaum Adam menghadapi kelukaan hati mereka akibat putus cinta? zyla pun tak sure macam mana lelaki ni  bila putus cinta.

antara lelaki dan perempuan, kita dapat lihat lelaki ni lebih tenang bila hadapi perpisahan berbanding perempuan.. gila weh! kalau perempuan putus, habis semua barang nak dilemparnya keluar.. zyla tak de buat macam tu, jap lagi silap hari bulan mak zyla lempar zyla keluar rumah! masak zyla!

ramai perempuan ingat yang lelaki tak akan frust sangat bila putus cinta... siapa cakap?? lelakilah yang paling frust sekali tau! hah! nampak je tenang tapi hati mereka?? siapa tahu? dan siapa nak ambik tahu?  orag hanya akan persalahkan mereka kalau hubungan tu putus .. betul tak?? korang perempuan lebih baik mengaku?? zyla pon ada salahkan diorang.. hehe..

Cuba kaorang fikir wahai kaum Hawa, kalau kaumAdam ni tak frust, kenapa ada banyak lagu frust yang dinyanyikan dan dihasilkan oleh mereka untuk menunjukkan isi hati yang sebenar??

so konklusinya hari ni... yang perempuan please stop salahkan lelaki! sejak bila zyla backup lelaki ni.. sejak... teettttt.... haha... sbb bagi zyla, bukan semua salah mereka. dan kaum Adam tu pun akan rasa betapa gagalnya diri mereka untuk menjaga kita... jangan benci mereka selepas putus, jangan maki hamun mereka.. kita relaks sudah.. Insya Allah, satu hari nanti dia akan ingat balik kat kita..


sebab bagi zyla, walau berapa pun usia lelaki tu dia tetap mempunyai hati yang terlalu halus dan manja untuk disayangi oleh seorang wanita..


zyla ada menghadapi beberapa situasi bila ex-boyfriend zyla minta rujuk balik  tapi zyla tak  mau.. sekarang ni kteorang masih kawan balik, kat FB kalau sama2 online memang kteorang akan berchatting sakan... tapi setiap kali tu dia akan cakap still nak ambik tahu tentang zyla. yap! zyla tahu bukan salah dia jugak, tapi nak buat macam mana zyla tak boleh nak terima dia balik .


kepada sahabat zyla , Hawa mahupun Adam.. jangan saling menyalahkan oky. sebab hari ni zyla sedar, kalau kita dipisahkan tu bukan sebab dia yang salah atau salah orang ketiga tapi Allah SWT, mahu memguji kita.. dan ingatlah mungkin perpisahan itu hanya bersifat sementara.. mana tau nanti kahwin jugak dengan dia kan? 

memang orang cakap tunggu jodoh tu datang, tapi ingat nak suruh jodoh tu datang. kita kene usahakan jugak??


nak tahu siapa jodoh zyla??

tunggulah sedikit masa nanti..


dia akan berdiri disebelah zyla jugak..

dengan senyuman dan ketenangan di hatinya...

dan utk Adam zyla, 

yang zyla sendiri tak kenal siapa dan berada dimana..

Insya Allah,

nanti kita akan bersua juga.. 



cinta itu tetap milik adam dan hawa. 

disebabkan Adam sunyi hidup berseorangan

maka Allah SWT telah ciptakan dia seorang wanita yang digelar HAWA..

hawa yang dicipta dengan tulung rusuk kiri Adam..







Wednesday, September 28, 2011

boleh

assalammualaikum

zyla nak cakap

masih belum ada yang mampu

membuatkan zyla putus asa sepenuhnya.

dan 

zyla bukan manusia yang mudah rapuh hatinya

zyla tahu masih ada peluang.

dan 

zyla tak nak melenggah-lenggahkan peluang dan masa yang ada.

saya bukan orang yang teliti

assalammualaikum..

amboi pagi ni je zyla dah update 4 entri dalam masa 2 jam.. aduh. macam nilah kalau idea ada nak melalut kat blog ni.

Hari ni zyla belik-belik buku EXCEL zyla.. tak lama lagi, akan didedahkan dengan UBS Software utk aaccounting..

semalam chat dengan kawan, zyla tanya dia nanti ada exam apa lagi.. yelah semua tahu kan sekarang ni pelajar-pelajar UITM peringkat Diploma sedang menghadapi Final exam. so dia bagitau zyla, yang paper dia yang paling last dan memang paling susah iaitu Account. Pergh! memanglah, akaun tu susah derr.. zyla yang memang major dalam account ni walaupun ada basic pun masih goyang lagi.

nak stdy akaun ni kene teliti dan peka.. kene fikir betul-betul sebelum nak mulakan buat akaun tu. nak buat journal, ledger, financial statement position, statement of owner equity and so on.. bukan tu je, kene alert nak guna formula yang mana nak kira depreciation, reducing balance method atau straight line method.. 

zyla akui zyla bukanlah orang yang terlalu teliti dan saya selalu careless! terutamanya masa exam! memang lingkuplah zyla kan..cuma satu je zyla syukur sebb memang dah ada basic skill dalam bidang ni.. so tak melatah sangat..


kalau ada yang kat luar sana nak ambik akaun.. zyla amat-amat menggalakkan.. sebabnya Malaysia sekarang ni kekurangan akauantant dan mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang akaun ni..

tapi jangan pulak zyla careless masa kat airport sudah... haha.. gila weh!! kalau ada apa2 yang tertinggal masa zyla nak naik  kapal terbang atau belon ( bahasa orang sarawaklah).

macam mana nak rawat penyakit careless zyla ni?? nasib jugak zyla ni bukan jenis yang kisah kalau ada apa-apa yang berlaku.. sebab dah tahu tu kesilapan zyla.. nak kisah buat apa ??

harap masa kerja nanti zyla tak ada careless lagi.. kang, hancus kerja zyla.. 






wordless wednesday- 28/9/2011

assalammualaikum...

saya suka bangun pagi

dan mandi awal

sebab

badan saya akan sentiasa wangi

dan hati akan rasa tenang

i'm ready for today!



aku Gila Printscreen! Give away

assalammualaikum...


selepas berbalas komen walaupun ringkas dengan ku azhar ( Final Hope), zyla pun teruja untu join giveaway dia. dan ini merupakan giveaway pertama yang zyla ikut! selama ni memang tak pernah join benda ni.


apapun ni printscreen zyla.


oky..  ni desktop lappy zyla.

macam bosan kan? zyla memang tak letak banyak benda kat desktop sebab sekadar short-cut je kan..

background zyla senang je. kalau tu profile picture kat FB zyla bertukar maka bertukar jugaklah background zyla..

zyla pun ada download gagdet lain sebab nak mudahkan zyla buat nota kat lappy ni.


ketumbuhan di kepala

assalammualaikum.






Rasanya pagi inilah yang paling nikmat sebab zyla tak kene headache.(^_^).. Kalau nak tahu kenapa zyla mengelak untuk bangun lewat atau lebih dari pukul 8.00 pagi sebab zyla tak nak kene headache ni. Kalau dah kene tu, memang zyla rasa nak menangis je. Tak tahan weh!

Disebabkan zyla ada pengalaman dalam kes-kes sakit kepala ni, pagi ni zyla nak share dengan korang tentang sakit kepala ni. 

Sakit kepala ni bukanlah menandakan bahawa kita ni berpenyakit atau sakit yang serius. Bukan, jangan bimbang. Tapi mungkin disebabkan sakit-sakit yang ringan dan ada juga disebabkan oleh perasaan. 

sebab-sebab yang merangsang sakit kepala:


  • tekanan
  • kemurungan
  • migrain
  • ketenganan dalam mata
  • sakit gigi dan tulang rahang
  • penyakit berkaitan telinga, hidung dan tekak
  • kejang otot
  • kecedaraan kepala, tengkuk dan leher
  • angin ahmar
  • jangkitan dalam otak
  • tekanan darah tinggi
  • pengambilan dadah dan racun.

Kalau korang rasa, sakit kepala korang tu hanya disbabkan oleh sakit pada anggota badan yang bengkak korang tak perlu risau sangat pon.. kalau jumpa doktor pun dia akan bagi ubat sakit kepala juga. amboi! pandai ek zyla bagi nasihat. memanglah dah kerap sangat ke klinik sebb sakit kepala ni, serba sedikit zyla tahulah.

tapi kalau sakit kepala tu pun ada bawa simptom-simptom yang macam ni korang kene jumpa dengan doktor.. bukan yang biasa tu tapi doktor pakar:

  • demam
  • jika tidak melebih 40 tahun
  • sakit kepala masih tidak berkurangan walaupun selepas mengambil ubat tahan sakit
  • sakit kepala yang kerap dan teruk
  • sakit kepala yang berbeza dari apa yang anda sering alami
  • lebih teruk dengan batuk dan bersih. 
  • selepas kemalangan kepala
  • kejang tengkuk dan leher
  • khayal
  • lali dan sawan
  • rasa lemah dan kebas
  • kabur penglihatan atau buta
  • sakit kepala melebih seminggu lebih kerap pada waktu pagi dan malam
  • loya atau muntah
  • seorang penghidap darah tinggi kanser dan HIV.

kalau ada tanda-tanda kat atas tu, korang memang kene berjumpa dengan doktor. Pastikan dengan awal kenapa anda selalu diserang sakit kepala. 

tapi ada juga beberapa rawatan yang kita boleh buat sendiri untuk meringankan sakit kepala ni, tapi rawatan ni bergantung dengan sebab dan simptom yang korang alami:

  • berehat dan baring bilik gelap dan sunyi.
  • ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti  Tablet Paracetamol atau Asprin
  • cuba teknik bertenang dan urutan
  • jika migrain, cuba letakkan cuba letakkan beg mengandungi air di dahi dan ubah cara makan.
  • kendalikan tekanan dengan baik
  • cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur
Kalau korang baca betul-betul mukadimah zyla pagi ni  mungkin ada yang dapat faham kenapa zyla elakkan bangun selepas 8.00 agi dan tidur lewat dan zyla amat menitikberatkan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya dan zyla jarang nak tidur petang. sebab nak elakkan sakit kepala tu kerap datang.

kalau korang rasa ada yang tak kene dan ada ketumbuhan kat kepala tu. memang kene buat CT-scan. tapi jangan bimbang.

tiada manusia kat dalam dunia ni yang tak pernah kene penyakit. kalau tak demam, cedera dan sakit kuat semua kita akan kene juga sakit tu. zyla suka dengan kata-kata ni..

"penyakit yang kau alami itu adalah untuk menebus dosa kamu yang lalu, makin kuat sakit itu makin banyak dosa kamu dihapuskan"

apapun, zyla nak pesan. jangan takut untuk jumpa doktor. kalau ditakdirkan kita ni menghidap penyakit itu ujian dari Allah SWT. ada sebab kenapa DIA bagi kita penyakit. sebb zyla tahu ramai yang takut nak jumpa doktor kan? lebih baik korang tahu penyakit korang. 


"mencegah itu lebih baik dari merawat"




sumber : sini

Tuesday, September 27, 2011

blogger sebagai sumber.

assalammualaikum..

walaupun badan terasa letih dan pening kepala sudah kembali menyerang tapi gagahkan diri jugak untuk mengupdate entri ni. siang tadi zyla scroll FB.. seperti biasa wall FB memang tak pernah sunyi dengan pelbagai status, gambar, iklan dan info-info terkini. sebab tulah wujud perkataan "UPDATE".

zyla percaya sekarang ni semakin banyak mereka yang berusia antara 19-25 tahun ke atas memiliki blog. Tak kisahlah untuk kepuasaan diri, promote perkhidmatan atau nak berniaga. its oky. dan kalau kita mencari sesuatu kat Google pun, kebanyakkan info mesti akan keluar melalui BLOG.

Kalau ramai yang update status dekat FB tu, rasanya apa yang mereka luahkan tu atau information yang diorang nak cuba sampaikan tu mungkin belum terlalu jelas atau tidak dapat disampaikan dengan sempurna. tapi kalau melalui blog tulis lah sepanjang mana pun , letaklah gambar sebanyak yang boleh, hurailah sesuatu isu atau fakta dengan sepuas-puasnya.. dan ianya akan memberikan impact yang besar kepada pembaca..

blogger ni, termasuk zyla pun samalah mcm penulis. tapi menulis secara bebas dan tidak menerima sebarang gaji. Blogger ni pun boleh tahan jugak main peranan sebagai pengulas dan zyla tahu kebanyakkan yang menulis blog ni bukanlah dari golongan yang omong kosong tapi dari golongan yang cerdik pandai.

sebab tu tak hairanlah kalau blogger tu seorang yang bijak pandai, apa yang dia buat menjadi perhatian walaupun hanya perkara biasa. itu normal dan dalam masa yang sama boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin berjaya.

sebab tulah tajuk zyla hari ni.. Blogger sebagai sumber.. apa je yang blogger tulis akan jadi perhatian. dan kadang-kadang tu tak perlu baca paper, tengok je kat dashboard masing-masing mesti banyak isu semasa yang blogger akan kongsikan bersama kan? itu elok.. 

tapi kat FB zyla tak suka kalau ada yang sebarkan tentang isu Dunia nak Khiamat..macam ni..



apa isi kandunganya.. alah, mesti ada jugak kat wall korang yang dok heboh pasal Dajjal nak muncul lah, kene azan tanpa henti lah... memang zyla akui dunia nak khiamat tapi ustaz zyla cakap, selagi adanya azan kat dunia ni.. Insya Allah, Dajjal tak akan muncul. azan setiap masa? tahukan anda semua bahawa sebenarnya setiap detik didunia ni azan itu sentiasa dilaungkan.. asal pulak?? laa... kan masa disetiap tempat adalah tidak sama... macam kat kepualauan kita ni, Malaysia lain waktunya. Malaslah nak bagi contoh negara lain.. negeri dalam negara kita ni, disetiap tempat berbeza waktunya kan?? sama jugaklah dengan maksud bahawa azan masih belum berhenti dilaungkan lagi.. jangan takut, atau cepat melatah...


dan zyla ada temui jawapan dari seorang kakak senior zyla yang juga merupakan ahli kelab Insaniah kolej zyla tentang isu ni...



akak Ummu Atikah tu mengatakan bahawa:

Tolong berhenti sebarkan mesej berantai yg mengatakan pakar meteorologi bahagian bunyi Rusia

 mendapati ada bunyi ngauman ganjil di bawah mantel bumi, mengatakan itu DAJJAL yg nak keluar ke 


bumi, suruh umat Islam azan tanpa henti...bla..bla..bla..



Bende ni terang-terangan palsu.
....
.> Pakar meteorolgi bahagian bunyi?? ada ke?? cer check,, ada ke 

tak.. sy ni x power pengetahuan AM
.
> DAJJAL duduk bawah mantel bumi ke? dia buat ape kat situ? cari berlian?

> Azan tanpa henti? Then klw nak tawu waktu solat camane pulak?? tunggang terbalik laaa solat umat 

Islam klw da sepanjang masa azan,, entah bila masuk waktu pun tak tau...



maaf, zyla pun bukanlah arif dalam bidang agama ni. masih cetek lagi. tapi zyla banyak membaca 

tentang Dajjal ni... kalau tak faham zyla akan merujuk kepada ustaz yang mengajar zyla , Pengajian 

Islam dulu. 

jadi, zyla berharap agar blogger-blogger diluar sana untuk sebarkan fakta yang benar dan jelas supaya 

supaya pembaca tidak terpengaruh..  







error lagi!

assalammualaikum...

al-kisahnya zyla hari ni.. disebabkan semangat sangat nak pomote page untuk junior zyla.. hari ni dah banyak kali zyla log ni FB tapi yang jadinya....






hahaha... FB boleh tanya zyla.. not Fathin??

zyla pun tak tahulah apa yang jadi dengan zyla ni.. aduh2.. semuanya tak jadi hari ni...hurm.. nasib dia bukan hp kn.. kalau tak.. habislah...

selamat pakai Sony sebab zyla tak reti nak pasang password kat hp..
nak katakan zyla tak ingat, ingat sangat2..

ish2...tak tahulah apa jadi dengan zyla ni... 


tapi apapun zyla puas sebb zyla tambah satu lagi gadget kat sidebar zyla..
haa..
bukannya yang tak berfaedah ataupun menyemak..tapi untuk kemudahan zyla..

cuma kalau korang click kat situ memang lah kosong lagi..

Harap-harap diberi kesempatan macam hari ni untuk mengupdate blog.
hari ni orang sibuk kan?

zyla?

zyla cuti.

:")

korang jangan jeles..

tata..


p/s: mana zyla dapat gadget? alah... zyla geledah blog Kak Azzah.
selalunya memang gadget dia yang zyla ambik..



Tutorial Check SEO Blog Korang Dengan SEO Analyser

Tutorial Check SEO Blog Korang Dengan SEO Analyser:

check SEO,SEO score,markah SEO,SEO analyser,SEO checker,Azrijohan,SEO blog
Hai all...hari ini koz nak ajar korang cara nak semak SEO blog dengan menggunakan SEO Analyser.Web ini akan memberi perkhidmatan untuk korang menyemak SEO blog korang dan ia akan memberikan skor keseluruhan bagi blog korang selepas menjalankan proses analyser.


Mari ikuti langkah-langkah di bawah supaya membantu korang check SEO blog korang dengan menggunakan SEO Analyser ini.


Langkah pertama


Korang kena klik SINI


Langkah dua


Masukkan URL blog kat ruangan kosong yang di sediakan(www.yoursite.com)


check SEO,SEO score,markah SEO,SEO analyser,SEO checker,Azrijohan,SEO blog


Langkah tiga


Klik button CHECK.Kemudian tunggu sehingga proses Analysing data 100%


Langkah empat


Selepas beberapa saat, result SEO blog korang akan keluar...contohnya seperti ni






Kemudian lihat ke bawah untuk mengetahui SEO yng baik dan yang tidak baik untuk SEO Blog korang.
Kemudian korang repair bahagian-bahagian yang perlu korang repair selepas itu korang chesk semuala dengan menggunakan SEO Analyser mengikut langkah-langkah yang telah di ajar tadi.Senang bukan?


Jika korang hendak tahu, untuk mencapai bilangan peratus yang terbaik, korang mestilah mendapat hasil dalam 70% keatas.Bagi yang mendapat peratus 70% kebawah mungkin menyukarkan blog and menjadi salah satu blog yang mesra SEO .


Moga ilmu yang koz kongsi ini dapat membantu korang untuk membantu blog korang dalam menghasilkan blog yang mesra SEO...Selamat mencuba...


Sumber:

Budak Nakal Blogspot

Vote mereka!

assalamualaikum..

hari ni zyla nak minta tolong kepada sesiapa sahaja yang prihatin dan sudi untuk menyokong, untuk like page ni...

untuk vote [sini]




daripada apa yang junior zyla bagitau, diorang perlukan 500 votes untuk like page ni supaya dioarang boleh melayakkan diri ke final Pertandingan Unit Bimbingan dan Kaunseling. 

seperti yang kita sedia maklum, sekarang ni apapun pertandingan guna kuasa Facebook kan? hanya perlu LIKE sahaja.. so kepada yang prihatin dan yang memang suka like-like page kat FB tu, ada baiknya korang like page ni dari korang like page entah apa-apa kat FB tu... 

Zyla sebagai salah sorang bekas pelajar SMK Bandar Sarikei ni mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada yang sudi LIKE page ni.. setiap Like daripada korang tu amat bermakna untuk mereka. tak salah kalau korang just like walaupun korang tak ada sangkut paut dengan pertandingan ni atau sekolah tu, sekurang-kurangnya dalam satu hari ada jugak bakti yang korang buat untuk tolong orang kan?? tolong pelajar-pelajar yang terlibat dalam Pertandingan Unit Bimbingan dan Kaunseling ni samalah mcm korang sokong diorang untuk terus maju ke depan.  





Monday, September 26, 2011

masalah lagi!

assalammualaikum...

zyla tahu sekarang ni banyak blogger tak update blog. sebab busy dengan kuliah yang baru bermula. dan zyla pula?? geeerrrr.. sekarang ni memang tak selesa sebab tak sihat~~~.. huk..huk..huk... dan dalam hati ni menanti hari untuk pulang ke Sarawak scepat yang mungkin...

adui.. zyla tak tahu nak cakap apa kat hari ni... tapi hati ni macam nak cakap sesuatu! alamak!! mcm tu lah zyla sejak badan dah segar sedikit sekarang ni.. cuma sekarang tak berapa nak best sebab headache akan menyerang zyla kalau zyla paksa minda ni untuk berfikir.lebih parah kalau zyla menghadap buku. last sem zyla pernah pengsan masa sujud solat maghrib... sebab headache nilah... gelabah kakak2 zyla.. 

lagi-lagi semakin zyla naik semester ni semakin sukar subjek2 yang zyla ambik.. zyla bukanlah nak paksa diri untu belajar tapi nanti nak biasakan diri buat UBS tulah yang payah.. buat Excel pun zyla dah pening sebab menghadap lappy ni lama sangat.. belum lagi nak belik2 Financial Accounting... nak buat full set account... sebu perut zyla dibuatnya...

sebab tu nak sambung degree nanti zyla kene fikir betul-betul. nak sambung secepat mungkin atau ambik PJJ.. tapi orang kata ambik PJJ  ni pun banyak yang ambik setengah jalan ke.. haha.. dan semalam zyla dah buat keputusan masa cuti nanti dan kalau dah betul2 sihat ni zyla nak buat freelance..wah2!! saya dah besarlah!!! bila dah pandai fikir nak cari kerja.. memanglah.. nanti habis belajar nak bayar MARA lagi, nak buat simpanan sendiri.. mintak-mintak zyla dapat jugak nak buat ACCA nanti.. walaupun kene bayar dollor ni pound.. dengar2 KPTM ni ada hantar pelajar ke luar negara.. hari tu pun ayah dah halo2 kat zyla pasal ni.. hurm.. tak tahulah ayah.. along cuba je dulu.. Dekan pun tak lagi ni.. :")

sekarang ni zyla dah confident dengan plan masa depan yang zyla rancang. zyla tahu zyla tak mungkin dapat sempurna ,, tapi at least zyla dah cuba kan? so lepas ni zyla nak try mintak kerja kat firm2 akaun.. harap2 kat Kuching ada.. hehehe..lepas tu zyla nak kerja, smbung stdy dan bla.. bla.. bla...

merancang sahaja... Allah SWT yang akan menentukan semua tu kan???? kadang-kadang.. zyla rasa bersemangat sangat! tapi ada masa tu zyla rasa menyerah kalah sudah! ditambah lagi dengan keadaan sekeliling yang serabut sekarang.. tak larat zyla weh!!!


kalau ada yang tahu tentang ni.. agaknya dia marah tak?? entah apa yang dia akan cakap kat zyla??? mesti salahkan zyla?? mcm tu ea?? weh!!!! 6 bulan zyla diam je... tak fikir pun... dah tu dia yang cari dulu.. mcm mana tu???  apapun.. dugaan!!! dugaann!!! sabar jelah... sebab zyla nak tahu kenapa semua ni jadi dan apa penghujungnya... 

Isteri dera suami..???

assalammualaikum... 

pagi ni mesti banyak yang dengar Hot Fm masa odw nak pergi kerja kan?? zyla pun.. tengah zyla baring-baring sambil dengar isu pagi ni zyla agak terkejut jugak bila ada sorang isteri ni mengaku yang dia pukul suami dia! mak aii!!! maaf, kalau ada yang terasa. zyla pun tak kahwin lagi. tapi zyla masih ada asas agama. boleh ke si isteri nak mendera si suami?? dunia ni dah terbalik ke apa??

sebenarnya zyla langsung tak boleh terima alasan perempuan tu sebab dia nak dera atau meletakkan darjat suami dia lebih rendah dari dia.. kerana gaji dan pangkat lebih tinggi dari sang suami. tak semestinya si suami itu untuk dipijak-pijak... aduh!! sedarlah wahai wanita yang bergelar isteri yang ada perasaan sombong dan tidak menghormati suami. kalau kita mati nanti suami tak redha , maka tak hidu bau syurga tau!


zyla akui, zaman sekarang ni memang perempuan sekarang ni semuanya berjaya dan dapat income yang beribu-ribu. Tpi ingatlah, kalau ada masalag rumahtangga pun tak kan nak buat macam tu kat suami??? 

zyla tahu zyla tak berkahwin lagi, zyla tak ada calon suami pun, masih belajar lagi. tapi zyla banyak membaca tentang perkahwinan dalam Islam. dan sebaik-baik seorang suami adalah mereka yang tidak tinggi pangkatnya..

memang betullah dunia ni dah smpai penghujungnya... berfikirlah sendiri...

                                         baca [sini]








Friday, September 23, 2011

muhasabah cinta



lagu ni umpama menyampaikan apa yang tersirat kat hati zyla.

esok sabtu, korang buat apa?

assalammualaikum..

alhamdulillah.. bangun pagi-pagi awal subuh tadi beri zyla 100% semangat dan tenaga yang amat baik.. korang pulak macam mana??? horry-horry.. macam korang jugak zyla pun amat-amat menantikan hari Jumaat sebabnya petang Jumaat zyla dah boleh berehat dengan sepenuhnya.. :")..

plan zyla sabtu ni adalah untuk belik-belik buku dan dokumen yang ada dalam lappy zyla... nak belik-belik buku untuk prepare test 2 nanti walaupun tarikh tak sure lagi.. nak selongkar lappy kesayangan sebab nak make sure yang lappy zyla selamat dan sihat sejahtera dari segala virus dan benda-benda yang tak penting.. nak buang lagu lama dan picture-picture yang tak-berapa-nak-elok, sebabnya nanti zyla kene install software UBS khas untuk accounting ke dalam lappy zyla..dan jugak nak update anti-virus..hahahaha!! dah boleh gelak besar dan senyum dengan senang... hati manyak senang maaa!!! korang pun sama jugak kan..

apa plan korang pulak??

tengok wayang??

dating??

tidur sampai petang?

joging?? kuruskan badan???

suka hati koranglah janji korang bahagia nak buat apapun!!!!

aduh-aduh.. tangan zyla dan mula nak mengigil dah sekarang ni disebbkan bilik yang zyla duduk sekarang ni teramatlah sejuk.. haha..so musim-musim hujan ni jangan pakai pakaian yang jarang atau nipis tau...kene pakai yang tutup semua... nanti dapat penyakit..jangan tak tahu suhu yang terlalu tinggi pun akan menyebabkan penyakit..

cuti-cuti jugak tapi jangan lengah-lengahkan masa tau.. cuba untuk mendisplinkan diri sendiri untuk selesaikan segala tugasan yang tertunggak apapun yang sedia ada..wah!! macam bagus je planning.. tapi itu pun kalau semua sempat siap kan??haha!! sebabnya hari sbtu dan ahad kan hari untuk kita menjadi seorang yang permalas!!!

nak tau sesuatu... pagi tadi zyla halo-halo dengan mak zyla.. mak zyla bagitau yang kakak zura zyla akan kahwin hujung tahun nanti.. its means on December..haha!! berita gembira buat zyla.. satu family besar akan berkumpul dan raikan birthday ramai-ramai... zyla , atiqah dan abg daus zyla lahir bulan December dan tarikh kteorang pun tak jauh sangat..12-19-21....

rasa nak balik Sarawak sekarang jugak.. sabar-sabar.. kalau tak ada aral melintang, zyla akan tiba jugak di Sarawak pada 20 atau 21 November.... nak buat kecoh, nak buat bising dan garau sana sini, nak bergosip dengan ayah, mak dan mak cik serta pak cik2 zyla.. wakakaka!!! miss all the moment with them.. pergh!!! parah zyla ni rindu bangat sih,... Sarikei dan mybe Kuching.. please wait for the most sweetie girl, Fathin Fazila.. habislah kalau zyla balik..

tapi apapun .. adik zyla Fahim tengah membuat persediaan dan perancangan yang rapi untuk " BERPERANG"... berperang dengan soalan-soalan SPM 2011.. Insya Alla, bukan hanya untuk adik zyla je tapi untuk semua yang menduduki SPM , good luck dan baca doa dulu sebelum nak masuk dewan, jangan lupa bawa slip dan kad pengenalan..handphone tinggalkan kat rumah.. pesanan dari kak long!

walaupun tengah bertapa dalam bilik yang ber-air-cond, dan tangan da macam nak beku ni, panjang pulak zyla berceloteh...nak buat macam mana kalau zyla ni memang jenis yang suka nak bercakap, tapi apa yang zyla cakap bukan benda-benda yang merepek atau berangan-angan tau!



korang!
 sipa sedia esok
bangun lewat-lewat,
esok ikut zyla kite pergi picninc kat mana-mana je..

bawaklah apa korang nak bawa,
tapi jangan bawa perangai yang busuk-busuk,

selamat hari Jumaat
dan selamat bercuti..





jika kamu bukan ahlinya!

assalammualaikum...


sekali lagi menjelma tengah malam baru zyla berkesempatan untuk online. Hari ni memang zyla tak sihat sangat mungkin akan berlarutan. sekarang ni jam menunjukkan pukul 12:16 pagi.. kebetulan sebenarnya hari ni zyla nak bercakap tentang sesuatu.

Antara kita mesti pernah dengar orang berkata.. 

" kalau kamu tidak mempunyai sebarang pengetahuan ataupun ada  hanya sedikit, kamu tidak akan berupaya untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau permasalahan dengan sebaik-baiknya"

perkara ni pun zyla nampak sendiri depan mata zyla. memanglah bagi kamu mudah untuk dilakukan 
tetapi hakikat yang sebenar ianya tidak semudah apa yang kamu sangkakan! dan saya sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan tersebut pun ambik masa berjam-jam untuk meneliti semua data tu. aduh! tengok kan dah hancus semua hasil usaha saya.. jangan ingat anda bijak anda sempurna dalam melakukan semua perkara. 

apa sebenarnya yang anda nampak dalam diri saya? Ingat apa yang saya buat  depan mata awak semuanya semudah ABC?? awak, kita ni berlainan. langsung tak sama dan tidak ada satu persamaan pun. apa yang saya fikir, saya buat, dan saya usahakan adalah untuk masa depan saya dan langsung tidak ada niat atau hasrat untuk buatkan orang cemburu atau menunjuk-nujuk.. aduh! letihlah layan perasaan macam ni.. selagi saya masih menghormati anda, tolong.. jangan masuk campur dengan urusan saya.. 

terus teranglah zyla katakan.. mungkin bagi sesetengah orang, bidang akaun ni setakat kira-kira je tak sesusah bidang yang lain.. walaupun hakikat yang sebenarnya semua bidang pun susah! tapi terpulang pada individu itu sama ada dia ada minat untuk menerokai ataupun ada usaha untuk menguasai bidang tersebut dengan baik barulah dia boleh dikatakan pakar mengenainya! ayat entah macam mana ni?? yang zyla tahu zyla tak  selesa sekarang bila tugasan zyla diambil alih ataupun ada yang nak try buat.. padahal zyla sejak sekolah lagi dah serasi dengan akaun ni.. bukan senang nak faham satu demi satu prinsip yang ada dalam akaun ni.. tapi tiba2 ada yang nak try buat utk zyla.. yakin boleh buatlah? apa keputusannya?? awak amat-amat menyusahkan saya!

sebab tulah zyla sekarang ni umpama orang yang tak ada perasaan.. orang nak jerit kat telinga zyla ke, nak sindir ke nak apa ke.. zyla buat tak tahu je.. macam tak ada benda yang berlaku depan mata zyla. zyla malas dah nak layan semua perasaan-perasaan macam ni. kalau ada yang dengki , awak salahlah.. apa yang saya ada untuk dibandingkan dengan awak?? saya serba serbi kekurangan dari semua aspek? tapi saya tak kurang kawan.. walaupun saya tahu saya hilang seorang sahabat tapi jauh di sudut hati saya tak pernah benci dia pun..

kalaulah awak tahu, kebahagian saya hari ni bukanlah seperti mana yang saya pernah rasa dahulu. tolong jangan kata awak cemburu pada saya.. saya memang ada perasaan cemburu, tapi saya  ganti dengan perasaan ingin jadi lebih baik. nampak orang semua ambik berat dengan saya? fikirlah sendiri bagaiman awak dengan orang disekeliling. walaupun kita tidak rapat dengan semua orang tapi jangan sesekali sakitkan hati mereka yang mengenali kita.. nanti parah jadinya..

ilmu itu untuk kita cari bersama tapi bukan untuk kita berlumba mendapatkannya dan saling berlawan dengan ilmu yang ada tapi ilmu itu untuk kita majukan diri, masyarakat sekeliling dan berbakti kepada negara kita.. 

jangan cemburu dengan apa yang orang ada. itu kelebihan mereka dan ada sebab mereka diberi kelebihan  itu.. cuba kalau saya tanya awak, boleh ke rasanya kalau awak ambik bidang akaun ni? jangan cepat melatah... ukur kemampuan sendiri .kerana tak mampu nak jadi doktor, peguam dan saya bukanlah bijaksana seperti orang lain saya pilih akaun ni sebab dari sekolah lagi saya dah usahakan untuk teruskan dalam bidang ni. alhamdulillah, sekarang dah lulus dengan cemerlang LCCI.. kalau saya ada LCCI tak bermaksud awak tak boleh dapat kelayakkan yang lebih tinggi..











Wednesday, September 21, 2011

fikir dulu sebelum cakap, sabar dulu sebelum buat keputusan.

assalammualaikum...

Biarpun sekarang ni dah tengah malam dan keadaan memang sejuk ditambah lagi zyla yang sekarang berada dalam sebuah bilik yang boleh tahan takat bekunya, tetapi disebabkan otak zyla ni terfikirkan sesuatu dan jari jemari ni macam tak dapat nak tahan daripada menaip , zyla gagahkan jua diri ini untuk mengupdate entri biarpun kepala terasa berdenyut-denyut dan sebenarnya dah terlalu mengantuk! oky..mukadimah je dah panjang berjela.. tajuk entri pun panjang jugak..

Selalunya orang akan kaitan golongan wanita ni yang berfikiran pendek.. Pendek akal, betul tak? lebih-lebih lagi masa tengah marah, dan paling parah kalau masa tu mood tengah "bercuti".. pergh! sapa yang buat hal memang habislah kene habuan kan? memang zyla akui sebagai perempuan dan di usia semuda ini memang zyla tak matang lagi dalam nak kawal perasaan marah tu. Kalau tak puas hati ke terus cakap je tak fikir hati dan perasaan orang dah. Tapi itu dulu masa zyla kat sekolah menengah lagi, sebelum PMR. walaupun zyla ni jenis yang banyak cakap kalau dah terkena dengan perkara-perkara yang boleh menyentuh atau menguriskan hati orang tu zyla akan berhati-hati. Disebabkan itu sekarang ni zyla lebih senang untuk jadi seorang yang pendiam.. haa.. baguskan zyla, dah mula nak ubah perangai sekarang.. tak nak ada yang anggap mak joyah mak bedah lagi.. haha...

apa yang zyla tulis ni baru je zyla alami tadi. sebab zyla dah menyesal! hah! ambik kau! nasib baiklah zyla tak terlepas cakap atau terbuat keputusan yang salah dan terlepas cakap.. kang zyla sendiri yang rugi betul tak?

senang, zyla ambik satu situasi yang zyla pernah alami kat kolej. Paling kritikal of courselah masa  buat assignment group kan? tak semestinya satu group pandangan sama apabila masing-masing memang boleh tahan orangnya. Satu hari tu, lecturer bagi tugasan untuk kumpulan dan dalam satu kumpulan ada 3 orang. Nak dijadikan cerita, zyla dengan kawan zyla yang sorang ni sekarang lebih suka buat hal masing-masing tapi tak gaduh.. bila zyla dah bertungkus lumus dan excited ni nak tunjuk kat 2 oarng kawan zyla tu isi-isi yang zyla cari, tiba-tiba salah sorang daripada mereka kata nak tukar tajuk? hmm.. kalau koranglah ada kat tempat zyla, apa korang rasa bila dah penat-penat cari isi tapi akhirnya kene buang juak.. pada mulanya memang zyla agak hangin jugaklah.. aish! ingat senang ke nak buat semua tu? bersengkang mata dan korbankan masa rehat tu nak siapkan kerja.

tapi zyla berfikir.. kenapa nak tukar tajuk? mungkin dia nampak sesuatu yang zyla tak sedar tentang assignment kteorang tu.. biarpun mulut zyla melenting untuk 5 minit pertama tapi akhirnya malam tu kteorang bertiga berjaya jugak siapakn assigment tu. dan masa tulah zyla menyesal sebb melenting kawan tukar tajuk.. rupanya tajuk yang dia pilih tu lebih mudah untuk kteorang explain dan dapat extra mark.. yang zyla pulak suka nak explore benda baru dan cabar diri. jadi konklusinya sebelum korang nak melenting dulu ke apa, lebih baik berfikir betul-betul. jangan pulak korang melenting tak tentu pasal.. nanti korg jugak yang malu.. :")

samalah macam buat keputusan .. ini pun zyla bersyukur sebab hati yang berjaya untuk didik zyla sebagai seorang yang amat-amat sabar. Jangan cepat melantah kalau kita menghadapi situasi yang memberikan tekanan dan kekecewaan.. sebab nanti kita akan buat keputusan yang salah.. Bahaya tu! Biarkan saja masa selesaikan segala kekusutan dan masalah yang kita alami dalam masa tu kita berdoa dan cuba untuk terima keadaan yang genting tu... sabar itu banyak hikmah dan manisnya!!!

boleh tahan panjang jugak entri zyla malam ni... badan pun dh lenguh bersandar kat kepala katil, walaupun berselimut tebal dan pakai baju tebal zyla masih lagi kesejukkan.. air cond tu tak boleh nak tinggi lagi ke suhunya??? huhu.. apapun, zyla harap yang membaca faham apa maksud zyla.. terlebih lagi perempuan... jangan sbab perangai tak sabar kita, orang yang kita sayang akan tinggalkan kita juga.


mungkin ada lojiknya  bila agama Islam hanya meletakkan hukum jatuh talak kat tangan lelaki.. sebabnya lelaki  ni lebih suka berfikir dulu baru buat keputusan. tak macam perempauan.. cuba kalau talak ada kat tangan perempuan.. mesti asal gaduh je jatuh talak.. mesti ramai lelaki yang menduda ka?? fikir dan renungkan....