Sunday, October 16, 2011

mula berdikari.

assalammualaikum....

nak cakap sesuatu tentang diri zyla pagi ini. Hari ni zyla dah dapat green light dari mak ayah untuk terus stay kat sini walaupun cuti semester nanti. Cuti semester nanti zyla akan kerja dengan kak Fara kat Alamanda, Insya Allah. bekerja ni bukan pengalaman pertama zyla, kalau jadi bekerja kali ni dah masuk 3 kali zyla cari duit sendiri. (^_^).

bila fikir balik, umur zyla sekarang ni dah cecah 19 tahun, walaupun tak genap lagi. tapi sampai bila nak duduk bawah ketiak mak ayah kan? sampai bila nak tadah tangan nak  duit dengan mak ayah? ingat mak ayah tak ada tanggungan lain ke?

banyak jugaklah yang zyla dah fikir sekarang ni. dan matlamat yang zyla nak capai ialah nak buat simpanan sendiri untuk masa depan. manalah tahu jodoh sampai awal, top2 nak kahwin. Ingat nak suruh bakal suami tanggung semua? Gila lah weh! boleh lingkup dia. lagi pun kalau ada duit sendiri senanglah kan.. boleh nak buat apa je dan nak ke mana je. tak susahkan orang lain. itu yang zyla nak. zyla tak nak orang terlalu fikir apa saja yang zyla buat. cukup mereka tahu zyla baik-baik sahaja. 

badan zyla je agak kecik tapi hati zyla bukan hati yang takut dan cuak. Oky! kene set macam tu dalam mind ni. sebabnya nanti kalau ada apa-apa je masalah zyla dapat nak atasi dengan mudah. dah tak nak fikir pasal sesiapa lagi. 

tahun depan nak masuk sem 4 dan sem 5.. memang kene keluar banyaklah ni. sebb zyla nak repair lappy dan beli apa yang perlu. nak ikut formula miss Rin , simpan duit. 

banyak yang zyla dah plan.. and thnks untuk kak fara sebab bagi zyla peluang ni. tahun depan insya Allah adik zyla Fahim tu akan jejak kaki ke IPT. besar belanja tu, walaupun dia dah ada lappy sendiri tapi barang keperluan dan duit poket dia? macam nilah kalau jadi kakak.. mesti fikir untuk semua. 


mulai sekarang zyla tak nak jadi anak manja! zyla nak belajar untuk berdikari. zylla tak nak susahkan sesiapa. 
terpulanglah orang nak anggap apa bila zyla tak balik ke, tak jumpa kawan ke, tak bermesra kat FB ke.. sbbnya zyla pun dan mula nak serabut sekarang ni. berjangkit dengan si dia.

cuma satu je yang ayah cakap kat zyla pagi ni.. " new year nanti along smbut sorang2lah?"

korang dapat teka tak apa zyla rasa... dan 19 Disember nanti hari jadi zyla. tarikh yang zyla tunggu-tunggu. dan zyla hope mak zyla tak sedih sebab tahun ni zyla tak ada bersama. cewah! dan macam beraya lah pulak!

okylah.. smpai sini je.. zyla nak sambung buat kerja.. tata! selamat berhari malas!









2 comments:

Adam Azra said...

kuatkan smngt utk belajar.

duit tu mmg perlu di cari jgk, tapi kesihatan juga perlu dijaga.

hehehe ~ blajar rajin2 :) dan slmt hari jadi. :D

kathy said...

study bena2 k..masih jauh perjalanan ktk..keja2 juak, tp jaga kesihatan..ktk kan x berapa sihat gilak..