Assalammualaikum...
alhamdulillah, walaupun agak kesuntukan masa dan sebenarnya badan pun amat letih sekarang ni.. zyla tabahkan juga diri ini untuk mengudate blog ini. al-maklumlah, kalau nak update lewat malam nanti alamatnya tak terupdatelah.
Mungkin sekarang ni rakyat Malaysia tengah tunggu Perdana Menteri kita untuk membentangkan Belanjawan Negara kan? tapi hari ni zyla mendapat nasihat yang cukup bernas daripada lecturer Financial Accounting zyla. Thanks miss Rin sebab memberikan zyla kesedaran hari ini.
Zyla tahu kebanyakkan sahabat-sahabat blogger zyla ni terdiri daripada golongan pelajarkan? tak kisahlah diperingkat mana pun tetap juga seorang pelajar.
Soalan pertama yang zyla nak tanya korang, Sepanjang stdy ni siapa yang tanggung korang? MARA? PTPTN? JPA? YAYASAN NEGERI?? atau PAMA?? korang tau tak PAMA tu apa? singkatan bagi PAPA & MAMA lah.. kalau korang ni ditanggung sepenuhnya oleh PAMA memang tak payahlah nak baca entri zyla ni..
Disebabkan zyla ni memang student account so non-current asset, expenses, non-current liabilities ni zyla memang dah sedar memang ada dalam kehidupan seharian zyla, cuma zyla je tak reti nak aplikasikan dengan betul semua ni dalam kehidupan zyla. . Tadi miss zyla tanya, apa yang zyla buat dengan elaun bulanan yang zyla dapat dari MARA setiap bulan? adakah zyla akan bahagikan dengan sebaik-baiknya sehingga hujung bulan nanti pun masih ada duit untuk dibelanjakan tanpa harapkan mak ayah? jawapannya... adalah tidak. sehingga sekarang zyla sendiri masih tak reti nak bahagikan duit elaun zyla tu dengan sebaiknya dan sentiasa ada kurang.. sampai ayah pernah tanya.. " RM630 tu masih tak cukup lagi ke kak long?"
huh! soalan payah nak jawablah ayah...
hari ini buat pertama kalinya zyla dah berasa lega apabila miss Rin berkata begini.
" Nanti bila korang dah naik sem 5, masa tu jangan nak membazir sangat. Duit tu kene simpan. jangan gatal nak tukar HP lagi. tapi fikir untuk masa depan. bukan buat simpanan tapi gumpul asset untuk persediaan masa depan"
korang nak tahu tak apa asset yang dia maksudkan? huh.. lepas kita stdy nanti mesti nak kerja kan? nak kene interviewlah, ke sana ke sinilah.. cuba korang belek almari baju korang.. ada berapa pasangan baju yang sesuai untuk ke pejabat? ada berapa kasut, beg dan tudung yang korang ada untuk dipakai untuk tujuan bekerja nanti? mungkin ada yang fikir... alah! masih awal lagi nak prepare. amboi2.. itu namanya fikiran singkat... cuba korang bayangkan, macam mana keadaan kita selepas grad nanti. Masa tu duit pinjaman dah tak masuk lagi tau, nak kerja? sebulan baru dapat gaji. Manalah tahu rezeki korang murah, lebih grad terus ada yang offer kerja.. hah!! masa tulah baru nak pening kepala nak cari baju yang sesuailah, apalah... itulah maksud yang nak disampaikan oleh Miss zyla.. masa belajar ni tak salah kalau kita nak spend duit kita untuk beli satu set pakaian untuk tujuan macam tu.. kenelah beli yang bersesuaian. Biar mahal, asalkan tahan lama kan?
Jadi zyla nak ingatkan semua yang sudi membaca ni dan ingatan untuk zyla sendiri mulai sekarang ni berhati-hatilah dengan duit pinjaman yang kita dapat tu. Beli asset untuk masa depan. tapi asset tu bukan gadget tau! ish! apa faedah nak beli camera scr tu kalau korang nanti bukannya kerja nak tangkap gambar?
zyla tahu duit sekarang ni macam air je kan.. tup tup korang tengok dalam dompet tu dah tinggal berapa ringgit je.. zyla pun hadapi benda yang sama.. so apa kata mulai hari ni kita sama-sama uruskan kembali perbelanjaan kita? jangan susahkan mak ayah ke, ingat wahai semua sahabat-sahabatku... jangan kerana hari ini kita terlalu senang disebabkan titik peluh ibu dan ayah kita, satu hari nanti bila kita dah jadi insan yang berjaya kita akan lupakan mereka dan abaikan mereka dan ketika itulah kita akan jadi anak derhaka. Dan selalulh perbaiki diri untuk menjadi anak yang terbaik supaya nanti doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi kita..
Kita ni dah besar tak payah nak susahkan mak ayah lagi.. cukuplah mereka dah berusaha berikan yang terbaik untuk kita.
kawan-kawan, meh kita sama-sama buat balik perbelanjaan kita untuk sebulan. Tak payah nak sibuk-sibuk nak tukar HP dulu.. melainkan mak ayah dh offer.. dahulukan apa yang penting dulu.. kehendak ini kalau diikutkan sangat memang kita sendiri yang akan sakit nanti.
2 comments:
besenye awal2 lagi dah joli duit ptptn dulu..hehhehe
thnkx zyla atas ingtan..wani cm tu la awl2 dapat berboros..ble hujung duit PAMA la jdi nya uhuk~~ kesian plak dieorang..azam sem bru ni berubah,,,Insya-Allah...
Post a Comment