Monday, April 30, 2012

memasak.

7.20 pagi..

assalammualaikum.. selamat hari Isnin!

hari ini bangun macam biasa. kejap lagi nak basuh baju. lepas tu around pukul 9 pagi zyla akan jumpa dengan ayah sebelum ayah ke KLIA untuk ke Kota Kinabalu.. biarpun ayah dah sebulan kat sini, tapi jarang zyla dapat jumpa dengan ayah. lepas final nanti baru satu family berkumpul semula . dekat mana?? kalau selalunya zyla yang balik sana sekarang ni diorang yang mai sini pulak. Insya Allah.

sekarang ni zyla tengah menikmati study week. of course lah, cafe dan kebanyakkan kedai makan area sini tutup. kalau ada pun zyla tak berapa yakin dengan tahap kebersihan beberapa kedai makan kat sini. lagipun selama menetap dekat bangi ini, zyla lebih suka masak sendirihttp://www.emocutez.com.atau dalam erti kata lain berjimat. 

menu-menu yang zyla  dan kawan-kawan biasa masak??? sup, yang bergoreng, kadang-kadang bubur. nak buat yang advance tu jarang sangat sebab peralatan memasak kurang apa yang ada kteorang masak aje. janji ada bawang, minyak, telur dan kentang.. memang zyla pun dah pakar dengan bahan-bahan ni.

teringat pulak soalan si Harry Potter semalam. aish.. dia ni... kalau soalan dari dia, memang gelak jelah zyla nak jawab.. perempuan mana yang tak nak belajar memasak? malulah kalau zyla ni tak reti masak. biarpun ala kadar asalkan reti buat dapur berasap memang tak kene bebel dengan mak lah!


dulu masa lepas SPM, zyla terus kerja kat kedai makan. memang timba ilmu lah kat situ, sampai sini zyla praktikkan skill-skill memasak.. haha.. walaupun tak confident zyla bedal aje.

bila fikir-fikir balik, ada releven jugak soalan mamat harry ni.. hakikatnya pada masa ni kebanyakkan gadis yang sambung study jarang yang pandai masak. dengan alasan duduk jauh dari rumah. dengar dek mak zyla alasan ni memang kene sound direct terus.. mak selalu pesan. " tak tahu masak janganlah smpai takut nak masak, potong bawang,kalau ada  telur or ikan bilis, try dulu macam mana nak masak. masak dalam periuk nasi pun tak apa!" itulah yang zyla praktikkan.. asal ada bahan kita bedal je. cuma semester ni zyla jarang masak sebab rumate kak linda yang suka masak. so zyla jadi tukang makan aje dan tukang basuh.. haha.. dah dia lebih tua dari zyla, mestilah cara dia memasak lebih bagus kan? so zyla tengok sambil meneliti cara dia masak, perbaiki cara zyla memasak.

basic memang perempuan pandai memasak. tapi lelaki lagi hebat memasak! terbukti kalau ayah zyla yang pegang kuali.. haha. tergugut mak.http://www.emocutez.com<<walaupun kita tengok lelaki ni macam sengal tapi diorang ni ada  skill tersendiri... tapi zyla tak tahulah hero zyla 3 orang tu macam mana.. kalau bab cerewet makan tu memanglah. tak usah cakap! 

menu kat Tanah Borneo dan Semenanjung ni banyak menu yang berlainan.. peluang keemasan ni untuk zyla belajar masakan sini. nanti balik sana adik2 zyla bakal jadi mangsa untuk merasa masakan tak jadi dari zyla..


http://www.emocutez.com
 (fahim), 


http://www.emocutez.com

(syafiq)



http://www.emocutez.com
(fiqri)




http://www.emocutez.com
(nadia)





nilah barisan panel hakim untuk mengadili apa jua yang zyla buat dalam hidup zyla. apa je tentang zyla diorang nak ambik tahu , nak jugak komen, nak jugak cakap!

rindu kat4 orang ni usah cakap  laa.. tak tertanggung. zyla pun tak percya adik-adik ni semua dah besar. dah reti nak tanya zyla.. "bila nak kahwin".. amboi.! nak jawab apa???? tunggu dululah. ingat senang ke orang luar nak ngam dengan adik-adik zyla ni. perangai pelik-pelik.. 




2 comments:

aimie amalina said...

=)


suke3
belaja2..lelame nnti mesti pro la masak kan

heheh

sakura2 yg layu disini
heheheh

comei:)

Zyla said...

thnks animie. .. ^_^