Sunday, April 22, 2012

zyla juga rindu sama kalian semua!

12.27 tgh hari.. zyla dh buat muka monyak kat depan lappy ni....kenapa ??? sebab tetiba terigin nak menjamah burger MCD  pulak.. aduiiiyai... nafsu makan  zyla sekarang ni nak demand aje...



disebabkan tadi pada pukul 10 pagi toiletmate zyla tak bangun2 lagi zyla decide tampal iklan MCD ni kat almari. hurm.. nanti nak kene dapatkan juga yang ni... teringin sangat dh.

cerita pasal semalam pulak..

keadaan zyla semalam:

dengan keletihan yang dah tak mampu zyla tepis!

dengan masalah yang dah tak mampu zyla bendung!

dengan keadaan kesihatan yang zyla tak dapat elakkan!


zyla menjadi teramatlah bermurung. mandi semalam pun lewat, lepas mandi terus g bilik kak fara.. hanya untuk berborak.. lepas tu zyla balik bilik... masuk je bilik baby sony zyla dh berbunyi.. dalam mind memang target ayah kol!! japp ayah !!! along angkat kol!!!!!!!!

tup2.. my harry potter aka MUS yang kol rupanya.. alamak! 

tapi sebelum tu zyla nak kenalkan laa siapa lak MUS ni..

dia ni sahabat zyla.. kenapa zyla gelar dia harry potterr , tu gelaran dari adik-adik zyla.. haha.. dia aje tak tahu selama bertahun berkawan ni zyla asyik gelar dia harry potter aje.. zyla mula2 kenal dia masa zyla tingkatan 3.. masa zyla dh habis PMR... yang bestnya dia ingat lagi result zyla.. bagus betol dia ni..  

dulu kteorang memang rapat.. atau hakikatnya dialah kawan paling rapat dengan zyla masa zyla pindah Sarikei dulu.. main badminton, joging, bercerita semua dengan dia nilah.. tapi sekarang dah tak berapa nak rapat sangat sebab masing-masing dah jauh.. entahlah, zyla pun tak tahu berapa lama dah tak jumpa. 

masa zyla kerja kat Barakah Cafe , Kuching dulu selalulah jugak zyla jumpa dia ni sebab kolej dia tak jauh dari situ.. lepas tu dah tak jumpa sampai sekarang.. ada jumpa pun kat dlm FB aje..

zyla tau dah.. kalau dia ni kol tak lain tak bukan mesti bosan tu yang suka dok kutuk2 zyla.. alamak! disebabkan zyla letih, terpaksalah tadah telinga ni.. ish2.. dia ni memang meriah sikit.. zyla pun kadang2 hairan asal dia ni semacam bersemangat aje..

cuma semalam dia mampun buat zyla rasa terharu aje.. wakak.. asal pulak..


dia tanya pasal cover timeline zyla.. zyla explain. kata-kata ni zyla petik dari ESQ training minggu yang lalu-lalu.. dan penceramah kteorang yang menambahkan kata2 ni menjadi lebih bermakna dengan "dalam cahaya ada aurora".. pasal aurora ni sejak dari sekolah lagi zyla dah tahu... sesuatu yang terlalu cantik tapi jarang untuk kita lihat dan sebenarnya amat sukar untuk dilihat dengan mata kasar.  " dalam bunga ada sakura" pulak merupakan teori kaum Samurai sebelum pembukaan Jepun . kan bunga sakura ada kat jepun.. dan sekarang ni bunga sakura tengah berkembang. si mus ni tak tahu pulak kata2 ni zyla dapat masa birthday dia 7 April lalu... haha.. 

masa post ni memang zyla semacam terlupa sesuatu.. tapi bila dah tersedar, baru zyla ingat dengan kawan zyla aka Charming Aurora.. so si mus ni dok tanya.. "semacam awk rindu kat budak yang bernama Charming Aurora"..aka (kdk ktk tk rindu dengan mbiak nama Charming Aurora). okeh! dengar dia cakap macam tu zyla tersenyum.

rindu?? lama tak jumpa. tapi hakikat yang sebenarnya zyla rindu setiap seorang sahabat zyla. tak kisahlah yang ada kat Kuching ke, Sarikei ke, Miri ke .. itu ajelah jawapan yang zyla boleh bagi. adil dan saksama. 

dh sampai part ni menaip zyla hilang idea terus. beku dh kot otak ni nak berfikir.. jap g layan sendulah zyla jawabnya.. huhu.. 

tapi sebelum menutup tirai entri untuk hari ni..


huh! ni application dari FB... kalau adik zyla tengok ni tersedak diorang.. zyla pun dah geleng kepala tadi.. kadang2 menyampah jugak zyla dengan application kat FB ni.. ni memang nak kasi zyla kene kutuk perah santan ni.

tapi paling zyla terkedu tadi bula ada junior yang semacam nak berlawan dengan kecantikkan diorang. baiklah, zyla mengaku dua-dua memang cun melecun.. sangat cantik. tak perlu nak hias diri lebih2 kalau nak cantik. just be simple. 

macam kte tengok yang suka pakai tudung lilit2 tu.. mungkin ada yang tengok macam menyemak aje. tapi mungkin pada si pemakainya itulah cara dia untuk jadi cantik. kalau para Adam nak tahu, semua Hawa nak dipuji cantik. tapi please jangan cakap ada seorang Hawa ni lagi cantik dari Hawa2 yang lain. memang makan hati berulam jantung laa hawa2 yang lain. 

nak buat pengakuan boleh. masa zyla umur 13 tahun dulu (2006) ramai yang kata muka zyla macam Revolina S Temat aka Bawang Putih n gelaran ""Putih" masih lekat dengan diri zyla sampai hari ni. dan satu pengajaran yang zyla dapat ialah, dalam diam banyak kawan2 perempuan zyla yang tak suka zyla sebb ramai yang gelar zyla dengan panggilan tu. huhu.. masa tu jangan cakap lah, sedih tu terkesan sampai hari ni.

baiklah, hanya ada satu perkara yang zyla amalkan agar wajah sentiasa berseri.. HATI... jaga hati dengan sebaik-baiknya.. memang zyla pun  ada terkandas teruk.. tapi cepat2 sedarkan hati dengan hakikat yang sebenar. satu lagi, KETAWA, tak lah sentiasa nak gelak tapi murahkan wajah dengan senyum n tawa. BANGUN AWAL... hah! sila mengaku kalau yang suka bangun lewat tu.. pantang dek nenek zyla kalau bangun lewat ni.. kenapa bangun awal.. aish.. SUBUH menunggu.. ambil wuduk pagi2, Insya Allah wajah berseri aje..  memang laa zyla tak secantik mana dan memang tak cantik pun.. asalkan mak ayah sejuk tengok wajah puteri sulung diorang ni dan adik2 senang bila menatap wajah zyla sudah cukup memadai. 


huhu... nak layan sendu ni. 

2 comments:

lieynanilaz said...

berjela dik....kadang di kala duka seronok kan ada kawan2 sebagai penghibur...:)

haadziq said...

suka ayat "dalam bunga ada sakura" wlupun amek masa ckt nk paham..hehe