alhamdulillah, video untuk bahasa arab dah selesai. report Financial Accounting 3 pun dah selesai . tunggu nak hantar je lagi. tugasan yang nak kene hantar minggu depan Introduction to Finance dengan presentation English. dah biasa dengan semua ni zyla pun dah tak heran kalau tak cukup rehat. kalau minggu lepas 2 hari zyla bertapa kat kolej untuk ESQ TRaining, sabtu minggu ni pulak zyla join group usrah zyla untuk mendaki bukit pulak. (^_^).
petang-petang macam ni nak cerita pasal sekali harung.. jap2.. ada tak yang tak pernah dengar?? sekali harung tu maksudnya buat lebih dari satu kerja dalam satu masa atau lebih tepat, siapkan seberapa banyak kerja lepas tu hantar sekali. dah boleh lega!
itulah perkara yang dah sebati dalam hidup zyla.. buat semua benda dalam satu masa... kirannya memang sekali harung lah! kalau pagi tadi zyla siapkan financial accounting, tengah hari sampai zuhur tadi buat video bahasa Arab dan petang ni ada usrah. malam pulak sambung buat finance.. tak kan sekali harung namanya ni.. memang macam tak ada life!
macam zyla nasihatkan sahabat. sekali harung jugak.. 2,2, mesti kene. mungkin sahabat2 zyla tak pernah lalui apa yang zyla lalui sehingga diaorang rasa zyla macam mendesak. tapi tak apa, sebab experiment zyla 7 bulan yang lalu telahpun berjaya. walaupun dalam masa tu tengah berperang dengan perasaan sendiri, akhirnya semalam seorang sahabat telah menghubungi zyla dan sedar benar apa yang zyla katakan selama ini! syukur lah, sebab zyla tak pernah sekali pun terasa hati atau nak menjauhkan diri (bukan memang jauh ke ni??).
bila kita menegur orang bukan senang. diorang akan dok tuding jari kat kita. tak kisahlah. sebab zyla yakin dengan apa zyla bagitau. zyla sudah hilang seorang sahabat kerana rokok, arwah sendiri pernah mengatakan pada zyla memang membenci sahabat terutamanya perempuan kalau tegur pasal rokok ni.. arwah katakan juga kalau boleh diputar masa, mahu sahaja dia mendengar nasihat sahabatnya dulu. tapi sekarang semua hanya tinggal kisah sahaja. dan dihujung hayat arwah akhirnya dia gunakan juga berus dan ubat gigi yang pernah sahabat dia bagi. dan itulah perkara yang sama zyla lakukan pada seorang sahabat. dan kesannya, sama seperti arwah. mendiamkan diri. baik lah.
itulah kerana bila ego menguasai diri. menegur sebab zyla saban hari ditgur. selalu dinasihatkan begini dan begitu. yang zyla bagitau adalah sekadar untuk berkongsi. tak mengapalah zyla cuba saje, berbulan-bulan nanti kita tengok la hasilnya macam mana k.
ni pulak nak kongsi gambar masa buat bahasa Arab tadi.
ngee... bila tengok gambar ni teringat masa sekolah dulu, umur 16 tahun. oh! kesimpulannya, saya Fathin Fazila BT Razali,insan yang sama.
disebabkan buat kerja sekali harung, masa nak shooting laa zyla baru nak hafal dialog. baru tahu macam mana payahnya para pelakon nak berlakon.
ni pulak member group zyla.. Faza, Ara dan Adah.. memang best dengan diorang ni.. sbb sama kelas dar sem 1 lagi.
+
+
+
dan si gadis ayu bawah ni kawan2 zyla jugak.. kak linda, suhaila dan kak fara...
ni pulak masa genting masa nak tunggu pro art present subjek company law.. giler nerbes.. nasib kawan ada bawa ipad dia.. lapply zyla pulak member tengah ubah design slide show kteorang. tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment