Monday, April 09, 2012

Percaya Diri Sendiri.


Bismmillahhirahmannirahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

zyla mulakan pagi ini dengan lafaz bismillah. semoga sahabat-sahabat turut melakukan perkara yang sama. alhamdulillah, ESQ Training yang berlangsung 2 hari lepas dah pun berakhir. kesannya terlalu amat terkesan di hati ni. dan zyla berharap agar kesannya akan berada teguh dalam hati ini buat selama-lamanya dan orang disekeliling zyla akan dapat merasai kekuatan baru yang zyla perolehi selama 2 hari.

Memang memenatkan leadership training ni... bayangkan selama 2 hari, zyla dan sahabat-sahabat lain duduk dalam dewan dri pukul 7 pagi smpai 7 petang. memang laa ada rehat, ada aktiviti , gelak ketawa, tapi penatnya masih terasa. tetapi yang zyla dapat simpulkan adalah kepenatan itulah yang zyla cari selama ini untuk tetapkan hati dan perbaiki segala kelemahan. zyla bahagia dan senang hati bila lihat semua pelajarKPTM seluruh Malaysia balik dengan senyuman. walaupun perkenalan kami singkat tapi kasih sayang yang terjalin terasa akrab sekali.. wah2.. ayat pagi ni.. (^_^).

walaupun esq membuatkan kami semua mengeluarkan air mata dari hati yang rapuh ni, rupanya dalam masa yang sama kami dibantu untuk sedar siapa diri kami dan apa matlamat kami selama kami hidup ini. 

kalau korang ada dengar tentang ceramah ESQ TRAINING ni.. zyla syorkan korang untuk join. memang tak rugi, datang dengan hati yang mungkin kosong, dijamin akan balik dengan hati yang penuh isi. confrm kenyang la!

buat masa ni memang zyla perlukan masa untuk bersendirian, ditambah pula sibuk dengan urusan kolej dan final exam tak lama lagi.. memang ada beberapa perkara yang zyla perlu buat dan selesaikan. next sem memang zyla tak janjikan zyla akan balik sarawak lepas final exam, mungkin terus stay kat sni dan praktikal. habis semua tu baru balik ke sarawak dengan hati yang lapang dan bahu yang ringan.. maknanya tak ada tanggungjawab lagi laa.

cuma satu sahaja yang zyla doakan mulai pagi ini, semoga segala urusan zyla, keluarga, saudara mara, guru2 zyla dan sahabat2 zyla diberkati dan diredhai Allah SWT. 

sesuatu jugak yang zyla dapat semalam yang membuatkan zyla tersenyum sendiri. petikan dari teori ini.


kata-kata yang penuh bermakna ni..
mula2 dengar memang zyla dah sengih2 sampai ke telinga..
al maklum laa... "sakura"
tapi bila zyla tengok lama2
eyh, aurora tu kan kawan zyla..
(^_^)

gambar ni pun dah jadi cover page kat fb
hope semua terima dengan senyuman dan kasih sayang,
tak ada niat apa2. 


No comments: