Wednesday, April 25, 2012

rumusan LGBT d'sakura

10.51 malam.

assalammualaikum..

lewat macam ni baru lega sikit kalau nak online.. nape?? sbb time macam nilah baru line "berukband" laju..  aish. dh lah celcom dah bagitau bayaran untuk bulan ni.. jangan risau ye En. Celcom... nanti zyla bayar  shap 1 haribulan macam biasa oky!

hari ni banyak benda nak cakap! so entri kali ni mungkin akan jadi panjang berjela walaupun kene taip laju2..

situasi: sebelum nak ke kolej yang tercinta.

adui... orang selalu pesan. setiap pagi jangan lupa ambik sarapan. hmm.. terus terang zyla ni agak liat nak makan pagi.. tak tahu kenapa. kalau ada yang pelawa makan nasi pagi2 memang perut zyla akan mengecut laa.. payah sangat nak makan. tapi disebabkan orang dah banyak tegur zyla maka zyla pun telah mempratikkan ambik breakfast ni sejak bulan Januari lagi..kalau masa sekolah zyla hanya akan makan nestum sahaja untuk sarapan.. yang lain kurang sikit.. tak tahu kenapa.. dan sekarang ni zyla lebih gemar mengambilroti atau mee berbanding nasi.. kalau tengok nasi automatik tong dram zyla akan mengecil..

sitausi: kolej

yeah! untuk pengetahuan hari ni kat kolej ada forum yang membincangkan tentang masalah remaja masa kini.. tajuk paling hangat dipasaran.. zyla memang suka sangat forum ni , bagi kesedaran bagi yang buat2 tak sedar. ish! mulut zyla ni betul2 dah cover insurans. tapi ustaz cakap." jangan menghina orang sebab nanti perkara itu akan terjadi kat kita balik". so kawan2, kalau ada benda yang terbalik terjadi dalam kehidupan kita, maka bersabarlah. kalau ada sahabat yang "melencong" sikit.. beranikan diri untuk menegur... senang aje.. mula2 dengan hati, tapi kalau dah teruk sangat kawan kte tu cuba pulak dengan menegur.. dan kalau degil , keras kepala... buat lah tindakan yang sepatutnya.. tapi kalau permasalahan berkaitan dengan akhlak ni .. apa lagi kita boleh buat?? ajak sahabat yang "melencong " tu join forum, ceramah, aktiviti keagamaan. paling tidak usrah.. berkesan.. lagi2 bila kita akan diterangkan tentang isi kandungan Al Quran.bukan zyla berlagak baik atau alim.. tapi hakikatnya , zyla sendiri pun sedang memperbaiki diri.  terima kasih sangat dengan sahabat yang sudi ajak zyla join usrah dan hati yang terlalu riang dengan aktivit macam tu walaupun kadang kala sibuk dengan tugasan. apapun zyla semakin senang. kalau tak pun, update aje info kat wall.. yeah! untuk makluman semua.. ketika seseorang dok syok scroll wall fb dan dia ternampak post2 yang menginsafkan hati kecil dia akan terdetik dan bersuara. tapi disebbkan ego, suara hati kecil itu cepat2 ditepis.. kalau yang benar2 yakin dengan info korang bolehlah share selalu kat FB, mana tahu suara hati kecil itu akan menjadi berani untuk memulakan langkah berubah nanti. 

nak tau apa tajuk forum kteorang?? LGBT... hah! Lesbian, Gay, Biseksual and Transgender!. jangan cakap lagi laa.. masa sekrang ni betul2 laa kita ni umat akhir zaman kot. masalah macam ni dah macam tak dapat dibendung lagi. tapi zyla suka apa yang ustaz tu cakap.. " kalau lesbian ni senang nak sembuh.. bagi je suami yang kaw2 mesti diorang insaf".   hakikatnya sanga Adam juga mampu melembutkn hati Hawanya. 

tapi masalah yang paling teruk adalah GAY.. kalau Transgender ni.. siapa dah fikir masak2 nak tukar jantina tu memang mampulah kan nak buat benda peliks ni.. dah Allah SWT jadikan kita ni lelaki atau perempuan maka redha laa.. tak ingat ke yang semua takdir kita sudah tertulis di Loh Mahfuz.. dugaan dan apa jua yang berlaku dalam kehidupan kita ni sudah Allah tuliskn.. cuma bergantung kepada kita untuk berusaha sahaja. mungkin ramai yang ta ingat sebelum kita dilahirkan ke dunia ni kita dah bersaksi bahawa Hanya Allah SWT Tuhan Kita... dan juga kita pernah bertanya kepada Allah sebelum menurunkan kita ke bumi. " adakah kita akan selamat dan bahagia didunia sebagaimana kita disyurga dulu?".. of course laa semua kita tak ingat sebb masa tu kita belum tengok dunia lagi.. bila dah sampai dunia ni kita lupa segala2nya.. zyla pun sama. apa zyla buat cari balik apa yang kita lupa.. kat mana??Al Quran.. sekarang ni pun zyla tengok ceramah agama memang ada kat mana2 sahaja.. cari ilmu, cari peringatan tak susah ..

berbalik dengan GAY ni... memang teruk.. zyla pun akuinya.. walaupun ada jugak GAY yang dah kahwin tapi dia tetap ada pasangan GAY dia.. apa nak jadilah.. itu zyla tak dapat nak terangkan kat sini.. kene tanya gay sendiri.

mengikut apa yang ustaz tu cakap.. " semua agama termasuk Kristian, Buddha pun mengharamkan lesbian dan gay dan seumpama dengannya"  jangan nak kata Islam sahaja melarang. agama lain pun melarang tau.. bayangkan kalau semua nak minat dengan kaum sejenis.. maka pupuslah manusia.. kahwin sama jenis mana nak dapat anak??? dah Allah jadikan Adam dan Hawa untuk bersatu untuk lahirkan zuriat.. kita ni?? nak mendustakan semua tu.. aish.. apa nak jadi nih??

ustaz tu pun cakap.. " jangan sesekali cakap.. kami tak minta dilahirkan macam ni"..  memang kita tak minta, tapi smua bergantung pada usaha dan hati kita sendiri kan??/

tepuk dada tanya selera laa sahabat semua.. sekarang ni zaman yang sukar. zyla pun tak tahu apa nasib zyla masa hadapan... Rasulullah dah berpesan dengan umatnya 1400 tahun yang lalu.. tapi bila benda macam ni berlaku... semua hanya lantang bersuara aje.. tahukah kamu Rasulullah pernah berkata.. " umat yang paling dirindui adalah umat selepas kewafatan ku".. tapi berapa ramai yang sedar?? tak sedar kan?? ke tak pernah dengar???kalau tak pernah dengar korang cari sumber2 yang membolehkan korang dengar, baca dan faham apa yang korang tak pernah dengar. 

zyla memang cuba sampaikan dan masih dalam proses memperbaiki diri. susah nak cakap tapi nak cakap jugak..kalau Allah SWT dh murka.. DIA datangkan musibah nanti memang tak sempat nak minta ampun dh.. 



ni dia para panel jemputan.. Ahmad Fitri Yahya ( pengacara MHI), Imam Muda Hisbur dan Sham Kamikaze.. yang tengah 2 sekali zyla lupa nama ustaz tu.. hehe






hah! saja nak bagitau.. moderator untuk forum kteorang hari ni ialah EN. AHAMD FITRI YAHYA. gambar ni zyla copet dari fb kawan zyla.. rugi hari ni sebab hp zyla tak ada battery pulak... 

situasi: selepas forum

gempak jugak kat luar dewan sebab ada booth Sofy and Nestle.. 






hah!! borong! borong!! siapa minat yogurt ??? utk yang kecik tu nestle buat promosi tadi RM 5 untuk 4 bottle.. yang bliss 200 grm. RM 8 untuk 3 bottle.. tapi hanya di KPTM BANGI TADI..sesiapa berminat sila dapatkan di pasaraya yang terdekat.

okeh.. nak story sikit.. kak saudara kak fara cakap .." elok makan yogurt utk sembuhkan luka lepas bedah, terutama sekali untuk luka dalaman." ish.. so zyla pun terpaksa lah belajar makan benda ni.. walaupun tak berapa suka.. untuk kesenangan zyla masa depan..

sebelum menutup tirai hari ni zyla suka dengan statement Ahmad Fitri Yahya..

Dia menjangkakan bahawa semua mahasiswa dan sisiwi akan menjadi insan yang penuh dengan jati diri yang tinggi dan juga bertindak matang. contoh paling senang status kat fb. itu memang betul. memang wall kita suka hati kita lah.. tapi sebenanya dalam tak sedar kita membuatkan ada sesetengah pihak tidak menghormati kita dengan status yang pramatang. berhati2 lah semasa nak update status. macam zyla, melawak aje banyak.. nak cakap pasal lain yang mengelikan zyla rasa orang yang dah kahwin pun tak pernha keluar statement melampau.. betul tak?? bukannya cemburu tapi  hak peribadi kita tak perlulah semua nak tonjol kat fb.. kalau yang memberi manfaat silakan. 

FB zyla pun bukan dengan niat sengaja zyla nak buat account FB.. yang zyla ingat pagi tu bangun je tdo senior zyla cakap zyla dah ada FB.. mahu nya tak ternganga zyla.. tapi merasa jugak laa zyla dengan kesan2 FB ni. aish. memang laa tak nak cari pasal dengan FB.. kang ada jugak yag gaduh besar. 

apapun, kalau dah rasa dewasa buat cara dewasa. kira matang laa.. kalau remaja maka carilah banyak2 ilmu. ehem.. nilah nak cakap ni.. zyla remaja.. so memang tengah mencari pelbagai pengisian untuk bekalan zyla satu hari nanti. 



1 comment:

lieynanilaz said...

dengar forum macam tu boleh membuka minda..

akak suka makan yogurt..ini pun belajar2 makan ngan kawan masa sudi kat upm dulu..terus jatuh chenta...haha.