assalammualaikum...
awal pagi lagi bangun terus kol mak zyla..tu dia pagi-pagi lagi dia rajin dok tanya khabar sahabat-sahabt zyla. jadi tak hairan laa kalau dia jumpa kawan2 zyla macam dah betul-betul kenal..
pagi-pagi ini nak story morry sikt sebelum nak melaksanakan semua report dan video bahasa Arab tengah hari nanti.. kawan2 semua senang lena diulit mimpi bersama "Putera Charming" masing-masing. zyla bangun awal2 sebab nak tengok ciptaan Allah pada pagi yang indah dan penuh bermakna ini.
terlebih dahulu, zyla nak bagitau hari ini hari jadi adik zyla yang ke3.. Fahim Fiqri Bin Razali. Selamat menyambut Ulang tahun yang ke 14 wahai adikku. along doakan semua panjang umur, bahagia disamping kami sebagai keluargamu dan selamat maju jaya dijalanmu sekarang. Tuntula ilmu dengan usaha kerasmu. semoga Allah mengasihi dirimu wahai Adik kesayanganku.
pertemuan.
straight to my topic.. pertemuan. i believe that every of us are always meet this moment.. meet a new friends. may i ask u, in your first meet, what the first things that u think about your new friends??
semestinya banyak anggapan kita bukan?? subhanallah.. kata2 ini zyla ambil hasil dari Esq Training tempoh hari. zyla bukan hendak bercakap tentang orang lain tapi diri zyla sendiri. sudah banyak sahabat yang zyla kenal ke mana sahaja zyla pergi dan kami berjumpa dalam satu keindahan yang nyata. (^_^).
kenapa zyla cakap macam tu sebab setiap pertemuan yang zyla lalui teramat la bermakna. biarpun ada diantara pertemuan itu agak malap hari ini tapi zyla tak berhenti semoga satu hari ini nanti kami akan bersua semula seperti sahabat yang baru.
zyla akui, tahun lepas dan yang lepas-lepas.. fikiran dan tindakan zyla masih belum dewasa lagi.. alamak! kalau cakap part macam ni kene mengaku jugak umur dah masuk area 20-an kan?? yorlh. dah masuk 20 tahun ni. banyak benda yang zyla kesalkan. kenapa perlu pertemuan itu berakhir sebegitu ??
bolehkan kalau zyla hendak perbaikinya?? ingin hajat dihati memohon maaf, dihadapan sahabat sekalian. ingin diucapkan rindu dan sayang pada sahabat. sungguh benar! zyla amat rindu!
sebenarnya pada zyla, apa jua yang telah berlaku pada pertemuan itu tidak pernah lagi memberi kesan dihati zyla. biarpun hati pernah dilukai. zyla percaya, perjalanan hidup dan takdir kita Allah yang tentukan. dan sahabatku, jika sudah tertulis di Loh Mahfuz kita adalah begini dan ingin diriku memberitahumu bahawa aku mahu perbaiki keadaan ini. izinkan aku!
tapi masalahnya sekarang. adakah ini masa yang tepat dan adakah zyla benar2 berani?? bercelaru. tak ada siapa yang mampu untuk membantu. semuanya bergantung kepada zyla sendiri. Perancangan masa depan zyla untuk 2 tahun akan datang banyak membataskan diri zyla dari balik ke Sarawak. Hujung tahun dan mungkin sehingga tahun depan zyla akan terlalu jarang2 balik ke sana. kalau dah tak balik macam mana nak jumpa sahabat???? dok jadi orang nomad duduk kat sini. itulh yang agak memeningkan zyla.
zyla berani menulis entri ini buat sahabat yang membaca.
sahabat, jika ada silap dari zyla.. ( bukan jika lagi, memang ada)..huu.. zyla ingin memohon maaf. desakan hati ingin semuanya jadi indah seperti dulu. memang benar antara kita terselit luka, tapi jika kau ingin tahu kebenarannya, luka itu bagaikan hilang ditelan dek kesibukan zyla dengan kuliah yang berpanjangan seperti musim kemarau dan salji yang tak henti2 nk berhenti, (ayat apa nie?).
"sesungguhnya dalam badan manusia ada segumpal daging.Bila ia baik maka baik lh jasad. jika ia rosak maka rosakla seluruh jasad. Dan segumpul daging itu adalah Hati "
hadis riwayat Al Bukhari.
sahabatku, pejam erat matamu, pegang dan bertanyalah pada hatimu. jika kau senang segalanya kekal begini maka biarkan coretan dari sakura ini sebagai cepisan kertas yang perlu kau bakar. jika hatimu juga inginkan keindahan , maka jawablah dengan indah juga ya. (macam indon pulak).
Adanya aku didunia ini adalah kerana Kehendak Allah. seperti itu juga kamu sahabatku. Adanya pertemuan ini adalah kerana kita adalah bersaudara. aku menyayangi dan mencintai setiap sahabatku adalah kerana Sifat Ar Rahman Pencipta kita. semoga dengan sifat As Salam Pencipta kita, kau dan aku akan saling merasa kesejahteraan hidup ini. sungguh, cita-citaku adalah untuk kembali kepadaPencipta kita dengan penuh rasa kasih sayang kepada sahabat2 ku.
namun terlebih dahulu, aku mohon maaf andai sekali lagi aku membuat salah.
jika zyla bahagia bertemu dengan sahabat baru,
dah silarurahim antara kami amat terpelihara sehingga detik ini,
mengapa tidak kita wahai sahabatku,
adalah lebih bermakna jika kita boleh jadi seperti ini.
tiada paksaan.
p/s: sahabat dari kota bharu.. liyana, jangan kau seru aku ke kelantan pulak selepas nih.. bangi , terima kasih pertemukan aku dengan sahabat2 baru ini.
No comments:
Post a Comment