Saturday, April 07, 2012

akhirnya itu milik aku jua.


lama tak update blog ni.. berdebu dan bersepah entri lepas kan?? mgkn ada beberapa entri yang zyla akan delete.. sebenarnya zyla sendiri tak sangka sekarang dah masuk bulan 4.. April sudah.. korang kene ke April full tahun ni?? lama zyla tak kenekan orang dan dikenekan orang.. haha.. tahun depan kot boleh kenekan bakal "kawan  sepejabat""... waseh, berangan sudah.. sbb masa tu zyla dah praktikal.

hari ni memang penat gilerrr... sabtu pun sibuk kan... aish! sebab hari ini ada program ESQ TRAINING kat kolej... memang gempak walaupun penceramahnya orang indon..tak kisahlah siapa pun penceramah tu, asalkan dia sanggup berkongsi ilmu dengan kita tak jadi masalah kan? alhamdulillah taklimat tadi memang gempak! terbaik yang pernah zyla alami.. sbb ESQ program ni berlandaskan Al-Quran, Sunnah and Sains.. sayangnya masa ceramah  tak boleh nak ambik gambar.. tapi jangan risau, zyla banyak salin input drr ceramah tu... berguna sangat untuk share dengan korang.kita ambik ikthibar sama2.

tadi lepas mandi dan makan, lepaking pulak dengan kawan sebilik ni..tak tahu mana mulanya, kteorang brcakap psal sijil LCCI.. kalau tahun lepas zyla tertanya2 bilalh sijil tu akan jadi milik zyla.. so sekarang dah ada jawapannya.. dah lama juga zyla terima sijil ni tapi lupa nak cerita sebab sibuk sangat urusan2 lain. update blog pun cerita pasal lain..

malas laa nak buat mukadimah panjang-panjang berjela... straight to the point. tu dia sijil zyla.. alhamdulillah... masuk CIMB Bank ni laku tau.. nape zyla nak upate pasal ni sbb ni hasil usaha keras zyla pada masa lalu.dah alang-alang  ada blog ni zyla karang laa semua perkara2 yang "meaningful" sangat sekarang ni. 

first of all, memang banyak orang kata bidang yang zyla ambik ni (akaun) tak ada masa depan kan? alahai! sodeh hati aden ni mendengarnya.. tapi syukur alhamdulillah sebab zyla mempunyai mak ayah yang betul2 support zyla. jadi apa orang nak cakap zyla dah tak nak dengar. buat apa nak dengar cakap orang lain kalau mak ayah dah bagi restu?? betul tak?? zyla tahu ramai yang minat akaun ni tapi ada yang takut nak ambik sebab susah.. yap! memang susah, ada tu mak ayah tak kasi, banyak orang cakap tak ada masa depan. tolong laaa... zyla merayu sangat, buka minda, pandang ke hadapan.. tak kisahla apa2 bidang pun kalau ada usaha , Insya Allah akan menjadi jugak.. tak semestinya kalau ambik akaun jadi akauntan. bukan macam tu. tapi kalau adik2 kat luar tu nak tau, sambil2 belajar akaun ni.. korang akan didedahkan dengan paper2 yang best.. contohnya, Management, Costing, Financial Accounting (wajib), Finance , Taxation, Audit, Perniagaan Islam, Ekonomi, Company and Commercial Law, UBS software, Excel.. . dalam kita belajar ni, kita dah nampak dah kalau lepas habis study nanti nak masuk bidang mana. Taxation contohnya, boleh apply kerja kat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jap! LHDN tu kerajaan juga.. so kepada sesiapa yang memang demand nak jadi orang kerajaan awal2 , korang memang dah boleh apply, janji stdy akaun dulu. BOLEH?


Berbalik kepada sijil zyla ni, zyla baru perasan zyla dapat LEVEL 2, rupanya. oky2, mungkin tak sebaik Level 1, tapi kalau jual laku jugak kan??? sijil ni memang lama nak tunggu dia sampai kat tangan kita.. bila masa nak ambik sijil ni??? masa SPM dulu... ni kiranya langkah pertama untuk korang dan zyla menjadi yakin dengan peluang kerja dalam bidang akaun ni..



sekarang ni pun zyla dah diakhir pengajian dalam diploma akaun, Insya Allah zyla akan habiskan pengajian ni dengan baik sekali. amin. tapi kawan ade jugak bagitau, untuk UBS tu kita ta boleh apply sijil dia. memang zyla tak akan lepaskan peluang la! susah nak dapatkan LCCI ni zyla dah lepas, UBS SOFTWARE, zyla sanggup telan susah dan peritny sebab zyla dah lalui saat tu. tapi kene struggle betul2 laa untuk UBS ni sebab ni IT punya part. kelemahan zyla.. untuk kejayaan memang nak kene usaha lebih kan??? Julai nanti zyla dah masuk sem 5, leps tu praktikal kemungkinan besar zyla stay sni je.. tak balik sarawak masa tu.. oh my sarawak!!! rindu sudah ni.. 

inilah risiko yang zyla kene ambik. nak buat macam mana kene usaha keras untuk masa depan zyla.. zyla pun harap sangat cikgu akaun zyla , Mdm Lu Hung King tu masih mengajar kat situ... banyak benda zyla nak tunjuk kat dia, hasil usaha zyla sendiri. zyla sayang sangat kat dia.. sebb dialah zyla teruskan bidang akaun ni walaupun memang bidang akaun ni payah sangat yang teramat. 

oky! mata dah mengantuk dan badan dah penat sangat ni... esok memang terbaik laa.. sebab esok laa nak prepared untuk presentation Law group zyla, Pro Art. lepas tu assignment satu per satu nak kene hantar sbb bulan ni last .. kene bnyakkn bersabar ajelah. 


No comments: