tak sempat nak buat entri masa kat bilik, sampai kat lab kolej pun zyla bantaii je komputer kolej ni.. sila lihat tajuk di atas... kesedaran mula menerpa dan mengetuk hati zyla saat zyla berjumpa dan belajar benda yang baru.
masa lalu..
zyla sebagai budak yang baru berusia 13 tahun.. masa ni memang tak tahu apa2.. apa yang zyla tahu, aktiviti dan sekolah.. tu pun akademik memang takat2 suam aje.. tapi tak sangka pulak, boleh meloncat sampai tahap ni.. aish.. macam bermimpi aje.. okeh! mengaku, dulu memang malas giler nak masuk kelas , hati ni lekat dengn aktiviti luar aje, sampai cikgu komplain kat ayah, zyla suka dengan aktiviti luar berbanding study dalam kelas..
dulu masa tak faham satu2 subjek memang kiranya tertinggal habis laa, malas betoi budak ni nak study atau tanya kawan2 lain... biarkan aje.. sekali ambik kau masuk tingkatan 3, pindah sekolah pulak tu.. terkantoi sudah.. aish! tapi syukur alhamdulillah, frm 4 baru ada kesedaran dan memang betul2 sedar walaupun nikmatnya sikit at least tak adalah yang merendahkan zyla lagi, zyla dah melangkah ke hadapan seorang diri. .. ahaks!
samalah keadaan sekarang, cuma hari ini dah dapat fikir dan cepat2 perbaiki... ada perkara yang kita rasa baik tapi kita lengah-lengahkan, tak rasa rugi ke???? terus terang zyla katakan.. memang rasa rugi..tak salah kita ni usaha lebih dan belajar teruk sikit asalkan nanti kita mahir dengan apa yang kita dah kuasai tu.
bak kata kawan zyla.. pemahaman tu memerlukan proses.. tapi apa yang zyla kecewa sangat bila dah terang tang tang benda baik tapi dipandang ringan aje, tak diamalkan padahal benda senang...
betul2 , tepuk dada tanya selera dan iman... apa korg buat tu nanti kubur masing2 kan.. tak fikir pulak, nanti Allah akan tanya org terdekat dengan korang asal tak menegur sahabat! ni yang best ni.. bila zyla sendiri yang mengalami situasi yang memeritkan lepas tu zyla cuba untuk menegur orang, dan sekarang zyla pulak yang disalahkan.. cara tak kene.. baik la... kalau nak kata cara zyla salah.. salah laah zyla. terpulang.. nanti kalau benda dah jadi mudarat, tanggung sendiri. zyla akan sibuk dengan kerja zyla sorg aje.. tak nak ambik peduli. mungkin tak faham , kenapa mesti zyla yang serabut dengan masalah dan sibuk dengan urusan kolej ni yang tegur kan2??? zyla yang menulis ni pun serabut dah! lagi2 yang baca kan2?
zyla berharap adik2 bawah zyla ambik pengajaran.. kalau dah sedar benda baik, mulakan langkah untuk jadi baik.. serius ni, sekali kita berpaling kepada jalan yang bertentangan memang payah nak mulakan jalan yang satu lagi.. malu tu akan membuatkan kita lemah semangat dan memperbaiki kelemahan.. jadi yang mana korang nak pilih.
sejak 2 menjak ni, zyla sedar peranan zyla sebagai kak long kepada 4 orang adik memang memberi kesan kepada keluarga zyla.. walaupun adik2 zyla jauh, ada yang kat betong, perak, sarikei dan zyla sendiri di bangi.. kteorang memang jarang sangat nak berjumpa... tapi zyla rasa bersyukur sebab dari cerita mak dan ayah adik2 banyak yang dah berubah.. tak kisahlah zyla jauh mana dan buat apa, apa jua perlakuan, kemajuan dan kelemahn zyla sebenarnya adik2 nampak bila amka dan ayah bercerita dengan diorang.. dan zyla berharap, walaupun zyla tak ada kat sisi mereka, adik2 zyla tetap masih berjuang dalam menuntut ilmu... itu yang penting dan harap diorang menerapkan nilai2 yang baik dalam diri masing2.
1 comment:
kalau jatidiri ni dah terdidik dengan asas agama yg kukuh...insyaallah walau tercampak di ceruk mana pun akan sentiasa terpelihara dirinya..
Post a Comment