Monday, April 16, 2012

kelam kabut




kelam kabut! sekali harung! sahut menyahut!

itulah situasi zyla... sekarang ni dan masa ni, tak ada kisah lain dalam hidup zyla melainkan tugasan sahaja.. permasalahan yang lain zyla terpaksa ketepikan memandang sekarang ni   memang tak larat nak berfikir hal lain. tengah focus nih.. hehe

minggu depan zyla dah start stduy week, next month memang sah lah final pulak... ayooooooo...tak menyangka zyla bakal menutup tirai semester 4 yang penuh keindahan ni. zyla amat bersyukur sebab dari mula sampai bakal pengakhiran ini semuanya berjalan dengan lancar. alhamdulillah.

sebenarnya sebu juga perut zyla ni bila makin hari banyak kerja yang nak kene selesaikan. lagi-lagi zyla ni yang agak gelabah bila saat-saat akhir dah menjelma. tak campur lagi tu dengan urusan luar yang menuntut komitment dan kesabaran yang agak tinggi.. tercabar hati zyla .

petang tadi baru lepas hantar assgmnt Finance, dah dapat pulak Assgmnt untuk Taxation. sekarang ni zyla kene fokus dan bertahan untuk 2 subjek killer paper nih.. nasib laa Financial Accounting sentiasa bertolak ansur dengan zyla.. tapi ada satu lagi yang memeningkan  zyla, company law.. Rabu ni akan ada 2 tugasan sekaligus! tebaik laa..

bagi yang sedang belajar, mesti faham sangat2 kan saat getir bila assgmnt melambak. mesti jadi kelam kabut kan? lebih2 lagi kalau buat dalam group.. mesti ada yang tarik2 muka kalau ada kawan yang buat kerja lewat kan? semua tu zyla dah alami dah. dah selesai pun tapi masih berkesan dalam hati.

bukan setakat sebu perut zyla , buntu pun ada.. tension? jangan cakap laa.. mata zyla ni dah sakit sangat dok menghadap lappy hari2... haha.. ni complain ke apa..

sebenarnya tengah motivasikan diri ni.. melatih diri untuk menjadi tenang agar damai dan makmur bila buat kerja.. tak adalah disebabkan tension dengan kerja nak cari pasal dengan orang lain pulak. zyla tak nak jadi macam tu. kalau tension ada masalah kita diam2 sudah..

kalau dah selalu hadapi perkara yang sama mesti kita akan tersedar tentang sesuatu. macam zyla. dahlah badan memang tak pernah cukup rehat sehingga selera makan dah berkurangan (berat badan 46 kg!). zyla memang tak ada tenaga sangat nak buat kerja. tapi disebabkan kene siapkan gagahkan juga diri ini. masa ni memang tak berapa nak stabil.

kene manage semua dengan betul. makan, tdo dan rehat. kang tak pasal2 sakit lagi menyusahkan kawan2 pulak.. ngee. bila sibuk dengan tugasan perkara yang akan keluar dari mulut kita adalah " tak ada masa!". memang betul. tapi cuba fikir untuk kali kedua sebelum cakap macam tu. bukan kita yang tak cukup masa tapi banyak sangat "assigmnt" lain yang kita buat sebelum betul2 nak buat tugasan penting. masa itu ada, 24 jam yang Allah SWT jadikan untuk kita pasti ada sebabnya mengapa DIA jadikan hanya 24 jam, tak kurang dan tak lebih. zyla mula dapat kesedaran tentang ni 2 hari yang lepas, sebab tu zyla dah tak gelabah kalau banyak kerja pun redha saje dan yakin nanti akan dapat siapkan semua tu biarpun penat. 

lagi satu, zyla tak nak sebab banyak kerja dan emosi tak stabil kita asingkan diri dari orang. memang tak nak.. lagi tension kalau macam tu. 

kalau tak sempat zyla siapkan tugasan malam ni, subuh nanti tetap ada. rindu pulak masa sekolah dulu. pukul 4 pagi zyla dah bangun dah sambil tepek bedak sejuk kat muka. hehe.. al maklum laa masa tu kene serang dengan jerawat. sekarang dah oky sikit. 


relaks... walaupun dalam hati ni tengah fikir macam mana nak buat preparation utk kuiz dan test finance khamis dan jumaat ni.. disambung pulak dengan test Taxation 1 sabtu nanti... disambut pulak dengan assgmnt Taxation dan Law.. harap2 boeleh siapkan semua.









No comments: