7.53 morning.
waseh! ini cerita semalam. malam tadi memang menaip entri tapi tak larat nak mengarang karangan bahasa melayu dah. mata nak tutup aje.
semalam lepas jumpa ayah, zyla terus pecut g Giant. nape?? adalah urusan yang ayah suruh buat. dengan level of confident yang terlalu tinggi zyla pun gerak laa dengan hanya bawa dompet, hp and kunci.. semua benda-benda kecik tu zyla letak dalam poket seluar. sempoi. malas nak bawa beg kalau tak perlu.
mula-mula hajat zyla nak withdraw duit ni.. dah depan mesin ATM... zyla carilah kad ATM zyla.. cari punya cari, sah tak ada!.. terkejut zyla... aish! nilah jadi .. malam sebelum tu zyla tak letak balik kad ATM bila zyla keluarkan.. masak zyla! nak balik tak dapat sebab duit tinggal rm 5.. zyla terus dail number toiletmate zyla Ain.. nasiblah dia boleh membantu.. lepas tu masa nak bayar teksi zyla, boleh pulak duit zyla ngam-ngam RM 6 nk bayar teksi.. aish! lagi zyla pelik.. bukan hanya RM 5 je ke tadi??? huaaaaaa... rasa nak jeit aje. apa kene dgn kepala zyla, zyla pun tak tahu!
lepas apat kad ATM tu terus g buat apa yang suruh. selesai!
* penyakit lupa zyla memang dah semakin teruk. zyla bukan selalu makan semut la! mungkin sebab dulu banyak menghafal kot... lagi2 sejarah punya nota kan.. aish! memang lah kalau nak menghafal tu payah sangat bagi zyla.. kalau nak hafal pun sikit aje, yang lain zyla goreng berdasarkan kefahaman zyla. dahlah zyla ni study account. kalau pelupa macam ni teruk zyla bila praktikal nanti. ketelitian adalah amat peting masa nak prepare account. lagi-lagi kalau cahsflow, note to account, termination. dan segala macam laa.. kalau bukan financial, taxation pun perlu banyak mengingat.. aish! payah macam ni!
sambung pulak story.. dah alang-alang kteorang sampai Giant... memang menjalankan "misi-misi" penting lah.. disebabkan dah tengah harri so kteorang plan landing kejap ke MCD... sambil-sambil tu si Ain ni dok kemaskini assgnment Taxation kteorang. zyla pulak buat apa? alah! makan lah! kenyangkan perut.
lepas meluangkan masa 3 jam kat MCD kteorang jalan-jalan cari tudung ala-ala alas meja tapi tak beli.. haha.. zyla tak berapa nak berkenan sangat tudung ala-ala alas meja tu. kalau nak shopping pun biarpun duit ada, better tunggu mak zyla datang sini. biar dia yang pilihkan mana yang sesuai untuk zyla. lagi best! dari plih sendiri. memang sah tak beli apa-apa , kteorang masuk kat bahagian lain pulak.
.
lepas meluangkan masa 3 jam kat MCD kteorang jalan-jalan cari tudung ala-ala alas meja tapi tak beli.. haha.. zyla tak berapa nak berkenan sangat tudung ala-ala alas meja tu. kalau nak shopping pun biarpun duit ada, better tunggu mak zyla datang sini. biar dia yang pilihkan mana yang sesuai untuk zyla. lagi best! dari plih sendiri. memang sah tak beli apa-apa , kteorang masuk kat bahagian lain pulak.
hah! kteorang jalan-jalan tak ada hal kat bahagian alatan rumah... dan zyla terjumpa kolam plastik ni..nape?? apa kene mengena dengan zyla?? sebab dulu masa kecik-kecik zyla dan adik-adik suka sangat mandi kat luar.. beria-ia je nak tolong mak siram bunga.. sekali tengok mandi terus sebelum maghrib. dulu kteorang ada satu kolam plastik ni. tapi yang ni kecik sangat hok kteorang tu besar.. muat untuk yang besar tak sedar diri kalau nak join kteorang mandi sekali.. masa kecik memang hebat lah kteorang punya skill berenang! dulu lah.. sekarang ni memang gagal dah..
rasa macam dah tak tau nak buat apa kat situ, kteorang turun bawah pulak, beli bahan nak masak malam nanti. kalau tak beli tak makanlah.. haha..
satu lagi cerita pasal troli.. barang nak beli ringan aje, bukan besar pun.. tapi kenapa zyla g ambik troli ni.. ?? sebab nak letak laptop ain... haha... dah orang tak ramai yang pakai troli tu zyla guna jelah.. daripada jadi perhiasan lebih baik zyla guna kan??? haha.. hanya semata-mata sebab malas nak bawa laptop zyla ambik troli. aish! kalau rasa nak buat misi giler, boleh ajak zyla.. sebab apa?? sbb apa zyla buat semua bukan dalam perancangan.. spontan aje. tapi jangan malu sudahlah. haha
tapi sebelum nak balik kteorang ditimpa satu lagi hal.. kad ATM ain pulak yang lekat dalam mesin.. haha.. nape zyla gelak?? sebab bukan jadi hal derr.. ambik aje pemotong kuku , tarik sudah. tak payah nak gelabah. hidup kene banyak cara nak settle masalah oky!
malam tadi memang kenyang laa zyla dengan ain ni makan..
marcaroni... hah! sedap lagi lazat... nyam2.. nilah anak dara punye kerja.. semua nak simple aje.. tak kisahlah.. malam tadi kteorang jadi vegetarian kejap.. macam mahal aje kan... tp cost untuk semua bahan-bahan ni hanyalah RM 12 sahaja. ada lagi lebih bahan-bahan tu. kalau nak buat lagi.. pun boleh. tapi semalam zyla tambah 2 kali aje..
okeh! siap sempurna entri hari ini. asal celik mata aje zyla terus update blog.. tabiat apa ni, zyla sendiri tak tahu.. memandangkan dah nak habis masa study week ni, fb zyla telah ditutup buat sementara. adik zyla pun buat macam tu. cuma page untuk sakura ni aje zyla tak off.. jangan ada orang fikir zyla dh remove diorang sudah.. debik kang ! nak update blog memang semestinyalah! diari ni...
No comments:
Post a Comment