cermin mata sapa pulak ni??? zyla punyalah.. untuk pengetahuan zyla ni rabun jauh. power mata sekarang ni cecah 400++.. so kalau zyla tak pakai spec ni janganlah berkecil hati kalau zyla tak menegur.. hakikatnya zyla tak nampak!
apa kene pulak dengan spec ni?? kes naya semalam. sebelum maghrib tu zyla tak taulah mana zyla letak spec ni. tanggal je spec dah lupa dan melupakan celah mana zyla letak.. jenuh jugak mencari.. aish! lepas Isyak pun tak jumpa-jumpa.. alih-alih dalam pukul 10 malam ke atas baru jumpa. agak tension zyla dibuatnya. sejak dari kepala terhantuk hari tu, ingatan ni macam tak kuat pulak..
pasal spec ni mak selalu pesan kat kteorang adik beradik.. kenapa pesan untuk semua sebba semua pakai spec dah sekarang!.mak pesan " lepas pakai letak dalam box dia. tak hilang , tak calar" tapi zyla yang selalu lupa box dia kat mana... huhu.
zyla sendiri pun tak sure kenapa boleh jadi pelupa, zyla pun tanyalah EN Google kita.. EN Google cakap zyla mungkin jadi macam ni sebab:
doa ni pun zyla dah mula amalkan mulai sekarang. mana tau ada sahabat yang baca entri ini dan mungkin juga pelupa maca zyla.. elokkan dibaca doa ni.
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup. Badan memerlukan rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat / data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
walau kerja banyak mana pun zyla akan usahakan jugak untuk tidur tidur agak awal dan bangun awal, macam sekarang. pukul 6 zyla dah buka mata! cuma 2 bulan yang rehat zyla terganggu.
mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak
tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfi kir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
yang ni pun sama. apa jua masalah zyla akan bawa bertenang. tak mau tension2... cubakan untuk tersenyum.. dan mengadu dengan DIA... mmglah kadang-kadang tak dapat kalau diri, tapi sahabat sentiasa ada kat ssi untuk membantu.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Vitamin atau Makanan Tambahan Sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yang seimbang atau rujuk dahulu doktor yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
zyla tak pernah ambik makanan tambahan.. walaupun pernah masuk wad pun tak prnah nak sentuh makann tambahan ni.. nasi pun susah nak habiskan ni lagi yang lain.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
berjalan kaki?? sejak sekolah lagi zyla suka jalan kaki, badan tetap fit ni.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
murung??kejap aje... tak akan jadi kalau nak murung-murung ni kalau dengan kak fara! habis zyla nak gelak aje dibuatnya...
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
mungkin ubat yang zyla tak makan (kebanyakkan ubat makan bila perlu) akan dipulangkan balik kat hospital atau klinik.
Belajar Sesuatu yang Baru
an anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
sesuatu yang baru semester ini bahasa arab! walaupun tak berapa fasih bercakap zyla tetap cuba jugak untuk menguasai..
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda
.
game??? zyla tak minat sangat. dan pelik macam mana angry bird boleh ada dalam laptop zyla. kalau jumpa dek nadia ni habis lah zyla. kalau dengan bermain game akan jadi tak lupa zyla akan cuba jugak! sony txt pro zyla je yang tak banyak game.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fi kiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fi kirkan.
fokus??? tengah fokus laa ni sampai sahabat cakap zyla angguk aje.. kadang2 zyla susah nak fokus kalau kepala diserang pning.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
insya allah! akan semakn banyak membaca...
Bermain Dengan AngkaAsahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
hah! memang tengah ptaktika sebagai techinican account laa ni... hari2 mengira. ada jugak lah zyla tak lupa.
Katakan Berulang KaliUntuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
tak pernah buat yang ni... cuma catatkan aje kat buku note. akan cuba jugak.
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
sedang usahakan yang ini!
banyak kelemahan yang zyla kene pebaiki sekarang ni.. tak kanlah nak mengharap kat orang je kan??? so appaun semoga zya berjaya mengurangkan penyakit lupa tu aje cuma satu je zyla harap agar sesiapa pun jangan ubah apa yang dah jadi kebiasaan zyla.. kalau benda tu buruk bagi anda tapi dah biasa untuk zyla jangan sesekali tukar kepada yang baru.. its mine! kadang-kadang perkara yang itulah yang zyla sentiasa ingat. so please, jangan ganggu apa jua yang telah ditetapkan oleh zyla... zyla nak bersuara kang cakap baget pulak.. tapi sekarang ni kene bersuara jugak! i dont care whatever u want to say.
1 comment:
kmk pun rabun jauh..so far daya ingatan masih okay sikitlah..syukur :)
Post a Comment