Saturday, May 26, 2012

bahasa

10.07 pagi.

hari ini masih lagi kat Putrajaya. tapi tak g pon kat Hari Belia. hmmm.. nak berehat pulak lepas final ni. macam biasalah kalau dh final mesti banyak perkara sedih yang akan kita lalui.. kan? macam tulah setiap hari terakhir final. kalau semester 2 zyla sedih sangat sebab terpaksa berpisah dengan kakak-kakak senior, dan beberapa bulan lepas seorang abg senior zyla dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. walaupun bekas kesedihan itu masih ada zyla buat selamba ajelah. kang sakit diri sendiri.

bila zyla fikir balik, perkataan " nak pergi", " balik" itu rupanya membawa kesedihan dan kegembiraan yang berpanjangan. next sem giliran zyla dengan kawan-kawan pulak untuk ucapkan "selamat tinggal" kolej. huaaaaa.. malas nak nangis awal-awal. tapi tak taulah kalau zyla menangis ke tak. sebab masa frm 5 dulu tak pulak menangis, siap kawan cakap " macam tak ada apa benda yang berlaku".. bukan tak sedih, tapi menangis dalam hati.. alahai biasalah ego macam nilah. malas laa nak join the club diorang menangishttp://www.emocutez.com kang banjir pulak... tak pasal-pasal popular masuk berita!

dah sebulan kiranya zyal hanya mendiamkan diri. malas nak berkomunikasi dengan sesiapa sangat. trauma. kadang-kadang terfikir, kalau zyla tak boleh bercakap mungkin lebih baik kan? tapi menulis ni tetap bolehlah. tapi ini kurniaan Allah SWT , ciptaannya yang paling indah. dengan lidah kita mengucapkan sesuatu yang indah dengan lidah jugak kita mengucapkan sesuatu yang menyakitkan.

jahat ke kita kalau macam tu? rambut je sama hitam tapi hati lain-lain. mana ada hati yang sama. kalau sama itu kebetulan aje. kan?

insaf laa, kalau nak berkawan sekarang ni. zyla kabur dalam menilai siapa sebenarnya sahabat baik zyla. ada, tapi siapa sebenarnya. mesti ada yang terasa ek?http://www.emocutez.com.. hmm.. stress la bila fikir semua ni. persoalan bila nak berbaik dan berakhir dah tak ada dalam fikiran zyla. melayang entah ke mana.

apa yang patut zyla buat? bahasa ni memang agak merbahaya. nasib orang jarang nampak zyla. kang nampak bulak bahasa badan zyla yang tak berapa mesra ni..lagi orang terasa.

sebab tulah zyla jarang sangat nak online.baik baca buku je. habis cerita. tak fikir apa2. kan?

1 comment:

.izzati liyana. said...

berat semacam je masalah ni. btw, jangan tension tension jangan sedih sedih. hidup perlu gembira. kalau tak, asyik berkerut je cepat tua nanti. share la dengan sesiapa yang patut. ringan sikit kepala nanti.