selamat pagi! sambung entri ni yang terbengkalai malam semalam.
sekarang ni baru pukul 8.31 pagi.. burung-burung pun tengah berkicauan riang kat luar, mungkin berzikir kepada PenciptaNYA. sungguh, pagi ini adalah pagi yang indah. alhamdulillah, inilah nikmat Allah SWT yang zyla ingin nikmati setiap pagi.
berbalik kepada tajuk.. waduh, kok sekarang bicaranya bahasa indonesia... al-maklumlah, saya dari Tanah Borneo, jiran disebelah saya Indonesia..
sudah laa, poning zyla cakap bahasa jiran ni.. nak tulis dalam bahasa Sarawak kang ada yang tak faham.. ngee..
semalam zyla dengan ayah jalan-jalan kat Jalan Tar. memang syok laa kteorang dok usha kain kat situ. tapi tak beli lagi sebab perancangan ayah, bulan Jun nanti bawa ibu dan adik2 lain datang sini. huhu.. patutlah tiket zyla tak ada berita, rupanya kemungkinan besar lepas final tunggu diorang datang sini lepas tu baru balik sama-sama.
bila kita keluar memang normal laa kan akan tengok pelbagai raga dan fesyen show free.. beul tak?? lagi2 kalau part tudung.. pergh! semua fesyen ada.. mungkin tak selesa pada pandangan kita kalau yang berbelit2 lebih 5 kali tu.. hehe.. tapi mungkin itu lah keselesaan pada si pemakai. semalam zyla pakai simple ae, kemeja dan selendang biasa..
bila tangan dok belek-belek baju, zyla terfikir.. " umur aku dah 20 tahun, tak kan laa memanjang keluar nak pakai Tshirt dengan jeans". zyla pun tanya ayah.. ayah decide, better guna blaus. nampak matang sikit. betul jugak tu.. dan sekarang ni pun ayah dah tetapkan setiap Jumaat tak kira kemana zyla nak pergi dan bersama siapa better guna bau kurung. nanti nak beli jubah la.. boleh pakai hari Jumaat. pelan-pelan didik diri ni..
banyak kali dah zyla fikir, masak-masak sampai hangus zyla berfikir. zyla sayangkan ayah zyla, sayang sangat2.. so sekarang ni dah tekad nak tutup aurat sesempurna yang boleh.. cayoik laa! selalu laa ingat dengan kain kapan yang kita tak tahu bila kita akan memakainya.
ada orang, kalau kita borak pasal aurat ni dah pandang lain. sindir-sindir " nape pulak kalau nak pakai macam tu skrang?" pelik sangat ke??? zyla tak kisah apa orang nak cakap, janji akhirat nanti ayah zyla senang. tak ditanya tentang mengapa tak tegur zyla untuk tutup aurat.
teringat pulak soalan sahabt zyla yang dok study kat UPM. bila nak pakai tudung labuh pulak. alhamdulillah! sekarang ni tengah biasakan pakai tudung yang labuh2 sikit tak laa sekali zyla pakai tudung labuh terus semua orang terngaga. mesti ada yang cakap. " dah dapat hidayat dia ni"...
nilah part yang zyla tak faham... kenapa kalau ada yang berubah nak jadi baik sikit , terus nak cop diorang dah dapat hidayat.. aish. sepatutnya kamu yang menegur tu rasa malu, hidayat Allah bukan senang nak dapat.
kesimpulannya, kalau ada sahabat yang nak berubah. jangan laa kita sindir2 dia. bagi sokongan. dan lepas tu tanya diri kita pulak bila nak jadi macam sahabat.. sentiasalah beringat, kita hidup kat dunia ni tak tahu bila kene seru balik ke sana.
1 comment:
semoga urusan ktk dipermudahkan segala2nya.. jgn dgr gilak apa di padah org k :)
Post a Comment