Monday, September 24, 2012

dekatinya.

assalammualaikum..

hope ini entri yang terakhir untuk hari ini...


Ustaz Nazir pernah kata.

::Al -Quran ni kita kene baca. wajib sebab itu kitab agama kita.
memang ada yang susah untuk dekati Al Quran sebab kebanyakkan dari kita tak reti nak baca,
sebabnya lagi sebab kita Islam atas kertas sahaja

jadi gerakkan hati mendekati Kitab Al Quran ini.

Ustaz pesan.

Hari Pertama Kita tengok dan renung Al Quran,

Hari Kedua kita pegang dan sentuh Al Quran

Hari ke Tiga kita buka dan lihat

Hari Keempat kita mula baca

hari seterusnya kita jadikan Al Quran bahan bacaan wajib kita lepas solat atau pada masa terluang,

lepas tu fahami maksudnya
tau surah apa yang kita baca.

sebabnya zyla percaya.  Al Quran adalah ubat untuk segala penyakit dan buku untuk segala ilmu. 

pengalaman zyla sendiri yang pernah mengalami kesakitan dan kekecewaan. bila zyla mula mendekati kitab ni, hati zyla rasa macam tenang dan langsung tak terfikir yang sebenarnya zyla sedang skit atau ada masalah. 

kita selalu rasa cemburu bila kawan kat sekeliling semuanya ada pakwe untuk berSMS 24 jam, kita akan terfikir, tak ada orang minat kat aku ke?? salah apa yang kita fikir tu. sepatutnya kita bersyukur sebab Allah lebih rindukan kita daripada manusia yang rindukan kita. DIA nak mengelakkan kita dari menjauhi DIA sebab tu DIA bagi kita rasa kecewa dan sunyi supaya bibir dan hati kita menyebut nama dia. 

zyla sendiri sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi baik. Jujur, zyla pernah tegur sahabat gara-gara penampilan dia dan dia lebih gemar memilih untuk jadi ala-ala tomboy.. hmm.. lama laa jugak zyla tegur dia, ceramah macam-macam sehinggalah dia rasa yang zyla memang bajet baik sangat. tapi sebenarnya itu adalah untuk kebaikan dia sendiri bila dia dah jauh dari family. sekarang ni yang zyla tahu dia dah pakai tudung. alhamdulillah. cukup laa sampai situ zyla tegur dia, sebab dia pun besar dan dia akan dengan sendirinya mencari siapa dia dan sebenarnya dia.

2 comments:

MissyMia said...

knpa jadi yang terakhir?? :(

Zyla said...

maksudnya???