Sunday, August 05, 2012

bila perlu



Assalammualaikum..

kiranya sekarang ni dah minggu yang ke 6 zyla menjalani sesi semester 5. memang terbaik dari yang pernah zyla lalui. stress usah cakap lah. nak susun jadual kasi betul pun satu masalah sekarang ni. semua benda nak ikut masa dan tarikh yang tepat. bak kata zizan, masa dah time beb!

satu ke satu kesulitan jugaklah zyla hadapi.. dari laptop yang tiba2 menghilang entah kemana, alhamdulillah sekarang dah dapat yang baru.. terkena pulak dengan broadband celcom yang entah apa lagi hal.  2 hari zyla pusing bangi ni dengan toiletmate untuk bayar celcom broadband... tapi hampa semua tak terima bayaran untuk broadband celcom.. aish! bukan sikit belanja nak ke hulur ke hilir ni. naik pening kepala ni dibuatnya, last2 tadi petang dalam pukul 4 petang macam tu bincang dengan ayah pasal broadband ni terus terminate celcom apply yang baru.. Under P1 rasanya kot Yes ! ni.. wakakak.. 

internet ni bukan satu kehendak bagi zyla.. tapi keperluan..yorlh, tak larat laa nak stay lama2 kat lab kolej untuk surf internet, lagipun bukan zyla sorang aje yang nak guna, ramai lagi betul tak?  satu aje lagi masalah besar, sebab coverage kat bangi ni slow macam kura-kura tua sikit.. 

sekarang semua benda dah settle.. 

semester ni kene kerja keras dan fokus dengan masa zyla. dah tak boleh nak main-main. sem depan dah nak praktikal. anyway thnks kepada seseorang yang suka sangat baca blog zyla ni.. but sorry my lovely dear, bukan setiap masa zyla boleh update blog  ni.. sekarang memang tak aktif langsung.

terlupa pulak zyla nak buat wish.. untuk semua student baru yang baru ke melangkah masuk ke dunia ipt ni tak kiralah kat ipts ke ipta ke.. zyla ucapkan gudluck k... selamat berkenalan dengan lecturer yang "best", assignment yang tak pernah berhenti perlu dihantar, kelas yang kadang kala tak tentu masa atau selalu cancel, buku yang tebal-tebal dan berharga beratus-ratus, modul yang melambak-lambak nak kene fotostat, kawan-kawan sekeliling yang datang dari pelbagai tempat.. selamat berkenalan dengan semua tu.. dan zyla pulak sedang menunggu masa untuk ucapkan selamat tinggal dengan apa yang zyla hadapi sekarang.. dah tak tahan sangat ni.. 


ini dia keperluan namanya untuk pelajar ipt.. memanglah hostle ni ada sediakan wireless.. tapi tulah... asyik tak dapat aje.. sebab tu zyla decide ambik jugak broadband untuk kemudahan sendiri. malas sangat kalau nak berkira dengan diri sendiri, lagipun kita belajar tuntu ilmu bukan main je pun. ikat perut hujung bulan dah macam biasa sangat dh. anyway zyla nak bagitau bagi yang tak berapa nak tahulah.. pasal Yes broadband ni.. zyla sendiri tak sure under apa sebab ayah yang daftar kan tadi, zyla tahu guna je.. benda ni nak dapat senang dan jimat.

G0 4G DONGLE:

specifications:

  • band WiMAX: 2.3GHz
  • dimensions: 86mm*26mm*12.6 mm
  • weight: 16 g
  • channel bandwidth:5MHZ/ 8.5 MHZ/ 10 MHZ
  • data speed(peak):download :30 mbphs
  • upload:6Mbps@10 MHZ Bandwidth
  • supported : windows xp/vista/7/mac/ OSX..

zyla dah naik muak juga dengar lain internet ni asyik2 celcom, digi, maxis.. balik2 orang dok sebut jenama yang tu... sekarang apa kata kalau guna yang baru.. bulan2 zyla bayar yang ni rm65.. okylah untuk students. kalau korang ni area kl boleh cari centre dia kat Kl sentral dekat dengan celcom centre tu.. tapi kene tengok jugaklah korang duduk area mana dan coverage dia macam mana.. zyla sendiri tak faham kenapa line hp n internet sekarang ni susah sangat nak dapat.. have to go now,, nak baca case untuk audit.. aish! siapa yang ambik course account , good luck k.. memang macam best, tapi nak study tu lagi macam best.. ^_^

1 comment:

Hashayen said...

apa khabar dik? ni akak wani (kwn kak shafiqah)..lama x jumpa, tup2 adik dah sem 5. next sem dh kne menghdp alam kerja pulak..akak harap dik sihat2 slalu dan jgn lupa bljr rajin2! pastikan kejayaan dalam genggaman kita..fighting!