Monday, August 06, 2012

apa yang Mat Lutfi kata.



sementara nak tunggu waktu berbuka, memang masa macam ni dihabiskan untuk layan internet. tertiba teringat dah lama tak tengok Mat Lutfi,.. salah seorang dari mentor zyla dalam dunia blogging ni.. bagi sesiapa yang tak kenal lagi mat lutfi ini, dia ni bukan buat blog tapi vlogging, buat blog melalui video. tapi isu yang dia bangkitkan semuanya berasas , berkaitan dengan kehidupan kita seharian dan banyak bagi pengajaran. walaupun dia tinggal kat luar negara, loghat utara dia tak pernah hilang.. dari dia nilah zyla jatuh suka nak dengar loghat utara.

banyak-banyak video dia yang zyla tengok, bukan sekali zyla tengok tapi berulang kali. dalam dia buat kita ketawa  sebenarnya dia banyak buka mindan dan suruh kita berfikir.

sejak terjebak dengan Fb,Blog dan Twitter dan lebih lagi bergaul dengan lebih banyak orang dari pelbagai tempat dan latar belakang banyak buat zyla sedar tentang sesuatu, kita hanya tahu bercakap tentang sesuatu fakta yang dikeluarkan tanpa mengkaji dengan lebih detail dan bertanya kepada mereka yang berpengetahuan tentang fakta tersebut. bukannya nak kata tak berpengetahuan luas, tapi sumber dari internet ni bukan 100
% kita boleh percaya. hakikatnya , memang ada pihak yang saja2 timbulkan spekulasi untuk kelirukan kita. lagi2 yang sebarkan fakta tu budak kecik yang dah reti kenal dengan Fb ni.bukan tak patut kita sebar tapi tanpa usul periksa benda macam ni boleh menimbulkan salah faham.

samalah macam dapat info dari blog..  untuk pengetahuan umum, kebanyakkan fakta dari blog kteorang copy n paste aje tanpa mengulas dengan lebih lanjut. korang pun janganlah percaya seratus peratus.. apa yang zyla tengok banyak benda yang tersebar lagi2 yang belum tahu kesahihannya mempengaruhi hidup dan diri kita sehingga terbawa2 padahal belum tahu betul atau tidak. contohnya dalam pengharaman makanan. zyla pun pernah silap juga dalam bagi sumber. insaf ! memang akan kaji2 betul2 tentang gosip yang tersebar.

kesimpulannya tunggulah sampai gosip dan fakta itu disebarkan melalui berita. selamat hidup kita dunia akhirat.

No comments: