zyla ingatkan masa raya ni tak ada yang akan update entri selain daripada cerita hari raya. dan tadi zyla baca blog Akhi Elaksamana. menarik. mungkin dia ni pun minat sejarah.
Setelah 30 tahun , Rahsia 13 mei terbongkar (<< sila klik sini)
kalau nak tahu apa kene dengan 13 mei tu sila ke link yang zyla share oky.
pendapat zyla, sejarah ini sesuatu yang berlaku pada masa silam. dan ianya memberi kesan yang baik atau buruk kepada kehidupan kita hari ini dan selamanya. kerana sejarah ini akan menjadi peringatan dan panduan kepada kita untuk menjadi lebih baik dan mengubah apa jua kekurangan dan keburukan dalam kehidupan kita. itu pandangan zyla mengenai sejarah.
tapi bila korang dah baca link tu. korang akan faham dan mula berfikir tentang isu2 yang disentuh menjadi punca kepada rusuhan 13 Mei. First of all, zyla faham. kita bangsa Melayu tak suka bila orang asing menguasai ekonomi, politik dan menyumbangkan pembangunan dalam negara kita. tapi, hakikatnya sejak dahulu lagi, apabila kaum Cina berhijrah ke sini, mereka terlebih dahulu menguasai ekonomi kita. dan orang India juga tak kurang hebat pengaruh dan kesannya terhadap negara kita.
mari kita fikir sejenak mengenai bangsa dan pendapat kita tentang ekonomi negara. sebb kalau nak sentuh pasal politik, zyla belum begitu bagus untuk berhujah mengenainya. harap tak ada yang terasa oky. ini sekadar pendapat zyla.
kita orang melayu, sebaik sahaja habis SPM , kita akan disuruh masuk maktab, nurse, tentera dan segala yang berkaitan dengan kerajaan. atas alasan susah nak dapat kerja kalau tak masuk kat aliran cikgu atau nurse ni. memang betul dah jadi peraturan yang menerajui kerajaan dan sektor awam , kaum melayu akan diberi keutamaan. macam tu jugalah dengan bantuan kat sekolah. betul tak? lepas habis study confirm dah masuk kerajaan kan? then , berapa percent je lagi antara kita yang tinggal untuk masuk ke aliran perniagaan ni??yang akan membuka syarikat, kedai makan dan sebagainya?? berapa lagi yang tinggal rasa2nya? sedangkan zyla sendiri yang ambik course account ni dah banyak tentangan dan pandangan negatif keluarga sendiri inikah lagi orang lain. dan satu lagi, kalau yang dah ada kelayakkan , kerja mesti nak demand, gaji nak hebat. tapi usaha kita untuk ke arah itu bila dah dapat kerja macam mana pulak?
itulah bezanya kita dengan kaum Cina. sebab bila zyla bergaul dengan kaum India ni, mereka semua memang bagi keutamaan pada pendidikan. semuanya boleh berbahasa inggeris dengan baik tanpa segan silu, tapi kita??? kita balik kepada cina pulak, kaum cina ni jenis yang bersungguh2. nilai kerajian mereka ni memang tak dapat ditandingi lagi. tengok je lah sekarang ni, Jepun dan Barat. berentap hebat!
ambil contoh paling mudah. bermula dengan kereta api. yang mula2 mencipta adalah Barat, lepas tu mereka bersaing antara sendiri nak nilai kereta api siapa yang paling laju.. dan Jepun pula, hanya melihat. akhirnya, Jepun membuka mata dunia apabila mereka mula mencipta train. fungsinya tetap sama, sebagai pengangkutan tapi tak menggunakan bahan api dan tak menyumbangkan kepada pencemaran. mereka gunakan tenaga elektrik dan train lebih selesa berbanding kereta api. zyla pernah terdengar dalam satu ceramah. " negara Jepun, mengambil formula Barat. tapi mereka ubah formula barat menjadi sesuatu yang lebih menarik,mudah dan murah". kalau ditanya dengan diri kita sendiri pun, sama ada nak pilih yang mahal, cantik dan berkualiti atau murah, lebih cantik dan masih juga berkualiti. kita akan pilih yang mana? pastinya yang murah .. betul tak? itulah hebatnya negara seperti Jepun, China dan Korea ni.
contoh sekarang ni Apple dan Samsung. kita sendiri terpaksa mengakui, negara seperti Jepun, Korea dan China yang mengeluarkan produk yang hampir serupa dan lebih murah membantu kita dalam memiliki lebih banyak asset dengan mudah.
lihat dari 2 contoh ni sahaja, kita akan cukup faham betapa besarnya beza antara kita dan masyarakat cina. zyla pun kagum dengan mereka.
kita tak boleh salahkan sesiapa kalau satu hari nanti yang akan berjaya dalam negara kita adalah Cina. dan sekarang pun mereka dah buktikan.
zaman selepas kemerdekaan, masyarakat Melayu masih lagi belum membangun tapi Cina dah mara jauh kehadapan. ditambah juga dengan isu politik, yang masih dibayangi oleh British. fikirlah sendiri tentang kenyataan masyarakat kita hari ini.
maafkan zyla, kalau pendapat ini membuatkan ada pihak yang terasa. kalau negara maju sekarang nak kuasai dunia perlu kuasai Palestin sebab Palestin adalah pusat dunia, tapi Malaysia. kalau mana2 kaum nak kuasai Malaysia. perlu kuasai Kuala Lumpur. kita tengok suatu hari nanti.. siapa yang akan pegang KL ..
No comments:
Post a Comment