Tuesday, August 21, 2012

cari diri sendiri.

assalammualaikum...

sekarang ni sesi motivasi buat diri sendiri pulak. semakin umur dah meningkat ini semakin banyak yang kita kejar dalam hidup. dalam mengejar dan berlumba nilah zyla tersungkur dan adakalanya menang ditempat pertama.

kalau dulu masa sekolah zyla rasa bahagia sangat. sangat, sangat bahagia. 4 tahun lalu. comelnya masa tu. tapi bila dah makin besar. zyla dah jadi individu yang lain. banyak yang dah berubah.

tersungkur???? sekarang ni dalam usaha nak bangkit balik untuk kejar matlamat asal. zyla tak menyesal cuma terdiam dan terasa malu dengan diri sendiri.

sebab itulah tujuannya zyla ada blog " Laman Sakura Puteri".. zyla memang suka bunga sakura.

tamoo cerita panjang dan apa yang zyla buat.. motivasi diri sendiri. biarlah tak ada sahabat disisi untuk memberi sokongan. biarlah ibu dan ayah tak tahu apa yang tersirat dihati, biarlah adik-adik tak nampak kekecewaan dimata, asalkan Hanya Zyla dan Allah SWT sahaja yang tahu diri ini bagaimana.

dan hari ini.. zyla spent masa untuk cari kata-kata hikmah, motivasi yang boleh membuka minda, membuatkan zyla berfikir, sedar dan amalkan untuki hari esok dan seterusnya.

antara kata2 hikmah yang mencerminkan diri zyla 7 bulan lalu:

" janganlah sampai berputus asa. tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa" 

alhamdulillah, biar hati sudah tidak berharap lagi.. tapi dalam menuntut ilmu zyla tak nak jadikan diri ini seorang yang gagal. zyla tabahkan juga untuk terus menerima ilmu. yakini ilmu itu berkat dan kegigihan itu membuahkan hasill.

" sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak  tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya"

" seorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya , cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani membetulkan kesilapannya"

kata-kata yang berwarna biru inilah yang zyla sedang perjuangkan. zyla harus berani akui kesilapan zyla. perlu berani untuk memohon maaf biarpun beratnya rasa hati apabila mengingati kesilapan yang zyla telah lakukan dan kata2 yang zyla pernah terima. sebabnya zyla ingin jadikan hari esok bersama sahabat adalah hari yang indah.

"semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai abad , merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi , memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat"

- khalifah Abdul Malik Bin Marwan.

" jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percata semua yang kamu dengar dan jangan beritahu semua yang kamun dengar"

dan kata2 yang zyla suka sangat dan membuatkan zyla semakin bersemangat sekarang ini:

" orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,

menyediakan waktu bersenda kerana bersenda itu membuat muda selalu,

menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa"

insya allah, zyla akan kekal menjadi insan yang positive. datanglah apa jua dugaan zyla akan tempuhinya sebab zyla tahu Allah SWT hanya akan menguji umatNYA berdasarkan kemampuan seseorang itu. harap korang pun sama jugak. ^_^.






No comments: