Monday, August 20, 2012

Bila Allah aturkan semua ini.

assalammualaikum..

tengah malam macam ni (1.37 pagi) zyla nak layan jiwang sikit.

bila Allah  aturkan semua ini..

dalam menyusuri kehidupan kita,

setiap langkah dan setiap hari kita umpama sebuah cerita.

setiap tanah yang kita jejak , kita dipertemukan dengan insan-insan yang terus lekat dihati ini.

sentiasa ada diminda dan hati kita menyayangi mereka.

saat bahagia itu tiba,

kita hanya nampak mereka.

indahnya hidup

syukur pada Allah SWT hadiahkan kita awan yang indah dan sempurna,

namun, dalam masa yang sama

kita terlupa

tidak semua perasaan itu akan kekal

tidak semua mereka akan menerima kelemahan dan keburukan kita

bila telinga ini mendengar sendiri ucapan yang melukakakan hati,

langkah kita pula mengundur ke belakang

atau kalau bukan orang lain yang melukakn kita

kita sendiri tanpa sedar menyebabkan orang menjauhi kita

dan bila tibanya saat itulah

kita bagaikan baru tersedar dari mimpi..

sebenarnya Allah Swt ingin ingatkan kita

hidup ini akan menjadi seimbang.

bahagia dan luka itu akan tetap bertandang.

dan bila itu datang

tabahkanlah hatimu.

kerana kau akan melihat pelangi yang indah esok hari

zyla sendiri terlalu rindukan pelangi ini.
yang dulunya pernah hadir dalam hidup zyla
bahagia saat itu,
boleh memberi zyla sedikit semangat hari ini
untuk terus berharap bahawa
masih ada bahagia untuk zyla

dan zyla berhenti berharap pada sesuatu yang tak mungkin

bila Allah SWT aturkan semua ini
Dia tetap akan berikan kita pelangi yang terlalu indah.




No comments: