Wednesday, July 25, 2012

nilai kesopanan kita

assalammualaikum..

terasa hangat menampar pipi pagi ini bila dengar Faizal Ismail kat Hot Fm memberitahu fakta bahawa Malaysia berada di tangga ke 34 dari 36 negara dalam ranking menjaga kesopanan diri dan masyarakat sekeliling. sememanmgnya kita sebagai rakyat Malaysia selama ini menganggap bulat-bulat bahawa negara kita berada dalam keadaan yang selamat, selesa, aman dan damai. tapi itu hanya gambaran. fakta yang dikeluarkan betul dan kita patut dapatkan kesegaran dan muhasabah dan perbaiki keadaan diri sendiri. bahawasanya masyarakat kita tak mengambil berat dalam menjaga kesopanan masyarakat.

apa yang zyla lihat negara kita dah tak macam dulu.. sejak hebohnya Bersih , banyak negara luar yang pandang remeh dengan keamanan dan kempimpinan pemimpin kita. kesedaran sivik memang perlu. sejak sekolah lagi kita sudah diberikan pendedahan tentang segala tahap kesopanan , menghormati masyarakat sekeliling dan menjaga tahap keamanan. tapi hakikinya, kat sekolah bukan semua pelajar memberikan komitmen 100 % untuk subject sivik ni. sebab inilah yang menjadikan segala apa yang telah dirancang dan diatur tidak mencapai matlamat.. 

memandangkan sekarang ni semua rakyat malaysia ada pendidikan dan penuh dengan ilmu agama dan  moral, kita  tak boleh nak salahkan sesiapa. salahkan diri sendiri. dan satu lagi perkara yang membuatkan kita tergolong dalam masyarakat yang tak sopan, bila mana bila orang lain buat perkara yang dianggap remeh dan tidak dikenakan tindakan dan kita pun kita sama. contohnya.. kat tempat awam, sentiasa diletakkan sign board jangan merokok., tapui kebanyakkan yang merokok. seharusnya kita contohi negara yang penuh dengan peraturan, Singapura yang paling dekat. mereka amat-amat terikut dan menjadio lebih displin dan berhemah bila tindakan yang tegas dikenakan kepada mereka serta merta jika melakukan kesilapan. 

patuhi peraturan, itu yang perlu kita buat. rasa malu jugak sebab Malaysia bukan negara yang dipandang remeh selama ni. tapi macam mana kita boleh berada ditangga yang ke 34 dari 36 negara, dalam ranking kesopanan masyarakat dunia?

tepuk dada tanya adab diri kita sendiri. tak boleh pentingkan diri sendiri bila melibatkan kemudahan awam. semua orang menggunakan kemudahan itu dan kita perlu sama-sama menjaga kemudahan percuma yang kerajaan beri. bukan bermula sekarang tapi dah lama kita perlu mula untuk terus hormati masyarakat sekeliling. jangan terasa tapi ini fakta, apa yang zyla tengok budak2 yang main membesar sekarang kurang fokus dengan abad diri, boleh tengok kat Facebook.. sampai zyla ambil keputusan untuk tutup akaun FB. mungkin betul apa yang Madam Aida zyla cakap tadi, nowdays people in mood to tell the true. yap, secara tak langsung kat Fb kita mendedahkan siapa diri kita yang sebenar. renuing balik abad diri kita sekarang ini. sudah cukup baik ke kita? dan dah cukup beradab ke kita? 

2 comments:

Izzati Liyana Sabri said...

truly agree. perkara ini semakin diambil ringan. risau risau. apa pulak lah levelnya bila zaman anak cucu kita nanti. makin susah nak dijaga dan dididik.

Zyla said...

tau tak apa.. tapi satu aje masalah kita sekarang ni.. saling menunding jari kepada yang tua.. sepatutnya mulakan dulu bagi contoh.. tapi kita yang sama2 muda ni?? hmn.. susahlah nak cakap..