assalammualaikum...
<<<< bermula dari pagi yang sempurna ini zyla hadiahkan kepada semua insan disekeliling zyla dengan senyuman kambing tak jadi ini..
apa benda gambar kat atas tu??? nape tak boleh teka pulak.. itulah jadual "homework " zyla sepanjang raya nanti.. bab semua 3 keatas.. teori jangan cakaplah.. bukan satu dua tapi banyak sangat. tapi tak apa.. tapi tak apa.. disebabkan bercita-cita nak grad dengan baik, inilah pengorbanan yang zyla perlu lakukan. semalam kawan zyla dari IPG hallo2 dengan zyla.. dia ada 2 tahun lebih lagi nak dihabiskan. tapi zyla?? next year sudah boleh kerja maa.. siapa lebih beruntang?? dia atau zyla??? jawapannya sama sahaja.
orang cakap,kalau belajar jadi cikgu, nurse and whatsoever yang berkaitan dengan kerajaan akan senang dapat kerja. but please dont evey you try to forget , accountant pun kerja dengan kerajaan jugak..
zyla tak tahu berapa kali dah isu ini dibangkitkan tapi buat sekalian kalinya zyla ingin mempertahankan hujah zyla. tak kisahlah kalau "particular person" ni nak study apa pun. asalkan dia ada minat , so just support. insya allah itu rezeki dia kita mana tahu kan
tak ramai yang grad terus kerja dalam bidang yang diorang study. memang tak ramai. tapi kita perlu faham, sekarang ni.. ilmu yang kita study tu bukanlah terlalu specific. masa study kat IPT ini kita akan didedahkan dengan pelbagai subjek, skill n knowledge. dari situ boleh diaplikasikan dalam apa jua bidang pekerjaan yang sesuai.
contohnya macam zyla ambik major accounting.siapa kata tak boleh jadi cikgu??? cikgu BM , BI, MATH, N AKAUN dan paling boleh jadi SEJARAH.. aish!!! jangan pandang rendah dengan orang lain.
macam seseorang yang zyla baru kenal. study seni.. uish. zyla sendiri tak tahu macam mana dia nak kerja nanti. tapi boleh nampak dari diri dia , dia yakin rezeki dia ada memandangkan dia minat gila seni ni. kalau tak ada orang yang ambil seni ni, tak fun lah hidup kita. betul tak???
tengok aje tv, iklan, radio, tu semua seni. design grafik, kartu, itu pun seni.
memanglah betul korang bercakap tentang "melukis", tapi sekarang ni penulis grafik freelancer pun kaya jugak. asal rajin aje nak promote hasil kerja yang ternyata tip top!
zyla tak suka kondem kan orang,
tapi ,
nasihat zyla satu aje.
kalau yang lepas SPM tu,
kerja boleh,
tapi kalau ada peluang study, korang sambunglah study. diploma pun tak apa. sijil pun oky.kalau result teruk sikit tu, pun tak apa. study kat ipt ni lain adik oi.. kat ipt ni semua benda jadi senang kalau kita rajin. lecturer pun lebih open minded. kat sekolah tu memang membosankan. betul tak?? tapi kat kolej, U korang nak pakai macam mana pun tak kene markah demerit, tak kene panggil cikgu, nak bawa HP??? lagilah boleh.. haha. tapi itu bukan factor utama tau. yang penting study.
bila hari tu, dalam kelas, kteorang kene buat resume, barulah zyla sedar.
pengalaman bekerja dan ilmu itu mestilah sama levelnya,
satu jugak skill kita dalam berkomunikasi,
'skill dalam bidang it
semua benda ni kalau kita buat sikit
'tapi melengkapi semua sudut,
itu sudah cukup.
sebab tulah kenapa zyla mula bekerja. umur pun dah 20 tahun. tahun depan memang dah kene bekerja secara tetap. sekarang ni bukan masa nak tergolek-golek jatuh cinta, nak tertongeng-tongeng putus cinta, nak bersengkang mata online FB, tapi masa kita untuk capai matlamat hidup dan cita-cita.
seimbangkan juga akhirat dan dunia ni.
jangalah khusyuk sangat cari nama kat dunia tapi kat akhirat tak ada.
ingatan untuk diri sendiri juga.
macam zyla, banyak lah jugak peluang yang dah zyla lepaskan. semua nya sebab apa??? cintan tulah.. menyesal??? dah tak guna. tapi syukur alhamdulillah zyla mahupun dia disana , tak ada nak gaduh-gaduh atau buka keburukan masing-masing. zyla bahagia kat sni dan dia tenang kat sana. alhamdulillah.
cuma, satu aje hajat yang zyla tak berapa sure bila nak ditunaikan.
utnuk berbaik dengan 3 orang insan yang ada konflik dengan zyla.
ada idea macam mana nak bantu zyla berbaik dengan diorang?
sorang tu dah 3 tahun tak mesra dengan zyla,
yang sorang lagi 6 bulan
dan sorang lagi baru sebulan.
jahat giler zyla ni..
sorry beb!
kesabaran dah makan diri zyla sendiri.,
memang tak ada yang dapat nak tolong zyla
melainkan PENCIPTA kita.
berserah pada masa
adakah disebabkan key board lappy ni yang teramat lembut dan enak bila disentuh menjadikan idea zyla pagi ini keluar bagaikan salji?? hm.