Friday, October 12, 2012

saya dan gastrik

assalammualaikum....

kali ini kene buat entri pasal gastrik.. zyla dah tak tahan dah!!! betul - betul punya sakit laa gastrik ni. awal semester ni perut zyla telah jatuh cinta dengan GASTRIK!!! sekarang ni diorang tengah bercinta sakan.. dan zyla yang menerima padahnya~~~~.

zyla tak tau la kenapa zyla boleh terkena gastrik ini, tapi 2 bulan sejak kebelakangan ni memang teruk giler.. bukan muntah-muntah, tapi cirit birit yang memang mengeluarkan segala macam toksik, bakteria, dan juga protein-protein dalam badan zyla.. habis semua dia hangkut keluar.. yang baik dan buruk.. dah tak ada yang tinggal untuk badan ni haa...dan orang cakap, kalau bahan buangan **( sila guna ayat yang sopan ye dalam blog), tu berwarna hitam maka perut zyla ditahap kritikal!!  sebabnya bercampur dengan darah . huh.. cukup laa dh pernah kena tahan wad separa kritikal kat serdang( wad warna kuning ye) , ni perut pulak nak daftarkan zyla balik masuk hospital. tak larat laa..

antara sebabnya terjadi gastrik ni :

  • makan tak teratur
  • kerap ambik ubat tahan sakit.
 ^^. senyum sendiri laa.. sakit sebab kesilapan sendiri. macam yang sedia maklum, kalau dah namanya pun study ni, memang selera makan agak berkurangan. lebih-lebih sekarang ini zyla disemester terakhir.. banyak gilerr benda nak buat.. nak study, dengan assgmnt yang best2 semua, boleh pulak zyla aktif nak kesana dan sini, , nak uruskan tempat praktikal, kol sana sini.. tapi jawapan belum ada lagi sekarang ni.. :(.. risau sangat...

bayangkan.. permulaan semester ni jadual waktu sudah berubah! kalau dulu kelas mula pukul 8.40 pagi sekarang ni 8.00 pagi dah! bukan tak biasa bangun awal, zyla memang jenis yang bangun awal. lepas tu, kadang2 ada benda nak print laa pagi tu, terlambat sikit bangun laa, baru nak iron baju laa.. dan apa lagi laa.. dan menyebabkan kadang2 tak sempat nak sarapan. berjalan kaki ke kolej bukan masalah, tapi takkan laa sepanjang 20 minit berjalan tu nak makan kan??dan kadang2 tu zyla pun tak berapa selera nak makan. kalau makan yang ringan-ringan memang berbunyi aje perut ni sepanjang masa.

balik pulak mesti pukul 4 petang.. nak solat, mandi, basuh baju, kemas bilik.. la apa smua terus berniat, makan jap lagi laa, jap lagi, jap lagi.. ambik kau.. gastrik terus.. aish! sakit giler masa kene. sebab zyla tak muntah2 tapi cirit birit.. memang bertapa kat tandas laa maknanya. tu yang tak tahan tu.. kadang2 satu hari zyla kene cirit birit ni sampai lima kali! huh.. memang kosong sangat perut lepas tu..perut ku kosong~~kosong~~kosong~~ segala isi perutku telah dibawa keluar dengan rakusnya~~ rakus~~ rakus..

dan disebabkan gastrik nilah zyla bersahabat kembali dengan susu setelah 19 tahun berpisah... inilah satu kelemahan zyla.. tak suka susu. memang laa nak jodoh dengan susu, tulah kene gastrik ni. keadaan zyla memang tersangat teruk bila kene gastrik dan belajar minum susu.. bila paling teruk?? bulan puasa laa... 

sebab tulah elok2 dah badan nak naik ni, terus jatuh menjunam dengan kehilangan 5 kilogrm! hajat dihati nak capai 50 kg.. tak tercapai jugak.. hamba sungguh hati ini..perubahan yang mendadak terhadap selera makan zyla ialah.. tamoo mamam nasi.. memang tak ada selera langsung nak makan nasi.. TAK NAK!!! orang Katakan Tak Nak KEPADA ROKOK.. zyla pulak kepada NASI..!!! purata zyla makan nasi untuk sebulan memang boleh kira dengan jari je. 

inilah pengalaman sepanjang baru kene gastrik ni.. kalau dulu zyla risau sangat dengan dia ni sebab dia gastrik.. kalau puasa, confrm! gastrik bantai dia kaw2 punya.. tapi sekarang ni zyla yang risaukan dia pulak yang kene! so jangan risau sangat kat orang kang hang sendiri yang kene.. tak menyesal kene.. sebab dah padam muka tak dengar nasihat dia... kan awak kan?? kan awak dh cakap.. " masa belajar jangan abai makan, kang kene tibai dek gastrik macam saya"^^. 

disini zyla kongsikan juga tanda2 gastri


  •  Hilang selera makan


  • Pedih dan sakit perut 
  • Cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • Senak, rasa berangin dan tidak selesa pada kawasan perut
  • Perut kembung, kerap sendawa dan buang angin (kentut) selepas makan
  • Perut berbunyi kuat adakalanya terlalu kuat
  • Rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • Muntah (akibat tolakan gas daripada perut)
  • Berat badan susut









  •  
    kalau korang rasa ada tanda2 ni silakan jumpa doktor cepat2 tau.. kite tak tau gastrik ni macam mana. kalau zyla usah cakap laa.. agak teruk sikit. jadi sayangi perut anda lebih dari nafsu makan.

    sebab gastrik ni laa jugak zyla jarang dah nak update blog. bila idea datang zyla langsung tak sempat nak buat draf, lepas cirit birit memang tak larat dah, sebab badan lesu sangat.. huhuh. maaf laa ye bagi yang ada bertanya kenapa kali ni kurang sangat nak update, tapi alhamdulillah, setiap hari ramai yang datang melawat.. ^^.

    1 comment:

    Myfish is CoOL said...

    Salam... Awak masih gastrik lagi x?