sayang...
jangan mudah kau berasa kecil hati
hapuskan rajukmu
usah dikenang niat yang terpendam
kerna mungkin kau tidak menyedari
akan hikmah yang lebih besar dan kebahagian yang lebih kekal daripada apa yang kau jangkakan..
sayang..
sungguh hidup ini tidak terduga akan akal fikiran apa yang bakal terjadi...
senyumlah sayang..semanis wajah anugerah Yang Maha Pencipta..
Percayalah sayang...
kehidupan ini lebih indah jika merasai kegagalan dan kekecewaan terlebih dahulu
daripada merasai kebahagian...
sayang...
ku ingin kau ingat selalu...
tidak ada seorang pun yang tidak mencntai kamu
tidak ada seorang pun yang tidak merindui mu
tidak ada seorang pun yang tidak mendoakan kamu
sayang..
janganlah kau rapuh lagi...
pandanglah sekelilingmu
ingatlah bahawa apa yang ditakdirkan untukmu itu adalah hikmah yang besar dariNYA...
No comments:
Post a Comment