setia disini aku menanti
masa membawa segala memori berlalu pergi
ingin sekali ku tiupkan keresahan yang melanda jiwa
telah berjaya aku hapuskan kelukaan ini,
tidaklah lagi aku meratapi perpisahan kita,
kerana aku yakin
ini bukan jodoh kita
andai ini takdirnya
aku bersyukur kepada Ilahi kerana memisahkan hati kita
andai ini takdirnya
tidak buat selamanya aku akan mengenangmu
tamatlah disini kisah kita
setelah aku relakan kau pergi
setelah sekian lama aku berrundur dari hidupmu
tanpa kau sedari
izinkan aku untuk menghapus namamu
diruang hati ini
segala kebaikanmu aku puji
segala keburukanu aku diam sendiri
bukan benci yang aku hadiahkan buatmu
tapi
rasa cinta, kasih sayang dan rindu yang semakin malap...
No comments:
Post a Comment