Thursday, January 19, 2012

yang menangis itu saya, Fathin Fazila

assalammualaikum....

apa khabar para blogger sekalian.. semasa zyla menulis ini zyla tak tahu siapa yang akan membaca dan memahami luahan hati zyla kali ini. Lembaran baru 2012 sebenarnya banyak membawa ujian kepada zyla dari hari pertama kita menyambut tahun baru,.. sedih? usah ditanya bagaimana, sedih dan pilu yang tidak tertanggung menyebabkan zyla tak tahu apa yang zyla perlu tulis di laman sakura milik zyla sendiri. seiring dengan setiap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan zyla, terlalu banyak ujian dan pengorbanan yang zyla lakukan walaupun bukan kerana rela. tapi zyla percaya, setiap satu dugaan itu memiliki satu hikmah yang tersembunyi dan zyla harus tabah dalam melalui setiap hari zyla untuk menemui setiap hikmah dan nikmat tersebut. dan salah satu darinya adalah, zyla baru sahaja berjumpa dengan ayah dan adik. Alhamdulillah, syukur kerana adik zyla sudah selamat mendaftar di Universiti Teknologi Petrronas, Perak. Memeluk ayah malam itu memberi zyla seribu satu kekuatan dan semangat. Zyla akui zyla jarang mendengar suara paling zyla rindui suara ibu, bukan zyla tidak mahu atau tidak punya masa cuma zyla tahu setiap kali ibu mendengar suara ini , hatinya akan berdetik 1001 persoalan tentang anaknya yang berada diperantauan ini.

dan dalam bulan ini dengan bantuan seseorang yang zyla percayai, mentor zyla sendiri... dihadapan dia zyla luahan segalanya yang terpendam dilubuk hati... semuanya tentang pengorbanan zyla sebagai seorang pelajar, sahabat, anak dan juga kekasih. zyla akui terasa ingin meluahkannya lagi tapi zyla juga percaya selebihnya zyla harus luahkan kepada NYA... tetapi akhirnya zyla redha dengan pelukan itu...


zyla percaya hanya satu.. Allah SWT hanya akan menguji UmatNya yang Dia percaya akan kekuatannya... Sabar itu juga pahala. zyla bersykur, sehingga hari ini walaupun zyla terlalu banyak merasai dugaan itu tapi zyla masih waras dan percaya tidak selalunya takdir zyla begini..

sedikit zyla mahu tambah disini. zyla tidak tahu dimana bermulanya perkenalan zyla bersama seorang sahabat yang zyla tidak pernah jumpa dan sekali sekala bertegur di laman sesawang, Facebook. segalanya diaturkan oleh sahabat baik zyla.. hari ke sehari kami menjadi rapat dan membuahkan rasa rindu jika sehari tidak berhubung.. dengan kehadiran si dia yang zyla gelar MMD..  mungkin ketika ini zyla bersendirian dan tiada teman untuk berhubung maka Allah pertemukan zyla dengannya. dan sehingga hari ini zyla akan tersenyum sendiri apabila melihat namanya skrin hp. (^_^). ini bukan jalinan cinta tetapi kasih sayang antara manusia. zyla tidak mengahrapkan apa2 daripada dia cuma keikhlasan untuk bersahabat. zyla juga berharap persahabatan ini akan sentiasa terpelihara dan kekal buat selamanya. amin. 

zyla ada satu cerita pendek nak dikongsikan...

ada 2 sahabat ini yang berlainan taraf, tetapi rumahnya berdekatan. Si gadis ini merupakan anak kepada seorang buruh, punya adik beradik yang ramai dan kadang kala sehari hanya mampu sekali menyamah nasi.. tetapi sahabatnya si teruna ini merupakan anak orang senang dan tidak punya adik yang ramai. Si teruna tidak pernah pandang rendah terhadap kehidupan si gadis malah amat menghormatinya, cuma kadangkala si teruna bagaikan menyindir dan si gadis sekadar tersenyum. Satu hari si teruna berkata kepada si gadis. " Aku cemburu dengan kau. kau hanya punya rumah yang kecil dan adik-beradik yang ramai.. aku terfikir selesakah kau begitu? tetapi aku juga sering mendengar gelak tawa riang kamu adik-beradik. aku lihat pencapaian kamu adik-beradik disekolah.. jika hendak dibandingkan dengan aku yang sempurna segalanya.. aku hanya tidak punya kegembiraan yang kau miliki.. aku betul-betul cemburu.. bagaimana mahu menjadi sepertimu?".. si gadis hanya menjawab.. " Allah kurniakan keluarga aku kemiskinan dan serba kekurangan.. pastinya kami sekeluarga sedih dengan takdir ini. terutamanya ayah aku. tapi Allah Swt juga Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Dia tidak mahu kami sentiasa bersedih dengan dugaannya maka DIA kurniakan kami kebahagian yang orang sepertimu tidak miliki... kau ada duit dan kaku boleh buat apa sahaja.. sedangkan kami hanya mampu berangan.".


inilah kehidupan...kerana 2 tangisan

No comments: