assalammualaikum....
zyla sekadar nak luahkan apa lagi yang terpendam dalam hati ini. lama sangat dah zyla simpan.. masih ada saki baki dan zyla rasa cukup sampai sini. zyla selalu tak faham kenapa ada yang datang dan pergi dalam hidup zyla. kenapa ada yang suka tiba-tiba jadi suka dan lepas tu akan datang balik dan nak semua kembali seperti asal. ingat semudah tu ke? waduh! tapi sekarang zyla ambik ringan je semua perkara. kalau nak jadi tu jadilah.. ta nak jadi tu tak jadilah.. sekarang ni yang zyla boleh katakan orang dok pening sebab zyla guna gambar lain kat fb.. haha.. padam muka zyla.. sampai dah tak tau nak cakap apa dah.. orang dok tanya boyfen hang ka?? jawapannya buat masa ini adalah saya tak tahu.
selama mana korang tengok sakura ni ada selama itulah sebenarnya zyla hilang semangat! terus terang zyla katakan.. dah setahun zyla hilang dari diri zyla sendiri.. zyla pun tak tahu mana pergi semua tu.. dah hilang dh.. orang ambik.. adui... ambiklah kalau Allah takdirkan begitu... zyla tahu sekarang ada yang tabik dada sebab kekurangan zyla.. baiklah. teruskanlah kehidupan kamu berdua dengan cara itu. yang zyla pasti itu bukan apa yang korang nak.. zyla kenal siapa korang sebelum ni. api zyla nak bagitau sesuatu je... jangan datang lagi. please! zyla tak sanggup.
orang akan kata.. buat apa nak fikir benda dah lepas?? kalau terkne kat batang hidung korang sendiri macam mana? so diam-diam jelah.. zyla pun dah jadi terlalu redha dengan keadaan macam ni. apa yang pasti kita tak akan pernah menyangka apa yang akan terjadi esok hari atau mungkin 2 minit lagi.. betul kan?? zyla pun tahu ada yang malu nak bercakap dan bagitau kepada zyla hakikat yang sebenar. susah zyla nak katakan kat sini.. walaupun dulu dia yang membimbing zyla tapi sayangnya hari ini dia sendiri yang rapuh dijalan yang dia pilih..
cukuplah dah setahun semangat zyla hilang.. sekarang umur zyla dah 20 tahun.. apapun yang bakal terjadi zyla kene hadapi dengan matang. zyla akan buat silap, zyla akn kecundang tetapi semua itu akan dijadikan pengajaran buat zyla untuk memperbaiki diri ini untuk menjadi lebih elok. cuma, zyla harapkan bila tibanya hari itu, zyla tak nak tengok masa lalu zyla kembali lagi. zyla tak nak tahu apa yang berlaku sebenarnya, zyla tak akan kenangkan lagi.. aish! semualah.. tipulah kalau tak terselit rasa kecewa.. kecewa kerana ada sahabat yang pentingkan diri.baiklah, sekarang ni taraf kau tinggi dari aku.. aku tak pernah nak cemburu tapi yang aku tahu.. aku hilang kau dan dia tapi aku ditemukan dengan banyak sahabat yang menangis bersama aku dan ketawa juga bersama aku. aku faham apa itu erti kasih sayang, erti rindu yang sebenar. dan aku juga tahu kau masih hilang semua itu.. mungkin ada baiknya Allah jadikan kita begini.. mungkin takdir Allah ini tersimpan sesuatu yang kita tidak terfikir. wahai sahabat, dengarlah... satu hari nanti aku berharap agar kau tidak malu sendiri. ingat apa kau pernah buat...
1 comment:
semoga terus tbah menempuhi kehidupan..
kuatkan semangat ye dik..jgn putus asa..
Post a Comment