Wednesday, January 04, 2012

sahabat,,

assalammualaikum...

macam tragedis je tajuk entri zyla kali ini kan. dah lama zyla berfikir dan hari ini zyla nak luahkan kat blog pulak apa yang zyla pendam  selama ni.http://www.emocutez.com. . macam berat sangat kan kes zyla nak cerita ni. tak lah. nak ajak korang bersantai sekejap bersama zyla.selama berada kat tempat orang sekarang ni banyak benda yang zyla belajar dan faham.banyak perkara yang buat zyla tersedar apa yang pernah zyla buat dulu. banyak nasihat yang orang bagi kat zyla dan paling banyak dari rakan-rakan blogger. 

zyla memang banyak sahabat baik sebenarnya. dan sekarang zyla amat rindukan mereka. tapi syukur sebab zya dan sahabat zyla, ieyla aziz masih lagi rapat dan tak pernah terputus hubungan walaupun kami sudah lama tidak bersua. mak selalu pesan kalau bersahabat biarlah seorang asalkan dia menerima kita. tapi mungkin dulu zyla ni suka sangat nak berkawan dan terlalu ramah menyebabkan zyla terkadas dijalan sendiri . sejak 3 tahun lalu banyak pengajaran yang zyla dapat dan kesannya membuatkan zyla berkecil hati dan mahu menjarakkan diri dari mereka. zyla tahu ada yang baca dan salah seorang sahabat zyla akan baca. betul tak awak? awak baca blog saya kan? 

zyla tahu banyak pihak yang terasa. ada juga sampai zyla dan sahabat hanya berbicara melalui blog hanya sekadar satu salah faham. zyla dah lama sedar persahabatan itu takkan putus walau bagaimana cara kita bergaduh atau salah faham masih akan terselit rasa rindu seperti yang zyla rasakan sekarang. dan sekarang  zyla hanya mampu tengok mereka melalui fb. walaupun dah banyak kali zyla nak buang fb tu . 


sebab tu zyla berfikir.. kenapa  semua ini berlaku. jika dulu zyla seorang yang riang kini dan semakin hari zyla menjadi seorang yang diam. tidak banyak yang zyla boleh bicarakan, zyla tak berdaya nak  buat sahabt zyla untuk tergelak bersama, zyla sentiasa tak ada bila mereka bersama. memang zyla pernah terasa hati, tapi zyla dah cuba  untuk maafkan dan sekarang semua hanya tinggal sebagai satu ingatan . sebab tu kenapa zyla tak letak tarikh hari jadi zyla kat fb, zyla nak tengok siapa yang ingat tarikh hari lahir zyla . tapi zyla bersyukur sebab 19 Disember tu ada sahabat yang wish utk zyla. dan pada mereka sahaja yang harapkan untuk berkongsi kisah zyla dan kerinduan zyla kepada sahabat yang lain. zyla mengaku pernah sampai satu tahap zyla menangis kerana terlalu rindu! tapi kalau sekadar menangis adakah meraka tahu ada seorang sahabat yang sedang merindui mereka? mereka tak tahu.http://www.emocutez.com . ini yang zyla tak tahan ni.

apapun hanya doa sahaja yang mampu zyla kirimkan pada  mereka disetiap waktu. salah zyla juga selalu tukar number. fb kan ada apa susah? betul tak? sebenarnya zyla akui entri zyla yang sengal hari tu memang ditujukan kepada seseorang. so zyla dah maafkan. close case please! hanya satu benda je yang zyla mampu katakan.. mereka masih ada dalam hati dan ingatan zyla.http://www.emocutez.com

apapun zyla tetap nak ucapkan terima kasih sayang kepada sahabat zyla daus a.k.a dedek.. sbb dia sentiasa ingat kat zyla dan yang paling best dia siap boleh kenangkan balik siapa zyla masa umur zyla 13 tahun dulu . i love u so much la dedek! itu yang paling  zyla terharu sangat.. siapa sangka kan?? walaupun kiteorang selalu gaduh dan tak pernah nak baik  dan dia ada sahaja cara nak kenekan zyla tapi bila dah berjauhan,  rindu itu sering menyapa dan ingtan kami bersatu lalu fb menjadi sandaran! wah!!!!!! manalah aku dapat ayat jiwang macam ni.. itulah keistimewaan bersahabat... paling tak tahan rindulah.. haha..seriously zyla tak boleh bayangkan kalau zyla ada masa untuk berjumpa dengan ieyla dan dedek .. memang boleh gila dibuatnya! nak tak nak miri mesti kecoh. Insya Allah... boleh!








No comments: