Tuesday, January 24, 2012

buat adik kecilku, Farah Nadia Razali

assalammualaikum...

seketika zyla sibuk dengan tugasan kuliah zyla curi sedikit masa ini untuk menulis sesuatu yang mungkin suatu hari nanti akan menjadi sebuah kenangan buat adik zyla, Farah Nadia jika zyla sudah tiada ataupun zyla terlupa akan tanggungjawab dan kasih sayang zyla padanya nanti.


my Farah Nadia

adik bongsu zyla yang paling manja dan tabah sekali. kini hanya dia sahaja yang menemani ibu dan ayah zyla dirumah dan sekarang dia perlu terima hakikat bahawa seorang lagi abgnya mengikut jejak zyla untuk menuntut ilmu ditempat orang dan hanya akan kembali ke rumah pada waktu-waktu tertentu. Jika dilihat pada wajahnya, begitulah rupa zyla ketika kecil dahulu, cuma mungkin zyla lebih bertuah kerana pernah berasa senang yang amat senang. tidak bagi dirinya. 

jangan sangka si kecil ini terlalu manja, tetapi si kecil inilah yang selalu merindukan zyla, menangis apabila zyla sudah berada jauh darinya. tapi itu dahulu. kini tidak lagi, mungkin dia sudah biasa melihat ketiadaan zyla disisinya seperti selalu.

Farah Nadia atau senang zyla panggil " yaya" memiliki hati yang kuat dan tabah. pernah satu hari, disebabkan bas sekolah lewat beberapa minit menjemputnya diseklah, dia sudah berani untuk berjalan kaki ke sekolah untuk sampai ke rumah. ternyata adikku ini kenal erti masa itu apa sebenarnya. dia paling tidak suka dengan kelewatan. dan tidak akan sesekali lewat. maafkan kak long bila kak long sendiri sebenarnya teramatlah risau apabila pak cik bas sekolah itu menelefon dan memberitahu bahawa Yaya tiada di sekolah! bayangkan jika dia mahu pulang ke rumah dengan berjalan kaki dia perlu melalui jambatan besar dan juga menyeberangi jalan besar. sampai sahaja di rumah, zyla lihat dia menangis apabila ayah menemuinya sudah hampir ke rumah. jauh dilubuk hati zyla, zyla tahu betapa gagahnya hati si kecil ini. teringatkan zyla sendiri semasa kecil dahulu dan bila zyla lihat dia bersama ayah dan ibu zyla tahu dari mana datangnya kekuatan itu. sebenarnya adik zyla mahu balik ke rumah secepat mungkin hanyalah kerana dia hanya ingin melihat wajah ibu dan ayah zyla!

zyla dan 4 orang lagi adik bukanlah golongan mereka yang bijaksana tetapi hasil kesungguhan kami berlima kini kami sudah berada di jalan yang jelas dan hanya perlukan usaha dan restu dari ibu aya, guru dan Allah SWT. 

Sebagai anak sulung, pastinya zylalah sebenarnya orang yang amat rindukan saat bersama keluarga ketika ini. semenjak habis SPM zyla sudah berjauhan dengan mereka dan cuti semester lepas pun zyla tidak balik, bagaimana zyla perlu tanggung rindu yang membunuh ini?

tapi dalam diam, zyla melihat sinat kasih sayang itu.

buat adikku Farah Nadia,

assalammualaikum sayang,

tahun hadapan nadia bakal mengakhiri sesi persekolahan sekolah rendah. pastinya Ayah akan meletakkan harapan tinggi pada keputusan UPSR nanti, supaya nadia akan mengikut jejak langkah abg ke MRSM.. sepatutnya Nadia berasa bersyukur dengan apa jua yang Nadia rasa hari ini. along tahu, banyak keinginan yang lambat untuk dituruti.. tapi along masih berjanji jika bukan ayah dan ibu, kak long sendiri yang akan berusaha untuk memenuhi keinginan, keperluan dan kehendak itu tapi bersyarat, jagalah diri sebaiknya dan maruah keluarga. kak long tahu, apabila nadia melihat kak long dan abg gigih menelaah pelajaran di meja makan seperti biasa nadia terdetik untuk menjadi seperti kami. Nadia, along bukanlah anak yang baik, juga bukan insan yang sempurna. tetapi demi mak, ayah, abg dan nadia , kak long berusaha setiap waktu untuk menjadi yang terbaik supaya kamu sedar bahawa walaupun kelihatan kak long agak manja tetapi dalam diam along tetap gigih untuk memperkukuhkan lantasan kamu berempat supaya berada di landasan yang benar. kak long sudah memberi contoh bagaimana mahu berusaha, abg sudah buktikan formula untuk berjaya dan ayah dan ibu sudah memberitahu bahawa setiap dari kita tidak akan kurang ilmu walau sedikitpun. beringatlah sayang, bahawa kurangnya sesuatu dari dirimu ketika ini adalah kerana satu hari nanti jika kau benar-benar berusaha maka kau akan merasai banyak kehebatan dan kemanisan nikmat usaha gigih, restu ibu dan ayah serta redha Allah kepada kita. nadia, ketahuilah bahawa kita semakin hampir kepada matlamat dan janji along kepada diri along bahawa along akan bawa kamu berempat ke puncak dan harumkan nama ibu dan ayah. 


No comments: