assalammualaikum...
alhamdulillah. pagi khamis ini membuatkan diri zyla berasa sungguh tenang dan aman. semoga kamu semua akan turut merasa apa yang zyla rasakan sekarang. benar pesan seorang sahabat, apabila sentiasa menyucikan diri , kita akan sentiasa berasa senang dan dekat dengan Allah SWT.
semalam, zyla meluangkan sedikit masa berbicara dengan sahabat-sahabat yang zyla kenal pada semester lepas. perkenalan yang tidak disangka itu rupanya melahirkan satu ikatan kasih sayang yang kuat dalam diri kami. alhamdulillah, ini bermakna bertambah lagi mereka yang zyla sayang dan akan mengingati setiap detik yang dikongsi bersama.
ketika berbicara pelbagai topik mengenai diri sendiri... zyla perhatikan terlalu banyak perbezaan antara situasi yang zyla cuba sampaikan. zyla cuba sampaikan situasi yang zyla lihat dan perhatikan selama ini supaya mereka dapat jadikan ikthibar dan panduan. tetapi salah seorang daripada mereka sentiasa mengatakan , sentiasa ada perbezaan . zyla tidak marah dan terima pandangan tersebut.
zyla kembali muhasabah diri. memang banyak perkara dalam dunia ini yang terlalu berbeza. tetapi pernahkah kita terfikir apakah perbezaan itu sebenarnya adalah kebaikan. bagi zyla, biarpun keadaan berbeza seharusnya kita sedar dan berfikir untuk jadikan perbezaan itu sebagai sesuatu langkah untuk kita berubah menjadi yang lebih baik.
soalnya sekarang, segala yang terbentuk dari anak itu adalah daripada ibubapa. teringat kembali saat zyla bersama ayah minggu lepas. menghabiskan setiap detik dan waktu bersama. jika dulu zyla segan mengatakan itu dan ini. tetapi kini tidak lagi... setiap apa yang terlintas di hati dan fikiran zyla, zyla akan ceritakan kepada ayah. sehinggakan hati ini pernah terlalu lama bersedih, dia pernah memahaminya.
ayah sering berkata. " Jika ibu tidak berusaha untuk berikan semangat kepada anak untuk terus belajar sehingga anak itu menampakkan hasil, bagaimana ayah mahu turut berusaha untuk memcari dan memberikan segala kemudahan untuk anak supaya dia terus berusaha mencari ilmu dan menjadi seorang yang berjaya?". yakin dengan kata-kata ini, zyla berani katakan bahawa betapa seorang anak amat bergantung dengan ibu bapa walaupun mereka sudah dewasa. hanya ibu bapa sahaja yang boleh melembutkan hati anak mereka, hanya ibubapa sahaja yang tahu bagaimana mahu membentuk anak mereka dan bukan orang lain.
secara peribadinya... biar banyak perbezaan antara kehidupan kita dan situasi insan lain. seharusnya kta cuba untuk menjadi yang baik. tidak salah jika seorang anak menegur ibu bapanya. tidak salah jika sebagai anak kita tunjukkan perubahan dan berdoalah semoga di akhirat nanti kita semua masih lagi bersama dan tidak terpisah.
No comments:
Post a Comment