Wednesday, January 04, 2012

sakura versi 2012

assalammualaikum, warga blogger pembaca dan my sakura.

http://www.emocutez.com





rasanya belum terlambat bagi zyla untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua. 2011 telah pun berlalu pergi, meninggakan kita dengan seribu satu cerita suka duka yang pastinya kita akan kenang sampai bila-bila dan zyla yakin sekarang ini hati kita pasti tertanya-tanya apakah yang akan terjadi keada kehidupan kita minit yang seterusnya an mungkin esok. wah! puitis nya ayat zyla! nak jadi poyo kejap boleh tak? anyway, zyla masih lagi berusia 19 tahun! korang kene faham dan terima hakikat bahawa zyla masih muda dan sentiasa muda, dan zyla hope disember 2012 ini akan sambut zyla dengan angka 20 dengan sempurna. wah! bagaimana tu? sama-samalah kita lihat nanti. 

alright! hati ini bertambah riang bila zyla dengar suara akak zyla. dan  sekarang ni tujuan zyla untuk menulis blog seakan-akan terbantut bila melihat FB zyla yang penuh dengan...... dengan kasih sayang! haha.. ngok ngek. apapun sakuraputeri milik zyla ni tak akan berubah walau apapun yang terjadi! cewah! tak kisahlah petir, kilat atau ribut sakura zyla tetap akan kekal di dahannya dan selagi itulah zyla akan tekun untuk menulis dan terus mengembangkan apa yang zyla fikir , rasa , lihat dan dengar.wah! rasa macam hebat sangat! betul-betul tak tahan. 


wahai sahabat-sahabat zyla sekalian, apa lagi perubahan baru yang bakal korang ubah dalam kehidupan korang??? pakwe baru ada? makwe baru? hp baru? number baru?? apa lagi nak baru?? apapun yang baru rutin harian kita tak akan pernah jadi baru .. nak tahu kenapa??? sebabnya pagi, siang dan malam kita tetap akan menjalani aktiviti yang sama... bangun pagi, gosok gigi, mandi, solat, kerja/belajar, balik, tidur! betul tak?? tapi kita tetap boleh jadikan semuanya baru kalau kita nak. dan sekarang ni, bila zya dah sedar umur zya bakal mencecah usia 20 tahun zyla telah menjadi insaf!!!!!! Insaf kerana sepanjang 19 tahun zyla menjadi remaja zyla sentiasa menjadi nakal, tak matang, terburu-buru dan terlalu penyabar dan sekarang bila 2012 datang memberi salam zyla nak berazam untuk menjadi seseorang yang matang dan .. dan bermatlamat walaupun matlamat memang dah lama ada.. 

sebelum mengakhiri entri ini zyla nak jawab pertanyaan banyak pihak kenapa nama blog zyla sakuraputeri. sakura itu adalah seseorang bagi zyla. seseorang yang disayang, dirindu tapi zyla dah lama tak jumpa. zyla tahu dia ada kat mana tapi tak berdaya nak berbicara seperti dahulu. kenapa macam ni. sebab nilah takdirnya. laman itu umpama sehelai kertas putih yang sungguh lebar dan besar untuk zyla menulis , melukis atau mewarnakannya dengan apa sahaja yang zyla rasa, dengar, fikir dan lihat, samalah seperti dia yang hanya melihat zyla membesar dan tak mampu mendekati zyla. sama juga macam mana cara dia mengajar zyla untuk berdikari. . Puteri itu adalah zyla.. sebab zyla seorang gadis.. sebab itulah zyla nekad untuk memilih Laman Sakura Puteri sebagai tema blog ini.. 




No comments: