Monday, May 20, 2013

Akhirnya tamat jugak

Assalammualaikum,

Lega! Akhirnya hari yang ditunggu sekian lama tiba jua. Zila telah melaksanakan tugasan terakhir sebagai pelajar semester 6

sungguh tak sangka susah senang selama ni berbaloi jugak. Teringat lagi saat pertama mahu tinggalkan keluarga, saudara dan sahabat .

Semester 1,2,3,4,5 menyimpan pelbagai kenangan dan memori sepanjang di Bangi.

Zila berjumpa dengan pelbagai ragam sahabat yang ada kalanya mencubit dan mencuit hati zila. Kini selepas semuanya berakhir zila faham mengapa harus lalui semua ini.

Mungkin bagi orang lain, apa yang zila laksanakan ini adalah sesuatu yang masih remeh dan tidak setanding dengn orang lain. Tp, zila nak ucapkan trm ksh kepda family , saudara, sahabat, cikgu, pensyarah dan family angkat zila yang sering ada untuk ambk berat tentang zila sepanjang berada di perantauan ini.

Insya Allah hati zila tak akan lupa dengan kebaikan mereka yang membantu zila. Tak terucap dek kata2.

Terima kasih semua.

Thursday, May 02, 2013

Kerana NURUL

Assalammualaikum

Aduh,mencurah-curah pulak idea nak update blog malam macam ni.

Bermula kisah minggu lepas.dapat berita dari senior zyla Nurul Shafiqah dia datang KL nak pergi pesta buku. Meloncat kegembiraan pulak zyla.

Lepas tu, hati ini tergerak nak kontel balik dengan Nurul Atiqah, kawan sekolah dulu. Sekali dia pun bagi Zyla kejutan nak datang Kl jugak!

Kali ini kepala zyla pulak yang pusing.sabtu dan ahad zyla bakal penuh kembali.walau memang tak cukup rehat zyla gagahkan jugak untuk jumpa diorang.

Tapi Nurul Atikah pulak ada buat kenduri, disebabkan zyla duduk rumah dia kenelah tolong.

Kelam kelibut memanglah terasa sangat. Tapi zyla rasa puas dan bahagia sebab dapat jumpa kakak yang paling zyla rindui.

terasa macam sekejap aje masa berlalu, tak lama lagi zila bakal mengakhiri pengajian ini.

Kisah Facebook

Assalammualaikum,

Sementara nak menunggu giliran kat bank ini, zyla nak ambik kesempatan untuk ceritakan apa yang terjadi semalam.

Pagi awal dah bangun, tujuan nak hantar mak cik dan pak cik ika ke airport untuk mengerjakan ibadah umrah.

Lepas tu tengah hari kteorang terus balik ke keramat. Yelah semua pun tak cukup rehat. Zyla pun sudah mula diserang sakit perut.

Bila dah sampai dan susah nak lelap, zyla layan matlutfi.mana tau mengantok. Tapi terkejut sebab kawan infrom ada benda jadi kat facebook Fathin Fazyla. Oh!apa dah jadi?? I question myself. Try login berkali2 tak dapat.sah fb dah kene hack.

Entah siapalah yang rajin buat onar kat facebook kesayangan zyla. Memalukan zyla betul!

Mesti korang fikir boleh check melalui email kan? Memang boleh, tapi semua perlu tahu Facebook tu dibuka oleh kakak senior zyla. Dan zyla hanya menggunakan email tersebut dengan fb tak pernah bukak official email gmail.

Syukur alhamdulillah sebab ada qayum,gong chan,atikah,atiqah,hafiz dan fahim sebab backup zyla.

Kawan qayum try tolong semalam dan kene tunggu 24 jam baru boleh bukak balik. Tapi keputusan telah dibuat.tak akan ada lagi facebook milik zyla.

Kenapa password zyla senang sangat orang heck sebab zyla tak pakai password yang panjang. Zyla tak boleh nak ingat kalau password tu bukan berkaitan dengan sakura.

Monday, April 29, 2013

Thanks sola!

Hah, entri kedua pulak! Ketiadaan laptop membuatkan zyla menjadi sepi dari dunia blog.

Tapi kini smuanya berubah. Dengan bantuan sola, mulai sekarang zila akan aktif semula ke dunia blogger.

dia yang bernama sahabat

assalammualaikum...

mak kata bila berkawan memang biasa kalau kene tinggal kawan. hati manusia akan berubah bila dirinya mengalami sesuatu yang menyakitkan. kadang kala, kita manusia biasa tidak boleh nak terima perubahan sikap seseorang, sedangkan bagi si dia yang berubah, perubahan itu harus dilakukan atas dasar, hatinya sakit kerana masa lalu. dan disinilah akan timbul pelbagai macam konflik dan akhirnya "renggang" akan berlaku. sebagai manusia yang hatinya tidak sempurna, zyla masih sedaya upaya untuk menerima takdir ini.

dan itu jugalah yang membuatkan langkah zyla ke masa depan diiringi oleh perubahan.

"if your friends make mistake and hurt ur heart, please relax and take a breathe, think about her for the past 5 second before she/he did that mistake. and please remember about kind thing that she/he do for you"

itupun kalau ada yang sudi untuk fikirkan sekejap tentang kesalahan kawan kita. hmm.

sekarang hati ini masih merasa bahagia dengan kehadiran beberapa sahabat yang masih sudi bersama dengan zyla.

dan sekarang, selagi ada masa selagi itu zyla masih menunggu sehingga ada sahabat yang sudi menoleh seketika ke arah zyla. supaya zyla tidak segan atau malu untuk memberikan ucapan selamat hari jadi, selamat pengantin baru dan selamat melahirkan anak pada masa hadapan.

zyla amat hargai apa sahaja yang ada pada seorang sahabat. bertelingkah dalam memberikan pendapat itu adalah perkara biasa bagi zyla. itu tandanya, kita tidak terlalu menumpukan perhatian kepada keseronokkan tapi juga perkara lain terutama tentang politik.

makin dekat masa untuk zyla kembali ke Sarawak, semakin hati ini di landa rasa sayu. yakinilah wahai sahabat, pertemuan kita yang satu itu membawa rahmat .

Tuesday, March 26, 2013

kerja lagi.

assalammualaikum...

minggu lepas senior auditor zyla ada inform kat zyla & ika, this week mybe semua kene stay back dekat office to settle down all annual report sebabnya client nak cepat. dia nak buat apa entah dengan annual report tu pun tak tahu. kalau normal tak apalah. ni tak, boleh lagi clients tu tak pernah buat annual report , 5 5 tahun pulak tu, pernah tukar ending year . alamak! dan yang syoknya documents dia tak complete.adeh2, pening kepala zyla ni.


http://www.emocutez.com.. memang hari ini semua ada bawa baju masing-masing. memang sah-sah kene tidur office. boleh pulak pukul 5 petang tadi, zyla dan ika jadi blurr dengan apa yang senior auditor tu dok bebel. bukan calang-calang, nun dari branch bentong. pergh! memang nak kasi kerja cepat siap.



http://www.emocutez.com..tpi zyla mengantok sangat sekarang ni. ada yang suh buat nescafe.. adeh2,. itulah yang akan membuatkan zyla lena lebih awal. si ika pulak sedang menyendiri sambil mengaru kepalanya yang tak gatal melihat document yang entah macam mana diorang design dan gunakn.

memang minggu yang mencabar, pening semalam yang tak mampu tertahan macam nak datang balik.

bos pulak rajin nak datang melawat kteorang. hmm.. apa boleh buat, office dia.. huhu..

itu ajelh, sambil merenung hp zyla yang kehabisan battery, nasib sempat kol mak bagitu, kalau tak mahu dia risau nape zyla tak dapat dihubungi..




Thursday, March 14, 2013

kesulungan ku!


assalammualaikum...

hari ini dah berapa kali zyla dengar orang komen pasal anak sulung, anak bongsu.. dan anak-anak.. haha.

kalau yang sentiasa melihat zyla,
mesti tahu yang zyla ni, 
memang meriah dan suka buat lawak..

sorry but i'am happy to be myself.

banyak jugak yang tak suka bila zyla tak serius!

haha.

lagi-lagi masa lepas jawab periksa.
yelah. diorang semua macam nak lekat kat dinding aje sebab tak jawab soalan ke,
soalan target tak keluar ke, lupa nota ke, salah kira ke..

huhu.

tapi bagi zyla semua tu dah berlaku ,
buat apa nak dikenangkan??

kan?

hah!

bukan apa,
paper tu ada beberapa kali test kot.

so untuk lain kali,

try lah score!

ceh!

bajet aje zyla ni selalu buat macam tu.

hehe/

okeh!

tapi orang sekeliling.

hanya satu sahaja yang anda perlu tahu tentang anak sulung.

tegas.

itu aje!

so jangan minta anak sulung ni selalu jadi serius.
kang awak pulak yang kecut perut.

http://www.emocutez.com

dan jugak kami ni caring loving sangat,

yelah.

kalau bukan yang sulung jaga adik-adik siapa lagi.

untuk adik-adik kat luar sana,
jangan nak nakal sangat,
nanti yang buruknya,

kakak dan abang long korang jugak tau!


Wednesday, March 13, 2013

silap dimana?

assalammualaikum..

teringat apa mama Ika cakap.

" korang ni muda-muda dah banyak konflik!"

http://www.emocutez.com

penat kepala nak fikir pasal sekeliling.

rasanya memang inilah kitaran untuk mengenali dunia dewasa.

dulu zyla selalu fikir,

kalau dah umur 20-an entah macam manalah diri zyla ini.

tapi zyla tak akan lupa bila umur belasan tahun , 19 tahun zyla diuji paling kuat.

nasib baik pengajian sedikit pun tak terganggu.

kalau tak menyesal tak sudah.

bila kawan-kawan ada hal.

dan kadang2 

masalah gedik nak datang kat kita.

zyla fikir,

hati kecil zyla masih mampu bertahan ke?

masih mampu mengalah pada ego manusia ke?

atau zyla akan berubah sikap?

mana silapnya,
zyla tak pasti.

tapi..

zyla masih tak malu untuk memohon maaf 

sebabnya 

dekat akhirat nanti

kita akan berjumpa jugak. 

Sunday, March 10, 2013

jangan ambik hak orang

assalammualaikum...

dah sudah!

inilah bila kegemaran datang kembali.. apa dia?baca novel laa..novel melayu mesti korang tahu mcam mana jalan ceritanya kan? kawen paksa ,lepas tu rampas merampas.. sedih pedih bila membacanya.. macam nak campak aje novel tu dalam laut. haha.http://www.emocutez.com..

tapi bila zyla melihat keadaan sekeliling ada jugak cerita dlam novel itu benar-benar terjdi dalam realiti hidup kita. dan mak zyla selalu pesan dengan tegasnya.. ' kak long! jangan ambik hak orang. biar orang ambik hak kak long. nanti Allah gantikan dengan lebih baik.." itulah pesanan dan amanah yang zyla pegang selama  5 tahun ni.. wah! 5 tahun tu.. lama giler.

bagi yang tahu tentang zyla akan selalu tertanya-tanya kenapa suka mengalh dalam banyak benda? kenapa nak diam dan menyepikan diri. bukn zyla lari dari masalh tapi bila zyl buat mcm tu keadaan tetiba akan bertambah jdi baik. walaupun mengambil masa yang agak lama tapi akhirnya semua pihk akan gembira dan bahagia termsuk zyla.

ya, zyla gembira sekarang. mana ada sedih-sedih dh.. oky aje!http://www.emocutez.com

tapi kenapa lagu blog ini sayu sangat kan?

sebab zyla rindu kat semua orang bila zyla berada diperantauan ni.. ( amboi ! bajet beljar jauh sangat.. padahal kl je kot). hehe. ye, zyla rindu. rindukan mereka yang selalu ada disisi zyla satu saat dulu.

kembali kepada tajuk entri.

memang ada yang jenis orang yang tak senang bila ada orang nk ambik hak dia. tak kishlah jawatan ke, kawan ke, kekasih ke.. nak serang dengan bom terus. nak menangis melalak-lalak, mogok makan, jadi murung.. hmm.. tapi itu normal. tak semua orang boleh kawal diri. dan Allah memang menguji kita pada tahap kemampuan kita. 

zyla pun pernah lakukan kesilapan. menyakitkan hati kawan, hmm..

tapi menjadi kepantangan zyla.. kalau ada yang nak ambik hak orang. kamu tahu jika Allah telah izinkan sesuatu itu berlaku maka akan terjadilh ia. dan apa yang kamu benci mungkin sesuatu yang baik bgi kamu dan sesuatu yang kamu benci akan memberi kebaikan kepada kamu.renungkanlah. 

life is simple. bak kata kawan zyla ika.. semua orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. dan zyla insaf.

yang kesalnya ada mereka yang sampai nak guna ilmu sihir untuk dapatkan apa yang mereka nk. hmm.. tak elok macam tu. tahu tak, bila kita bahagia atas kesedihan orang lain, hidup kita siang malam tak akan bahagia. hati tak akan pernh menipu tuannya . hati tahu bila kmu gembira dan bersedih.

bila zyla tak pernh berusaha untuk pertahankan hak zyla. sekali pun zyla tak menyesal sehingga sekarng, zyla menjadi lega pada esok harinya. zyla tahu kenapa zyla ambik keputusan untuk diamkan diri. sebab ada pihak lain yang lebih penting dari zyla. 

kalau ada yang bertanya dengan zyla... macam mana nak bersabar.. senang aje jawapnnya. jangan cemburu dengn apa yang orang ada dan kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada . dan perkara itu akan buatkan kita jadi sennag dan bahagia.

selalu kita dengar,
 hidup ini bagaikan kertas putih dan tangan kita sendiri yang mewarnakannya. dan sekarang, semua orang sedang melihat warna yang zyla sentuh pada kertas putih itu.. dari dulu sehingga sekarang. janganlah menilai dari mata zyla. memang kesedihan itu ada.. sedih, sebabnya zyla hilng seseorang yang amat zyla sayang dan rindui selama bertahun-tahun. dan paling zyla tak menyangka,, dihujung hayatnya. sebelum arwah menutup mata.. dia masih menyebut nama zyla.. itulah satu kesedihan yang msih lgi bersarang dihati. dan ketahuilah zyla sedang kuatkan diri ketika ini, disaat zyla bakal mengakhiri pengjian zyla. bukan senang tau nak berjauhan dengan kelurga.

zyla selalu rindu.

kalau arwah ibu angkat zyla masih hidup, pastinya zyla sentiasa senang mendengar nasihat dia. merasa belaian dia, melihat senyuman dia. 

bertahun dulu, masa zyla msih lagi seorang yang jahil, zyla tak pernah faham apa yang orang tua pesan. tapi bila kini zyla semkin dewasa, barulah zyla sedar apa yang mereka pesan itu rupanya menjadi realiti hidup zyla.






Friday, March 08, 2013

makanan pedas

assalammualaikum..





bila tengok lauk yang dihantar untuk makan tengah hari ini, perut zyla yang jugak sedang bertahan dengan sengugut terus jadi pedih.. huhu.. sejujurnya zyla memang tak makan pedas. tapi dulu mak selalu pesan, belajar jugak makan pedas kang ada mak cik yang masak tu kecik ati dengan zyla.

dan akhirnya makanan dapat jugak ditelan cumanya terpaksa makan roti dan biskut untuk hilangkan rasa pedas.. macam manalah nak hidup jauh2 macam ni.. eh! bukan dah 3 tahun duduk jauh ke?

kepada yang makan pedas, hormatilah mereka yang tak makan pedas sebabnya perut kami akan jadi lebih sakit kalau makan pedas. huhu.

Thursday, March 07, 2013

gembira itu milik kami!

assalammulaikum!


sebab tak dapat nak lompat,
zyla letak gambar orang lompat-lompat pulak!

hehe.

mungkin betul  apa mama ika kata,

"doa orang teranyai akan termakbul"

dan doa zyla dan ika setelah dianayai hanya satu..

semoga kami mendapat kebahagian ditempat baru dan mengakhiri latihan industri ini dengan hati yang senang.

amin.
dan hari demi hari,
kebahagian dan kegembiraan itu menjadi milik zyla n ika..
kan ika kan?? 
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com


beginilah rasanya!
hati ku gembira,




manusia biasa

assalammualaikum..

its all about relationship..

tak kira berapa lama dan macam mana kita rapat dengan seseorang..

dan bila dia selalu melihat kebaikan kita..

dan tibanya masa kesalahan dikaki kita..

barulah kita sedar..

rupa-rupanya.. tak ada orang yang boleh kenal kita sebagaimana ibu kita.

hargailah ibu sementara dia masih ada.

kerana..

sepanjang hayat dia.

hanya ibu yang kenal siapa kita.

ibu yang tahu kenapa kita buat salah,

macam mana nak pujuk kita,

cara terbaik untuk marah ,

cara terbaik untuk mendekati kita.

yes mum,

when you ask me yesterday..

"ada apa-apa kah?"

hmm..

along tak boleh nak bagitau.

i'sorry.

Tuesday, March 05, 2013

sakura menyepi.

Assalammualaikum...

30 minit lagi nak balik ni. hope Nini dan Kak Fara dah odw balik.. dan zyla akan tunggu diorang ambk. hehe. bertuah noo budak ni.

sebabkan masa tak banyak, zyla pun malas nak buat mukadimah panjang2. straight to the point jelah.

memang nilah tabiat zyla. menghilang bila sibuk dan teettt.. (memendam rasa). huhu.

cuma nak bagitau,

zyla pecah rekod bertukar tempat praktikal disaat2 akhir!! huhu. kenapa? perlu ke zyla cerita? apa yang baiknya untuk zyla cerita?
hmm.. zyla fikir dulu. kalau boleh story, nanti zyla share pengalaman praktikal zyla dengan korang k.

lama tak update pon banyak yang singgah membaca.. betul ke tak, tak tahulah.

Atikah nak ajak balik, meh kita kemas2.. kurang asam laa zyla ni. update entah apa2. tp at least zyla update kan?

Wednesday, January 02, 2013

mungkin sebab masa

assalammualaikum...

lega bila balik kerja. dapat rest dan dengar alunan piano dari blog sendiri. mestilah kita persembahkan apa yang kita suka, sayang, minat dekat blog. ada orang kata, kalau kita kongsikan apa yang kita suka dan minat dengan orang lain mereka akan lebih memahami dan kenal siapa kita.

cuma sekarang ini air mata rasa nak menghujani muka yang kelihatan letih, lesu dan kepenatan ini setelah seharian bekerja dan hati bagaikan dihempas ke lantai seperti serpihan kaca. bila berborak dengan sahabat yang lama tak berhubung. bercakap dan saling mengusik, zyla rasa bahagia. cuma hati terusik bila dia kata zyla dah berubah. dia kata gambar zyla, cara zyla senyum,mata zyla kat Facebook tak menunjukkan yang zyla sememangnya sedang tersenyum.

wahai sahabat,

ketahui dan fahamilah, aku juga seorang manusia biasa yang hanya ada satu hati. bila bahagia, bila gembira, bila rindu, bila sayang, bila dibenci, bila membenci, bila menyakiti, bila disakiti, hanya hati yang satu itu sahaja yang menanggung segala rasa. apakah daya hatiku untuk menahan semua rasa pada waktu yang sama. dalam masa yang sama aku cuba untuk bertahan demi cita-citaku. 3 tahun aku berjauhan aku banyak kehilangan insan yang aku sayang, aku kuat demi tanggungjawab, impian, harapan dan doa keluarga dan guru. aku masih ada empat orang adik yang mahu bermanja dengan aku,. yang melihat setiap inci perjalanan hidupku. aku tak boleh tunjukkan kepada mereka kesedihan aku dan aku tak akan pernah tunjukkan kepada mereka sebb mereka adalah nyawa dan kebahagian hakiki aku. dan aku telah memilih mereka lebih dari dia. 

ya, aku mengaku aku pernah rasa putus asa dan menangis semahunya. aku sapu air mata ini dan aku masih lagi berjalan biarpun kakiku merasa lenguh dan banyak kesan luka pada jari kaki ini. kau selalu tinggikan suara kepada aku bila aku cuba untuk korbankan hati, tapi buta ke mata kau melihat mereka sedang bahagia? kenapa aku? 
aku tak pernah ingin bahagia diatas kekecewaan hati orang lain, aku tidak mahu orang menangis kerana kebahagian aku.


perubahan aku adalah kerana aku mahu pujuk hati yang sedang sayu ini agar bersemangat kembali. kini aku tidak ada sesiapa disini dan aku tak lihat sesiapa dan aku tidak mahukan sesiapa. aku perlu pupuk keyakinan diri yang sudah lama hilang, pulihkan kembali semangat yang sudah lama terkubur. 


kau nak tahu? senyuman aku adalah kerana aku masih lagi ada sahabat yang mahu melihat aku tersenyum dan ketawa bersama mereka biarpun mereka sendiri faham disebalik mata ini tersimpan duka.

fahamilah aku juga adalah insan biasa yang ada kelemahan yang tak semua orang boleh terima.

Tuesday, January 01, 2013

muzik jiwa saya

assalammualaikum!!

rasa lain ke 2013 ni korang?

zyla rasa sama je..

tapi apapun, berharap semua akan senang bila melawat blog ini sebab ada muzik yang akan menemanihttp://www.emocutez.com korang semua dikala hanya tulisan zyla yang menjadi peneman sementara zyla berada di kejauhan ini.tu je.

da.

2013

assalammualaikum...

dah 2013 dah,

^_^