Wednesday, January 02, 2013

mungkin sebab masa

assalammualaikum...

lega bila balik kerja. dapat rest dan dengar alunan piano dari blog sendiri. mestilah kita persembahkan apa yang kita suka, sayang, minat dekat blog. ada orang kata, kalau kita kongsikan apa yang kita suka dan minat dengan orang lain mereka akan lebih memahami dan kenal siapa kita.

cuma sekarang ini air mata rasa nak menghujani muka yang kelihatan letih, lesu dan kepenatan ini setelah seharian bekerja dan hati bagaikan dihempas ke lantai seperti serpihan kaca. bila berborak dengan sahabat yang lama tak berhubung. bercakap dan saling mengusik, zyla rasa bahagia. cuma hati terusik bila dia kata zyla dah berubah. dia kata gambar zyla, cara zyla senyum,mata zyla kat Facebook tak menunjukkan yang zyla sememangnya sedang tersenyum.

wahai sahabat,

ketahui dan fahamilah, aku juga seorang manusia biasa yang hanya ada satu hati. bila bahagia, bila gembira, bila rindu, bila sayang, bila dibenci, bila membenci, bila menyakiti, bila disakiti, hanya hati yang satu itu sahaja yang menanggung segala rasa. apakah daya hatiku untuk menahan semua rasa pada waktu yang sama. dalam masa yang sama aku cuba untuk bertahan demi cita-citaku. 3 tahun aku berjauhan aku banyak kehilangan insan yang aku sayang, aku kuat demi tanggungjawab, impian, harapan dan doa keluarga dan guru. aku masih ada empat orang adik yang mahu bermanja dengan aku,. yang melihat setiap inci perjalanan hidupku. aku tak boleh tunjukkan kepada mereka kesedihan aku dan aku tak akan pernah tunjukkan kepada mereka sebb mereka adalah nyawa dan kebahagian hakiki aku. dan aku telah memilih mereka lebih dari dia. 

ya, aku mengaku aku pernah rasa putus asa dan menangis semahunya. aku sapu air mata ini dan aku masih lagi berjalan biarpun kakiku merasa lenguh dan banyak kesan luka pada jari kaki ini. kau selalu tinggikan suara kepada aku bila aku cuba untuk korbankan hati, tapi buta ke mata kau melihat mereka sedang bahagia? kenapa aku? 
aku tak pernah ingin bahagia diatas kekecewaan hati orang lain, aku tidak mahu orang menangis kerana kebahagian aku.


perubahan aku adalah kerana aku mahu pujuk hati yang sedang sayu ini agar bersemangat kembali. kini aku tidak ada sesiapa disini dan aku tak lihat sesiapa dan aku tidak mahukan sesiapa. aku perlu pupuk keyakinan diri yang sudah lama hilang, pulihkan kembali semangat yang sudah lama terkubur. 


kau nak tahu? senyuman aku adalah kerana aku masih lagi ada sahabat yang mahu melihat aku tersenyum dan ketawa bersama mereka biarpun mereka sendiri faham disebalik mata ini tersimpan duka.

fahamilah aku juga adalah insan biasa yang ada kelemahan yang tak semua orang boleh terima.

No comments: