Monday, April 29, 2013

dia yang bernama sahabat

assalammualaikum...

mak kata bila berkawan memang biasa kalau kene tinggal kawan. hati manusia akan berubah bila dirinya mengalami sesuatu yang menyakitkan. kadang kala, kita manusia biasa tidak boleh nak terima perubahan sikap seseorang, sedangkan bagi si dia yang berubah, perubahan itu harus dilakukan atas dasar, hatinya sakit kerana masa lalu. dan disinilah akan timbul pelbagai macam konflik dan akhirnya "renggang" akan berlaku. sebagai manusia yang hatinya tidak sempurna, zyla masih sedaya upaya untuk menerima takdir ini.

dan itu jugalah yang membuatkan langkah zyla ke masa depan diiringi oleh perubahan.

"if your friends make mistake and hurt ur heart, please relax and take a breathe, think about her for the past 5 second before she/he did that mistake. and please remember about kind thing that she/he do for you"

itupun kalau ada yang sudi untuk fikirkan sekejap tentang kesalahan kawan kita. hmm.

sekarang hati ini masih merasa bahagia dengan kehadiran beberapa sahabat yang masih sudi bersama dengan zyla.

dan sekarang, selagi ada masa selagi itu zyla masih menunggu sehingga ada sahabat yang sudi menoleh seketika ke arah zyla. supaya zyla tidak segan atau malu untuk memberikan ucapan selamat hari jadi, selamat pengantin baru dan selamat melahirkan anak pada masa hadapan.

zyla amat hargai apa sahaja yang ada pada seorang sahabat. bertelingkah dalam memberikan pendapat itu adalah perkara biasa bagi zyla. itu tandanya, kita tidak terlalu menumpukan perhatian kepada keseronokkan tapi juga perkara lain terutama tentang politik.

makin dekat masa untuk zyla kembali ke Sarawak, semakin hati ini di landa rasa sayu. yakinilah wahai sahabat, pertemuan kita yang satu itu membawa rahmat .

No comments: