assalammualaikum...
wah. rasanya dah lama tak update blog. sekarang ni ada masa terluang zyla nak bercakap tentang tabiat zyla yang buat orang hairan. zyla akui kebelakangan ni.. zyla kurang sangat nak jamah nasi. bukan sebab nak berjimat tapi sebab selera tu tak ada dan zyla lebih kenyang makan roti dari nasi. entah, zyla sendiri tak tahu sejak bila zyla hilang selera dengan nasi dan lauk. paling jemu kalau makan nasi lemak.. dah naik muak dh.. kenapa? sebab tulah makanan yang paling sabar zyla tunggu untuk disiapkan lepas kelas..
sebab tulah kebanyakkan oang akan hairan kenapa badan zyla makin susut... entahlah, sejak study ni... selera tu memang kurang sangat... ada jugak masanya zyla kuat makan tapi sekejap je.
zyla akui dulu masa umur zyla 13 tahun, memang badan zyla agak berisi.. masa mula2 pindah kat Sarikei dulu badan zyla masih berisi.. dan lebih ketara badan susut bila zyla masuk form 4 dan lebih kurus lagi masa form 5 dan sampailah sekarang..
memang akuilah ada darah rendah.. memang bahaya lah kalau tak jaga makan kan??? tapi nak buat macam mana kalau tekak ni tak dapat terima nasi sahaja.. dan satu lagi... air.. zyla semakin kurang minum air yang bergula... haha.. ayah yang kene kencing manis anak pulak yang berpantang..sebabnya kalau kita tengah haus minum lagi air manis kan nanti makin haus jadinya.. lagipun mak selalu pesan, banyak-banyak minum air suam biar muka tak kering dan pucat.. dan jugak. zyla akan risau bila warna air kencing zyla tak jernih.. terus terang, korang ada tak concern pasal warna air kencing korang... kalau pekat sangat kuningnya tu, ada yang kata tak sihat tau.. sebab tu kalau zyla jarang kencing zyla akan minum air suam banyak-banyak sampailah terkencing banyak kali sampailah bertukar warna menjadi jernih... hahah... yelah, kencing dan membuang air besarkan salah satu cara kita untuk mengelurakan benda-benda yang tak berfaedah kat dalam badan ni.. sapa
kat sini yang selalu kene sembelit??? tu lagi bahaya kalau jarang membuang tau! walaupun zyla tak selalu makan nasi... kerap jugak buangnya...
haha.. mesti ada yang rasa sengal kan.. kali ni zyla bercakap tentang kencing dan membuang (berak) pulak... nak buat macam mana... ini benda penting kan.. jadi kita kenelah concern tentangnya.. badan kita jugak...
masa sekolah dulu mesti kita selalu dengar cikgu sains kita ceramah , kita makan kene ikut peraturan kat piramid makanan... hahaha... korang ikut ke?? betul ni ikut??? tak percayalah zyla?? masih ramai kan yang makan telur dengan ayam atau daging walaupun kalau ikut sunnah nabi tak elok makan campur macam tu... atau masih ramai yang amalkan makan buah-buahan selepas kita makan nasi?? padahal fakta yang sebetulnya kita kene makan buah dulu untuk bagi warning kat usus dan perut yang bakal menghadam makanan yang lebih berat.. dan pasti masih banyak yang makan nasi bersulam dengan air?? sedangkan tabiat itu tak elok kan?? dan masih ada jugak yang makan dengan gelojah dan menelan makanan daripada mengunyahnya.. betul tak??? dan ada yang makan guna 5 jari sekali padahal nabi kata makan guna 3 jari jelah!!!!
mungkin ada yang sudah tahu atau belum tahu... tapi kat sini zyla share maklumat yang zyla cari dari En. Google yang hensem lagi menawan... hehe.. (click sini)
sama-samalah kita amalkan permakanan yang seimbang supaya kita akan menjadi sihat sehingga ke tua dan subur bagi yang belum kahwin.. (ngok ngek buda ni).. dan2 jugak zyla berpesan kepada lelaki dan perempuan sekalian supaya jangan merokok sebab merokok itu membazir dan membahayakan kesihatan.... zyla pelik bila kat kotak rokok tu dah terang tang tang kerajaan bagi warning akibat rokok tapi masih ramai lagi yang merokok dan syukur sebab ayah dan adik2 dan rokok.. kalau adik2 zyla nak merokok memang nak kene karate lah dengan zyla..
sebelum mengakhiri entri ni( cewah!)... zyla pun nak pesan kat korang.. jangan malas sangat.. kalau dah kene naik tangga tu naik jelah! jangan nak mengada-ngada nak naik lif ke apa.. sebabnya kalau suruh bersenam tak ramai yang nak.. kalau korang tak larat nak aik tangga lagi dh tu tandahnya stimina korang tak ada.. korang tau tak betapa pentingnya stamina tu?? terus terang zyla tak suka lelaki yang cepat lembik.. huh! nanti perut jalan ke depan malu pulak.. salahkan perempuan sebab terlalu memilih nak lelaki kurus( alamak aku!).. dah memang korang malas jaga badan kteorang perempuan ni tak naklah.. haha betul tak wahai kaum hawa di luar sana???.. tapi buat kaum hawa pulak, betullah cara mak kita kalau dia suruh kita cuba mimum air kunyit, air sirih supaya kita kurang alami keputihan akibat penat dan jugak period kita akan jadi lebih lancar... jangan selalu sangat mnum air bergas ataupun yang sejuk2.. nanti mudarat... mak aaiii!! dah rasa mak cik milah membebel dh zyla ni.. yorlh kang tanya pulak apa rahsia zyla awet muda... hahah.. memang nak kene zyla ni kan... betullah... sebab kalau orang yang baru jumpa zyla mesti dia teka zyla ni budak baru habis spm.. jerawat pun kurang kat dahi... tulah jangan awal sangat cuma barangan kosmetik.. dulu pun muka zyla agak berjerawat tapi setahun zyla tak pakai pencuci muka dan hanya guna bedak sejuk sampai sekarang jerawat susah nak naik..
p/s: zyla berpesan kat orang.. zyla macam mana pulak?? tulah nak cakap ni.. azam tahun depan nak cuba makan secara seimbang..
1 comment:
Assalamualaikum...
Kata Aisyah,
"Bid'ah yang pertama kali terjadi sesudah Rasulullah SAW adalah kenyang. Sesungguhnya suatu kaum apabila kenyang perutnya, maka nafsunya menjamah dunia."
Sedikit makan zyla ada kebaikan...
(^-^)
"Moga Allah kasih dengan yang sedang sakit rindu ni"
Post a Comment