Monday, September 19, 2011

Hanya Dia Maha Mengetahui


Ya Allah, Ya Tuhanku

Jika ini yang KAU berikan kepadaku,
aku terima dugaanMU,
sesungguhnya hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang berlaku,
diantara langit dan bumi ini.

Hanya Engkau saja yang tahu,
kekuatan hati kecilku ini,
KAU tetapkanlah hati ini,
agar tunduk dan redha dijalanMU.

Kesakitan yang KAU berikan kepada aku hari ini,
Kau temuikanlah aku dengan Bahagia nanti,
cukuplah bagiku walau sesaat kau memberi peluang,
untuk aku menatap wajah kebahagianku itu.


Tapi aku mohon padamu Ya Allah,
KAU segarkan cintaku,
Cintaku terhadapMU dan insan-insan yang aku cintai,

Harumkanlah kasih sayangku kepada mereka,
agar mereka sentiasa menghidu kasih sayangku ini,
Kau mekarkanlah cinta aku kepada mereka sehingga akhirat kelak.

Andai KAU telah ciptakan seorang sang Adam buatku,
Kau temukanlah aku padanya,
pada masa dan tempat yang telah Kau tetapkan.
Satukan hati kami sehingga ke syurga kelak. 

Andai KAU juga tahu ada hati yang menjauhi aku,
kau hampiri dirinya pada ingatan ku ini,
Kau bukakanlah hatinya untuk merinduiku.
sesungguhnya aku menerima dirinya seadanya.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
sesungguhnya Kaulah Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih,
Jadikanlah aku insan yang penuh dengan kasih sayang.
amin ya rabal al-amin.






" hati kecilku, tabahlah sayang,
pujuklah dirimu dari kelukaan itu,
peluklah rindumu itu seeratnya,
jagalah cintamu dengan sebaiknya,
aku ingin kau tahu wahai hati,
ada bahagianya buat kau dan aku
suatu hari nanti. bersabarlah sayang"

kata-kata, Fathin Fazila Razali. 

 



 
















alhamdulillah.. rezeki Sakura.

assalammualaikum...

pagi-pagi ni.. sebelum matahari naik zyla dah bangun dan terus mintak permission nak on lappy. Zyla nak jenguk Sakura zyla ni. sejak dua menjak ni zyla perhatikan ramai yang datang menjenguk, tak kisahlah yang baru follow atau yang dah lama. Syukur, akhirnya sedikit demi sedikit kehadiaran zyla kat dalam dunia blog ni bersama Sakura disedari.

Mesti ada yang hairan kan, kenapalah tak berhenti nak berterima kasih dan terlalu rasa bersyukur sangat walaupun pencapaian yang tak seberapa. Jangan ingat dekat blog ni je zyla tulis diari, Sakura ni pun zyla tulis jugak apa yang berlaku. Sekarang ni bersama Sakura nilah yang boleh membahagiakan hati zyla di kala sunyi dan resah. Bersama Sakura nilah zyla tersenyum dan menerima lebih ramai sahabat dan kerana Sakura nilah zyla semakin matang dalam menjadi seorang insan bergelar manusia. Sebab tu zyla amat-amat mengalu-galukan kedatangan newbiew dalam dunia blog ni. Selain nak meluahkan perasaan, blog jugak boleh dijadikan sebagai medium untuk kita mempelajari lebih banyak ilmu yang kita tak dapat kat sekolah ataupun Ipta.


2 malam semalam memang tak larat sebenarnya zyla nak balas jejak mereka yang chat kat shoutmix zyla. tapi syukur sebab semuanya zyla dah follow. Bila buka blog, Fb dan Ym.. semua nak chat dengan zyla..



inilah yang terjadi semalam bila zyla on Fb zyla... alahai!!! mana nak layan kat blog, Fb dan Ym?? Zyla pun pening sendiri. Kalau dekat blog ramai yang menyapa zyla, dekat Fb pulak ramai yang rindu kat zyla.. lama dah ek zyla tak online chat tu?
~
zyla akui, sejak baik ni ramai yang ingat kat zyla.. ( terharu~~). Ramai yang rindu. Ingatkan bila zyla dah berjauhan ni diorang dah tak ingat tapi diorang ingat dan rindukan zyla rupanya. Sahabat, kalaulah korang tahu zyla kat sini amat perlukan pertolongan korang sebelum zyla balik Sarawak. Im really not ready for what happen next day. Need all of you to be always beside me. Hold my hands, give me the advice, say something nicely to me so that i felt confident to knows what happen in the past and future.

Fan Page Laman Sakura pun dah ramai yang like. Tak kisahlah kalau baru 18 orang. Kalau betul cara penulisan zyla baik dan zyla aktif dalam berblog mesti ramai yang like nanti. Zyla pun dah lantik kawan zyla, Qayum ( Abdul Shafiq Qayyum) sebagai admin kedua untuk pages tu. Dia je yang boleh tengok notifications pages tu, zyla tak ada hak.. 

kalau boleh zyla nak berkongsi apa yang zyla tulis dengan semua orang. Memang kerap zyla share blog-blog ataupun link blogger lain yang menarik. Seperti semalam..

zyla tertarik dengan entri Merpati Putih.. semalam entri dia yang menarik [sini], dan pagi ni zyla tengok dia ada buat entri baru pun menarik jugak.. jap lagi zyla nak baca.. [sini]. ringan-ringankalah jari-jeari korang untuk click link yang zyla share. Insya Allah sma-sama akan mendapat manfaat. 

baiklah. tak ada apa lagi yang zyla nak tulis. Sekadar mahu mengucapkan syukur sebab Sakura dah semakin membesar dan ramai yang kenal.. thnks untuk mak zyla sebab selalu cakap kat ayah macam ni...   

" biarlah kak long dengan blog dia. Asalkan itu yang membuatkan dia senang dan bahagia"




Sunday, September 18, 2011

follower yang ke-200 dan vector dari adamainaa..

assalammualaikum...

sekarang ni zyla dah boleh tersenyum sebab penantian zyla dah berakhir. petang tadi sebenarnya zyla sendiri tak sangka yang follower zyla akan mencecah 199 orang. blog zyla ni memang follower lambat naik sebab zyla buat blogwalking pun dengan blog-blog yang zyla follower je. 

Hari ni scroll dashboard zyla tengok blog adamainna..hari ni en.Adam kita tu rajin dan ada banyak masa. so dia tawarkan nak buat vector untuk sesiapa je..


vector zyla

                                                               sape rela jadi model

en. adam kita ni sebenarnya memang sangat2 rajin orangnya dan amat berbakat dalam mendesign2 ni. jadi zyla pun bagilah gambar zyla untuk dia buat vector.. sebab zyla rasa gambar tulah yang paling senang dan mudah untuk dia lukis.




zyla bagi gambar ni. ingatkan esok ataupun bila-bila adam akan bagitau gambar mana yang dia pilih untuk buat vector tu..

tapi beberapa jam kemudian zyla dapat pulak information dari en. adam kita ni yang gambar dh siap.
aik! cepat sungguh. tapi zyla tahu memang dengan penuh kesabaran jugak en.adam lukis gambar ni..

dan hasilnya..


untuk en. adam.. thnks a lot.. tak mampu nak balas dengan apa. dan komen dari zyla ialah.. anda terbaik! zyla suka sangat dengan vector zyla ni.. dan vector ni zyla dah letak kat dinding sakura ni.. :").. tak sangka yang ic blog zyla pun dari en.adam ni jugak. 

followers ke -200 hari ini!

tentang follower zyla memang tak kisah sangat sebab kalau kita banyak buat blogwalking baru ramai yang follow kan? tapi zyla hanya larat nak buat blogwalking kat blog yang zyla dh follow je. tapi sekarang dah ramai blog yang zyla jumpa.. ( zyla dah mengantuk masa menaip entri ni)... sebab tulah follower zyla lambat nak naik. tapi tak apa, janji ramai yang selalu singgah.

sebelum zyla umumkan siapa follower zyla yang ke-200 ni, terlebih dulu zyla nak umumkan siapa follwer zyla yang ke-100 ni sebab dia ni special sikit..

follower yang ke-100
            
                                                                  ratu lisa

                                                                

kalau semua nak tahu, cik Ratu Lisa kita ni baru je habis PMR.. selalu jugak zyla jadi silent reader blog dia.. baru je berusia 12 tahun. tapi entri-entri dia, korang bacalah sendiri.. so sweet.. sebab kebanyakkan follower zyla sekarang ni banyak jugak budak-budak sekolah tapi dah reti nak luahkan perasaan dan pandangan mereka tentang kehidupan ni. :").. memang budak sekarang ni lebih advance dari kita kan? apapun adik Ratu Lissa.. semoga nanti boleh jadi blogger yang baik.


follower ke -200


                                                      Radsmil The Blogger

macam mana zyla tahu blog ni. sebab tuan punya blog ni yang terjah blog zyla dulu.. oky, lepas tu zyla terjahlah balik.. wow!! amazing.. zyla terpegun dengan blog ni. kemas, ringkas dan menarik. zyla suka body template dia.. sekali usha.. laa.. stdy software rupanya no wonderlah advance blog dia. apa yang mampu zyla kata tentang blogger ni.. entri dia hari ni best! bagus untuk motivate diri sendiri. [ sini ]
hope korang pun akan follow blog ni ... interesting!!! 

tak banyak yang zyla boleh tulis untuk entri kali ini cuma ingin berterima kasih yang tidak terhingga untuk en. Adam sebab lukiskan vector zyla,untuk Adik Ratu Lisa dan en. Radsmil sebab jadi follower yang ke100&200... terima kasih banyak-banyak dari Laman Sakura Puteri.. semoga ketiga-tiga anda akan berjaya dalam dunia blog ini. 



p/s: tak tahu kenapa.. tapi sejak semalam zyla rasa terlalu dekat dengan semua orang. zyla rindukan mereka yang selama ni selalu ada disamping zyla, berkongsi cerita dan kenangan bersama zyla. Tak kisahlah sahabat di blog ataupun dimana saja zyla sentiasa diburu rasa rindu. Thnks jugak untuk junior-junior zyla yang sentiasa mengingati diri ini. Tak lupa jugak untuk Admin ke-2 sakura, en. Qayum, sebab sudi sokong zyla.. thnks a lot. Tapi apapun zyla masih berharap semoga satu hari nanti kehidupan zyla akan menjadi seperti yang lalu. salam sayang buat semua dari Fathin Fazila Razali.   ♥





Mereka sama tapi tak serupa

assalammualaikum...

hari ni bukan nak membincangkan mana-mana isu... cuma nak bercakap tentang 2 orang rakan blogger zyla ni.. zyla akui selama ni zyla banyak jumpa blogger-blogger yang boleh dikatakan hampir sama. sama dari cara penulisan mereka, gaya hidup dan peganggan mereka... dan lebh teruk lagi kalau diorang mmg kenal dan selalu menziarah zyla.. zyla apa lagi mmg anggap diorang ni sama je... padahal mereka adalah berbeza sama sekali.. huh.. inilah akibatnya oleh perangai lurus zyla.. nak tahu siapa yang zyla maksudkan?




seawal pembabitan zyla di dalam dunia blog ni blogger ni yang zyla  terawal zyl kenal.. syukur sebab dapat kenal dengan dia.. banya info yang zyla dapat dari sini..apapun meh zyla kenalkan dia ini siapa.. Nama sebenar dia Nur Hidayah Binti Ali atau hanya mahu dikenali sebagai Setinggi Syurga.. Bicara tanpa suara tu blog title.. apapun mahu merujuk atau menambah ilmu serba sedikit zyla akan ke blog dia.. kerap juga zyla ken sini tapi kadang-kadang tu zyla tak tinggalkan mesej kat shoutmix dia.. :"). segan lah.. hehe..Hidayah ini asal terengganu, dan sedang belajar dalam tahun dan semester yang terakhir.Dia study kt Universiti Utara Malaysia dan bakal memegang Ijazah Sarjana Muda Operation Management. for Hidayah, zyla ucapkan selamat maju jaya dan semoga menjadi insan yang cemerlang dunia akhirat... :")


blogger ini pun dah lama zyla kenal. dan memang zyla selalu komenlah kat blog ni.. hehe.. yalah kadang-kadang yang ni zyla ingatkan setinggi syurga tapi Menantinya Rumah Tua rupanya.. apapun, Baitiqal ni merupakan bakal guru suatu hari nanti. Untuk Baitiqal juga.. zyla ucapkan yang terbaik dan harap nanti menjadi pendidik yang sejati. Kalau tak ada cikgu maka tak adalah insan-insan yang berjaya hari ini. Terima Kasih.

hah! cubalah korang tengok sendiri dan bandingkan. mungkin korang jugak agak confused dengan diorang.. tapi apapun zyla akan sentiasa cuba untuk membezakn mereka. apa yang zyla blh katakan tentang mereka... mereka sama tapi tak serupa.. :")

zyla pun galakkan korang utk follow diorang... Insya Allah, kalau ada masa diorang akan update info-info yang berguna untuk tatapan kita semua.. 















































sape rela jadi model : adamainaa

assalammualaikum....  





disebabkan adam sangat free dan dia kat dah boleh bernafas so zyla decide bagi gambar kat dia untuk diconteng... tak kisahlah diterima atau tidak.. mood: sengal+ pening kepala!


saya untuk diconteng:


~~~ngeee~~~




dah pandai masak~~

assalammualaikum..

p/s: bila-bilalah korang baca entri ini sebab ini auto publish... so masa korang baca zyla sedang sibuk... tak sihat. haha..

dah baca tajuk di atas.. ?? zyla ni memang asalnya wanita.. belum kahwin lagi. tapi tak cari calon dulu..kalau dah umur 18 ke 20 tahun mesti mak cik-mak cik kat sebelah rumah sibuk nak tanya kat mak kita.. " anak gadis kau dah pandai masak ke?".. amboi mak cik nak jadikan menantu ke? anak mak cik dah cukup syarat? .. haha.. sengal je zyla ni.

dulu masa lepas SPM, zyla terus kerja kat kedai makan, tak sanggup nak duduk rumah 6 bulan! boleh gila zyla kalau tak ada kerja.. lama lah jugak zyla kerja... Barakah Kafe, dengan gaji rm500, makan dan tempat tinggal disediakan dan cuti sebulan sekali. aduh. itu yang tak suka tu.. syukur sekarang tak kerja sana lagi. alah, masa zyla kerja tu memang zyla akui zyla tak reti nak masak. kalau masak pun, huh! makan sendiri pun tak lepas. tapi pelik bila orang kata, tengok gaya zyla pun tahu zyla pandai masak.. lorr. korang tengok je.. belum rasa lagi. kalau korang rasa memang korang dh tak pandang zyla lagi.. haha..

apapun tak pernah lagi zyla masak air sampai hangus oky.. makanan yang paling zyla pandai masak, memang tak boleh lawan lah.. ialah maggi.. haha.. itu zylalah chefnya.. mak zyla pun belajar dengan zyla mcm mana nak masak maggi.. ( tipu je).

mcm yang sedia maklum, zyla sedang belajar sekrang. so memang menetap jauhlah dari family. dalam setahun, kalau zyla balik sarawak je dapat merasa masakan mak. bila hari-hari makan luar, bukan setakat duit je kering tapi tekak pun dah loyar.. yeaks!


tak tahulah kenapa tetapi sejak duduk hostle ni rajin pulak zyla nak masak.. masak apa? berbekalkan skil2 memasak yang zyla ada semasa bekerja dulu, zyla try buat nasi bubur campur kentang..

ini dia rupa bubur yang zyla baru masak... korang rasa sedap tak? ish. zyla ini bukanlah tak reti masak sangat tau.. at least tak masin sangat oky...





nak jugak ke zyla bagi resepi?

bubur nasi  kentang sakura

bahan-bahannya:

beras, suka hati koranglah nak masak banyak mana.

garam, jangan taruk banyak sangat kang masin.

kuib ayam, ikan bilis pun boleh..kalau nasi tak banyak letak satu kuib dah cukup sebb letak garam jugak.

cara2 memasak:
- basuh beras bersih2.. masak bubur tak sama dengan masak nasi, beras tak payah taruk banyak sangat. kalau makan sorang, satu genggam dah cukup.
kentang potong dadu. 
lpas tu letak air banyak sikit. biarkan nasi dan kentang tu jadi lembut. pastikan air sentiasa ada. kalau air korang tak tambah alamatnya jadi nasilah pulak.. 
biarkan sehingga betul-betul nasi dan kentang jadi lembek..lepas tu baru letak garam.
bila korang rasa bubur tu dah nak masak dan tak payah nak tambah air, barulah korang masukkan kiub tu..

p/s: kalau nak sedap lagi korang letak mentaga.. aduh! sedap..
senang kan.. selamat mencuba.. 

masak dengan kasih sayang, Insya Allah.. sedopp.. walaupun bahan tak cukup..
tak payah makan luar lagi, masak sendiri je dalam bilik. 

kalau kawan cakap tak sodap. jangan ajak dia makan lagi.. haha..

amacam.. zyla ada bakat tak jadi chef?? haha..eyh.. salah-salah, bukan chef.. bakal isteri?


















Saturday, September 17, 2011

jenaka itu perlu

assalammualaikum...

alahai.. petang sabtu yang aman ni hujanlah pulak. ditambah lagi zyla yang keseorangan dalam bilik jadi dari tadi memang menatap lappy kesayangan ni..yelah tak tahu nak buat apa, ditambah lagi tak ada teman untuk berborak.. hurm. zyla memang tak reti kalau tak ada teman nak berborak ni. Tadi call mak zyla pun dia tak larat nak berbual sebab pening kepala.

nak tahu apa zyla buat selain blogwalking dan dengar lagu.. pagi tadi bangun zyla terus download Youtube Donwloader.. alah yang ni...



jadi konklusinya aktiviti zyla hari ni adalah untuk mendownload segala macam benda yang boleh menghiburkan hati zyla dikala sepi ini.. wah-wah.. taklah sunyi sangat tapi ada masanya kita kene bersendirian untuk berehat. 

masa zyla tengok menjalankan aktiviti baru zyla tadi , zyla tetiba terfikir.. nak download apa ni? movie ke? hurm.. so apa lagi, disebabkan zyla ni merupakan peminat Maharajalawak dan Jozan zyla pun downloand lah movie2 diorang. lepas tu zyla gelak sorang-sorang layan lawak diorang.. 

macam sekarang, tengah menaip pun zyla sempat nak layan  video diorang ni.. :").. walaupun agak sengal tapi masih boleh layan lagi..




jenaka... ada yang tak suka tapi ramai yang minat kan? sebab ramai yang suka gelak. of courselah zyla dalam golongan yang suka dengan jenaka ni sebab zyla pun selalu spontan je buat lawak ni. family zyla pun suka layan hiburan macam ni so tak ada masalah lah kan kalau cuti sem nanti dok melayan hiburan yang macam ni je...

bagi zyla lawak jenaka ni sebenarnya main peranan jugak dalam kehidupan kita. masa buat blogwalking zyla terbaca entri bogger ni.. [ sini ].. jangan bermurung.. bila fikir balik, memang banyak budak-budak remaja sekarang yang kene penyakit bermurung ni.. termasuklah zyla. tapi itu beberapa tahu yang lalu. sebab sekarang bila dah makin besar zyla jarang nak ambik berat sangat dengan masalah yang zyla hadapi. buat ignore tapi dalam masa yang sama kita kene fikirkan jugak untuk selesaikan masalah tu.

kepada sesiapa yang rasa diri tu mcm serabut dengan masalah, tension ke apa dengan rutin harian kehidupan ni.. just take one day in a week to rest, listen to music, watching movie or somethings that can make you felt better.. tak maulah stress je.. be relaks oky.. take it easily and make it wisely.. 

memanglah zyla pandai bab2 nak motivasi diri ni sebab selalu baca motivasi dari Dato' Fadzillah Kamsah.. masalah kat dunia ni memang tak akan pernah habis dan selesai. hidup ni pun bukan untuk bersuka ria atau berduka sahaja. 

menangislah untuk menambahkan kekuatan hati

ketawalah untuk melegakan resah yang bertandang.. (^_^)