Saturday, October 08, 2011

Ramaikan Follower, Tambahkan Pembaca.

assalammualaikum...

hari ini entri zyla hanyalah untuk join segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger. No talk today! maksudnya tak ada apa yang zyla nak tulis hari ini sebagai catatan peribadi.. Alhamdulillah semuanya seperti berjalan dengan lancar. I hope so. Tapi satu je yang zyla terkejuz.. rupanya saat zyla sedang menaip entri ni azan Zuhur sudah berkumandangan..

Tadi jalan-jalan kat blog KAK SU, pemilik blog Istana Biru... nape panggil dia kak su?? sebab zyla tengok nama url blog dia.. hehe..

oky2.. bukan tentang kak su yang zyla nak bebel kat sini..tapi nak join segmen dari Hasrul Hassan. Zyla baru je kenal blogger ni.. apapun.. nak join jugak!




nama blog ni... Laman Sakura Puteri.

tuan punya blog.. Fathin Fazila Razali a.ka. Zyla.

mula berblog 4 Mac yang lalu.. newbie lagi.

alhamdulillah follower dah 224 orang.

tak suka orang follow je tapi lebih suka kalau ada yang komen kat entri 

tak follow pun tak apa

janji sudi komen apa yang zyla tulis.

(^_^)

Pencarian 50 Blogger oleh Chegu Zubir

assalammualaikum..

Selamat hari cuti buat semua..macam biasa pagi-pagi lagi zyla dah online untuk melihat apa saja yang ada kat wall Blogger.. sekarang makin banyak kan wall Blogger, Sahabat lah, kaki Pinglah, Diari sahabat lah.. adui2.. tapi yang bestnya jumpa jugak blogger yang sama. tapi tak apa. 

memang niat nak buat blogwalking lepas entri ni nak jenguk kat dashboard lagi. 

hari ni nak join segmen ni... Pencarian 50 Blogger... jumpa segmen ni kat wall Blogger... 





chegu Zubir buat segmen ni sekadar untuk eratkan lagi hubungan antara blogger. Walaupun kita kat dunia blogger ni hanya berhubung melalui alam maya ini tapi hakikatnya silaturrahim antara kita pun kene jaga jugak. 

kata-kata untuk mereka yang datang ke blog ni... 

selamat membaca ke Laman Sakura Puteri. tuan nya baru saja berusia 19 tahun. Belum cukup matang lagi dalam penulisan ni. Kalau ada yang sudi follow terima kasih, dan kalau ada yang buruk disini, silakanlah untuk menegur. "

Friday, October 07, 2011

kesibukkan ittu ada baiknya.

assalammualaikum...


wah!!!! Jumaat yang ditunggu sudah tiba. Alhamdulillah, sebab kita masih diberi kesempatan untuk bersua kembali di hari yang penuh keberkatan ni.. :"). korang pulak apa khabar hari ni? bagi abg-abg dan kakak-kakak yang dh konvo tu zyla ucapkan selamat maju jaya di masa hadapan dan tahniah, akhirnya usaha dan penantian selama ni dah membuahkan hasil. dan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang masih lagi berada di IPT korang pun jangan sesekali berputus asa untuk teruskan perjuangan k. tak lupa jugak kata-kata semangat untuk adik-adik yang dah lepas UPSR, tengah hadapi PMR dan yang menunggu untuk SPM.. jangan mudah mengalah.. ilmu itu terlalu indah untuk dicintai.


hari ni zyla sekadar nak catat luahan hati zyla je. seharian ni sibuk dengan urusan menuntut ilmu dan sekarang ni pun baru nak rehat. Kejap lagi nak mandi dan lepas tu nak hasilkan cerpen untuk sambungan Cerpen Adik dan share kat FB untuk bacaaan adik-adik zyla. 

Seharian ni memang sibuk dari pagi sampai petang ni tadi. langsung tak fikir apa-apa. bila dah semua urusan selesai.. baru zyla terasa sesuatu. selama beberapa jam yang lalu zyla langsung tak terfikir apa-apa yang membuatkan mood zyla akan menjadi sedih secara tiba-tiba.. syukur, kesibukan zyla hari ni melalaikan zyla dari berfikir yang bukan-bukan dan menghalang hati ini dari terus mengingati seribu satu persoalan yang singgah di kotak minda ni. dan sekarang baru zyla faham bila orang katakan kalau nak lupakan kesedihan tu kita kene sibukkan diri. tapi dalam sibukkan diri jangan pulak diri sendiri dan tanggungjwb wajib kita tinggalkan...


apapun, esok bermulanya hari rehat buat zyla. ").. Insya Allah kalau ada apa-apa yang nak dikongsikan lagi zyla akan share kat sini.. 

selamat bercuti untuk semua. 






berharap zyla akan tersenyum selalu seperti kartun di atas. 





Thursday, October 06, 2011

belajawan kamu bagaimana wahai pelajar IPT?

Assalammualaikum...

alhamdulillah, walaupun agak kesuntukan masa dan sebenarnya badan pun amat letih sekarang ni.. zyla tabahkan juga diri ini untuk mengudate blog ini. al-maklumlah, kalau nak update lewat malam nanti alamatnya tak terupdatelah. 

Mungkin sekarang ni rakyat Malaysia tengah tunggu Perdana Menteri kita untuk membentangkan Belanjawan Negara kan? tapi hari ni zyla mendapat nasihat yang cukup bernas daripada lecturer Financial Accounting zyla. Thanks miss Rin sebab memberikan zyla kesedaran hari ini. 


Zyla tahu kebanyakkan sahabat-sahabat blogger zyla ni terdiri daripada golongan pelajarkan? tak kisahlah diperingkat mana pun tetap juga seorang pelajar. 

Soalan pertama yang zyla nak tanya korang, Sepanjang stdy ni siapa yang tanggung korang? MARA? PTPTN? JPA? YAYASAN NEGERI?? atau PAMA?? korang tau tak PAMA tu apa? singkatan bagi PAPA & MAMA lah.. kalau korang ni ditanggung sepenuhnya oleh PAMA memang tak payahlah nak baca entri zyla ni.. 



Disebabkan zyla ni memang student account so non-current asset, expenses, non-current liabilities ni zyla memang dah sedar memang ada dalam kehidupan seharian zyla, cuma zyla je tak reti nak aplikasikan dengan betul semua ni dalam kehidupan zyla. . Tadi miss zyla tanya, apa yang zyla buat dengan elaun bulanan yang zyla dapat dari MARA setiap bulan? adakah zyla akan bahagikan dengan sebaik-baiknya sehingga hujung bulan nanti pun masih ada duit untuk dibelanjakan tanpa harapkan mak ayah? jawapannya... adalah tidak. sehingga sekarang zyla sendiri masih tak reti nak bahagikan duit elaun zyla tu dengan sebaiknya dan sentiasa ada kurang.. sampai ayah pernah tanya.. " RM630 tu masih tak cukup lagi ke kak long?"



huh! soalan payah nak jawablah ayah... 

hari ini  buat pertama kalinya zyla dah berasa lega apabila miss Rin berkata begini.


" Nanti bila korang dah naik sem 5, masa tu jangan nak membazir sangat. Duit tu kene simpan. jangan gatal nak tukar HP lagi. tapi fikir untuk masa depan. bukan buat simpanan tapi gumpul asset untuk persediaan masa depan"


korang nak tahu tak apa asset yang dia maksudkan? huh.. lepas kita stdy nanti mesti nak kerja kan? nak kene interviewlah, ke sana ke sinilah.. cuba korang belek almari baju korang.. ada berapa pasangan baju yang sesuai untuk ke pejabat? ada berapa kasut, beg dan tudung yang korang ada untuk dipakai untuk tujuan bekerja nanti? mungkin ada yang fikir... alah! masih awal lagi nak prepare. amboi2.. itu namanya fikiran singkat... cuba korang bayangkan, macam mana keadaan kita selepas grad nanti. Masa tu duit pinjaman dah tak masuk lagi tau, nak kerja? sebulan baru dapat gaji. Manalah tahu rezeki korang murah, lebih grad terus ada yang offer kerja.. hah!! masa tulah baru nak pening kepala nak cari baju yang sesuailah, apalah... itulah maksud yang nak disampaikan oleh Miss zyla.. masa belajar ni tak salah kalau kita nak spend duit kita untuk beli satu set pakaian untuk tujuan macam tu.. kenelah beli yang bersesuaian. Biar mahal, asalkan tahan lama kan?

Jadi zyla nak ingatkan semua yang sudi membaca ni dan ingatan untuk zyla sendiri mulai sekarang ni berhati-hatilah dengan duit pinjaman yang kita dapat tu. Beli asset untuk masa depan. tapi asset tu bukan gadget tau! ish! apa faedah nak beli camera scr tu kalau korang nanti bukannya kerja nak tangkap gambar?


zyla tahu duit sekarang ni macam air je kan.. tup tup korang tengok dalam dompet tu dah tinggal berapa ringgit je.. zyla pun hadapi benda yang sama.. so apa kata mulai hari ni kita sama-sama uruskan kembali perbelanjaan kita? jangan susahkan mak ayah ke, ingat wahai semua sahabat-sahabatku... jangan kerana hari ini kita terlalu senang disebabkan titik peluh ibu dan ayah kita, satu hari nanti bila kita dah jadi insan yang berjaya kita akan lupakan mereka dan abaikan mereka dan ketika itulah kita akan jadi anak derhaka. Dan selalulh perbaiki diri untuk menjadi anak yang terbaik supaya nanti doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi kita.. 


Kita ni dah besar tak payah nak susahkan mak ayah lagi.. cukuplah mereka dah berusaha berikan yang terbaik untuk kita. 





kawan-kawan, meh kita sama-sama buat balik perbelanjaan kita untuk sebulan. Tak payah nak sibuk-sibuk nak tukar HP dulu.. melainkan mak ayah dh offer.. dahulukan apa yang penting dulu.. kehendak ini kalau diikutkan sangat memang kita sendiri yang akan sakit nanti. 






Wednesday, October 05, 2011

Dua Cas Untuk Bangkit

assalammualaikum, pembaca semua. Tengah hari ini sementara zyla tengah berehat dan sambil-sambil menunggu untuk jam 2 petang ni sebab ada sedikit urusan, so zyla dengan murah hatinya nak berkongsi dengan korang semua sesuatu yang zyla anggap menarik untuk dijadikan bahan bacaan kita.

Sekarang ni tengah belek-belek journal Dewan Kosmik edisi Januari-Disember 2003..alah, jangan gelak pulak. tak kanlah kita ni nak baca benda baru2 je kan?? dan mungkin ada yang tak tahu info-info yang kita selalu baca dan dapat pun berasal dari cetakan yang lama jugak. oky! zyla tak nak mukadimah yang panjang2 sebab masa pun tak cukup sebenarnya ni.












Sumber : DR HM TUAH ISKANDAR

Ada orang rehatnya banyak dan tidurnya lama, tetapi badannya tidak cergas. Ada orang rehatnya sedikit dan tidurnya sekejap tetapi badannya kuat. Pernahkan anda terfikir menagapa hal ini terjadi? Sepatutnya orang yang banyak rehat badannya lebih sihat daripada orang yang bekerja kuat dan  rehatnya sedikit. Bukankah begitu?

Kita selalu menyangka apabila kita terlalu menggunakan otak dalam kegiatan harian kita, kita akan mudah sakit kepala , otak akan terdera dan fungsi keberkesanannya akan berkurangan. Walaupun hal ini kadangkala ada benarnya , realitimya tidaklah selalu begitu.









OTAK..

Semakin digunakan semakin ia efisyen. Otak yang lemah adalah otak yang terbiar dan amat jarang digunakan unutk berfikir , mengingat dan mengenali PenciptaNYA..

contoh:

sebuah kereta akan mengalami kerosakkan apabila enjinnya tidak dihidupkan untuk jangka masa lama. Ia akan semakin rosak jika hanya dihidupkan tanpa dipandu. Prestasinya juga akan menurun jika ia tidak pernah dipandu laju. Ini bermakna semakin kerap sesebuah kereta itu dipandu ia akan berada dalam keadaan yang semakin baik, meskipun beberapa hal akan mengalami kesusutan.

Demikianlah otak dan keseluruhan badan kita. Semakin kerap otak digunakan untuk  berfikir, menyimpan ilmu dan dibawa mengenal penciptanya, ia akan semakin terlatih dan cekap. Semakin lama tidak digunakan , ia akan semakin lemah dan hilang wibawa.

Mari kita kaitkan soal pergerakan tubuh dan penggunaan otak scara kerap ini dengan kewajiban yang mesti dilakukan oleh setiap orang Islam yang mukallaf dalam hidup mereka. Kewajiban yang dimaksudkan itu ialah kewajipan sembahyang fardu lima kali sehari.

Kajian tentang sembahyang telah dilakukan oleh seorang profesor dari Amerika. Beliau bukan setakat mengkaji sembahyang bahkan tentang perintah sembahyang berjemaahnya sekali. Beliau mencari sebab mengapa Islam mementingkan berjemaah apabila sembahyang.

Kajian mendapati tubuh manusia mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Menurut Profesor berkenaan , dalam aktiviti harian seseorang manusia ,proses pembakaran tenaga akan berlaku.  Dalam proses ini berlaku pertukaran gas antara positif dengan negatif. Akibatnya ialah ketidakseimbangan cas dalam tubuh. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.






 solat berjemaah.




Kajian Profesor ini menujukkan sembahyang beramai-ramai atau berjemaah itu serta jumlah rakaat yang berbeza-beza antara sembahyang dengan sembahyang yang lain akan menyeimbangkan cas-cas berkenaan. Dalam sembahyang berjemaah, makmum perlu ,meluruskan barisan, digalakkan bertemu bahu dan bersentuhan hujung jari kaki. Cas yang berlebihan , sama ada negatif ataun positif akan dikeluarkan dalam keadaan begini manakala berkurangan akan ditarik ke dalam badan. Semakin lama sentuhan ini berlaku, semakin seimbanglah cas-cas yang dikeluarkan ataupun ditarik balik ke dalam.


Beliau mengatakan , apabila kita tidur , tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Justeru itu, kita hanya memerlukan sedikit proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itulah, sembahyang Subuh hanya dua rakaat.

Setelah seharian suntuk bekerja keras dan memerah otak , semua cas kembali tidak seimbang. Dengan sembahyang berjemaah sebanyak 4 rakaat , memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas.

Situasi yang sama berlaku pada sebelah petang tatkala banyak tenaga dikeluarkan untuk menyambung kembali tugas. Sekali lagi kita kehilangan banyak gas. Dengan hukum supaya mengerjakam sembahyang Asar sebanyak empat rakaat itu, tubuh kita mendapat peluang untuk mendapat cas-cas yang diperlukan.

Selalunya pada sebelah malam kita kurang pula menggunakan tenaga Antara waktu Maghrib membawa ke Isyak , masa yang ada hanya kira-kira sejam. Maka sembahyang Maghrib dilakukan hanya 3 rakaat. Kemudian timbullah persoalan difikirkan profesor berkenaan tentang sembahyang Isyak. Mengapa ia mesti dilakukan sebanyak empat rakaat sedangkan waktu itu kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pertukaran cas yang banyak.

Keistimewaan 4 rakaat pada waktu Isyak akan menstabilkan cas serta memberi tenaga untuk kita bangun malam bagi mengerjakan qiamulail. Tanpa ragu-ragu beliau mengatakan betapa agama Islam  itu sangat lengakap sifatnya  dan istimewa sekali. 

Bagi orang yang mahu berfikir dan menggunakkan otaknya , dia akan mempelajari banyak perkara tetapi orang yang malas akan hanya menimbun kebebalanya.


Oky, korang dah habis baca apa yang zyla share ni? ke ada yang tak faham apa isinya? senang je konklusi yang zyla nak bagitau.. Semakin banyak kita menggerakkan tubuh mengikut keperluan dan kesesuain maka tubuh kita secara automatik akan terbiasa dan terlatih untuk melakukan aktiviti seharian kita. Cas  positif umpama menetapkan pergerakkan tubuh badan kita untuk membiasakan diri melakukan aktiviti atau rutin seperti bangun awal pagi dan solat. Manakala cas negatif pulak akan menjadi beban kepada kita apabila kita tidak melatih diri untuk melakukan rutin tersebut sebagai kewajiban kita dan kita akan berasa cepat penat dan aneh apabila melakukannya secara tiba-tiba.. paling simple contoh zyla bagi ialah bangun pagi. Siapa yang biasa bangun awal pagi, sebelum matahari naik ke atas.. setiap hari pun dan tak kira cuti ke tak dia akan biasa untuk bangun awal. Cuba kalau yang biasa bangun lewat, mereka akan cepat rasa mengantuk dan letih sebelum jam menunjukkan pukul 2 petang. Tak percaya? kajilah keadaan disekelilling korang.



Macam zyla sendiri pon, pernah jugak bangun lewat.. dan zyla rasa amat tak selesa dan pening kepala. Ini disebabkan zyla biasa untuk bangun sebelum matahari naik.

Pesanan untuk korang pulak... kalau kita rajin maka bermutulah kita, kalau kita malas maka kecundanglah kita. tepuk dada tanya selera kawan...



kalau biasa sangat bangun lewat dan tiba-tiba kene bangun awal macam nilah jadinya.

wordless wednesday-5/10/2011


assalammmualaikum.

disebabkan lama tak update dan buat blogwalking,

Laman Sakura ni pun dah jadi suram,

tak semeriah beberapa minggu yang lalu,


apa yang utama sekarang,

adalah tanggungjawab,

Blog,

sebahagian dari diri zyla,

yang akan zyla sentuh jika kelapangan,

dan minda penuh dengan idea yang memberangsangkan.




zyla kembali ke hari sibuk. 





Monday, October 03, 2011

Isnin yang sudah bermula.


assalammualaikum, selamat pagi dan selamat menjalani hari Isnin kepada semua warga blogger.

zyla hanya diberi masa selama 10 minit sja untuk update blog ni.

Hari Isnin adalah hari yang zyla nantikan.

segalanya akan bermula seperti sediakala.

dan esok

zyla nantikan dengan penuh debaran.

Rabu,

mungkin zyla akan mula untuk membiasakan diri dengan kesibukkan zyla yang lalu,

khamis,

mungkin zyla akan menjadi lebih tenang bila berada diluar,

Jumaat,

segala konklusi Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis

dapat zyla jelaskan dengan mudah..

Sabtu,

adalah hari zyla untuk berehat.

Ahad menanti,

bersiap sedia untuk menghadapi hari Isnin yang seterusnya.

Begitu pantas masa berlalu,

dan sekarang zyla sudah sihat sepenuhnya,

zyla akan kembali

seperti Fathin Fazila yang  semua kenali.

Laman Sakura Puteri,

sorry sayang,

tak dapat nak update selalu.

tapi tak kan pernah lupakanmu

dan kepada Qhazrul & Qayyum

sebab selalu bei nasihat dan semangat kat zyla.