Monday, December 31, 2012

saat,minit, jam, & tarikh.

assalammualaikum..

wah!!! Kuala Lumpur dah mula sesak, ramai yang balik awal sejak dari petang tadi. smpaikan zyla dan kawan sekerja pergi kat LHDN Pandan Jaya pun jammed jugak! semangat rakyat Malaysia nak sambut tahun baru kan?macam-macam azam yang zyla tengok kat fb, pergilah sedih datanglah gembira.. oky, zyla faham maksud tu.

tapi apapun, bagi zyla aka nama penuh Fathin Fazila binti Razali yang dah pun berusia 20 tahun genap tapi mulai esok jadi 21 tahun tak berapa nak genap, segalanya masih sama dan tak ada yang berubah. azam, cita-cita, impian semuanya masih yang sama dan bertambah baik. cuma, tahun ini kalau boleh zyla nak luangkan lebih banyak masa dengan mereka yang dah lama tak jumpa dengan zyla. tapi yang pastinya zyla nak jumpa dengan orang tua zyla, nenek dan atok zyla yang masih ada. dan untuk pengetahuan, sekarang ini pak cik zyla sedang tenat kerana penyakit barah, semoga Allah masih beri zyla kesempatan berjumpa dengannya.

sebelum lupa, untuk kali ke 2 , zyla sekali lagi mengubah nama blog ini kepada Kasihnya Sakura. wah! apakah maksud tersirat?

selama 20 tahun zyla hidup ini, dan sepanjang perjalanan kehidupan zyla yang penuh dengan warna warni, hujan, petir, kilat, salji, mendung, panas, zyla dah banyak jumpa dengan insan-insan yang banyak mengubah hidup zyla. zyla akui tak semua mereka kini kekal bersama zyla. ada kalanya hati ini diruntun pilu sebab zyla rasa bertuah berkenalan dengan mereka tapi apakah daya zyla untuk menghalang ketentuan Allah, dan perpisahan itu terjadi, tapi zyla  bersyukur walau perit mana pun rasa itu, zyla masih mampu untuk berdiri disini.




apapun teruskan tersenyum, semoga 2013 adalah lebih baik. amin.

Friday, December 21, 2012

hari jumaat!

assalammualaikum...


6.33 Petang, di audit firm.

Nadia: oi! cik akak! update blog?


sekaranh ni smua orang dah balik kerja dan tersenyum riang sebab dah boleh mula berehat dan bermalasan.. tapi.. tapi...tapi... sekarang ni zyla, Nadia dan hani selaku budak praktikal masih lagi ada kat office ni. apakah situasinya ini???

susah nak cakap.. nak luahkan apa pun tak tahu macam mana nak mula..

hmm..

kene marah dek boss?

mestilah..

nak buat macam mana. ni first projek audit kiteorang.. kenapa nak stay sebabnya hari isnin nanti tak moo kene marah lagi.. huhu.. al maklumlah bos pun dah tua.. cara dia dah lain skit.. kami yang muda ini kene bersabor ajelah.

hm.

letih??

badan dah jabis stamina dah ni..

nak joging pun malas.. nak ajak Ily, Kak Fara dan Ninie keluar lagi malas.. nantilah nak kene kukuhkan balik
stamina ni. baru bertenaga bila buat kerja kan2??

so jangan fikir zyla kene dera atau apa.. stay ni pun sbb dah bincang dengan nadia , habiskan kerja, isnin nanti boleh datang office dengan hati dan riang.. tapi dalam hati ni berharap sangat kerja audit yang kteorang buat kat office client tu disambung kembali.. tak laa zyla nak stay kat office ni sepanjang hari.. bolehlah balik awal.. hehe.. kalah.. nak sambung buat kerja.. tada! selamat berhari malas dan syukur alhamdullilalah buat sahabat zyla, ieja sebab dah mendirikan rumahtangga.. semoga berbahagia ke anak cucu.. jangan tanya zyla ea.. tunggu je entri tu datang... bye! ^_^

Thursday, December 20, 2012

belajar dan bekerja

assalammualaikum..

alhamdulilah syukur , hari ini merupakan hari kedua zyla berusia 20 tahun.. taaddddaa!! zyla dah 20 tahun.. huhu. zyla tak percaya dah ada angka 20 tahun.

tengok tajuk entri mesti ada yg dapat meneka zyla nak cakap pasal praktikal sekarang ini.

memang pun..

rasanya kan.. bila budak praktikal memang akan dilayan seperti dah 3 tahun ada pengalaman bekerja.

rasanya orang yang bekerja perlu tahu, faham dan prihatin.. kami yang praktikal ini hanya faham pada teori yang ada dalam buku tu je. bukan setiap hari kami praktikkan apa yang ada dalam buku. memang, semuanya akan kembali pada asas, tapi apa yang didedahkan kepada kami bukanlah realiti yang sebenar. jadi tanggungjawab anda yang bekerja dan memantau kami yang praktikal ni ialah.. bagilah panduan dan penerangan yang jelas sampai kami faham.. dan bila kene buat kerja terus mengikut contoh memanglah ada silapnya.. sbb tak sama tahun ini dan tahun lepas.

hm. sedih tu memang laa dah bertapa disudut hati zyla ni. ada 2 mahaguru yang nak kene ikut. satu jalan moden satu jalan lama.. rasa macam nak naik kapal terbang aje terus.. ikut jalan udara yang tak pernah ada pertukaran.

harap2 zyla dan kawan2 yang sedang praktikal sekarang ini bersabar ye. nak buat macam mana, mereka memang anggap kita ini dah lama pandai buat kerja tanpa mereka prihatin pada masalah kita takut kerja tu salah.

Tuesday, December 18, 2012

saya tengah buat apa?

assalammualaikum...

malam semalam rasa serba salah bila ada junior yang mesej tanya kenapa lama tak dengar khabar zyla. thnks adik sbb baca blog akak.. bukan akak sibuk sangat dengan praktikal, tapi bila kat office ini, menghadap kerja dan boss tak sempat akak nak tengok hp.

dan sekarang zyla tengah menjalani praktikal kat audit firm.

rasa apa?

rasa mcm orang bekerja lah..

best tak?

kalau kita usaha untuk jadikan benda yang bosan kepada sesuatu yang menarik. akan jadi menariklah,.
dan jugak tengok pada pergaulan kita dengan orang sekeliling.

lepas ni nak buat apa?

kawan cakap.. "KAHWIN"

oppss!! jangan dulu.. hehe.. sbb nya seru tak sampai lagi. dan belum terfikir lagi.. calon? bukan tak ada, yang datang sendiri pun ada. huhu. tapi maaflah EN COOL, saya tak ready lagi..

insya allah akan ada entri tentang tu kalau masih ada umur yang panjang dan rezeki..

kawan sekerja dah tanya nak buat apa.. hahaa.. zyla jawab "update blog".. haha.. bukanlah, sekarang nak buat financial report untuk client.. so balancekan semua report laa..

jap lupa nak cakap..

esok hari jadi saya.. jadi saya dah 20 tahun esok.. bye 19 tahun. kenangan yang indah dan pahit itu banyak mendewasakan saya dan buat sahabat yang terluka kerana saya, saya minta maaf dan awak tahu  itu usaha saya untuk pulihkan hubungan kita. bagi saya lebih baik kita katakan kebenaran dalam kesulitan yang menyebabkan hubungan kita rapuh. rahsia hati awak membuatkan saya faham, yang awak sayang adalah kekuatan awak. dan bila itu sudah menjadi milik awak, saya harap awak akan bahagia.saya masih ada disini untuk tetap kongsi susah senang dengan awak. 

hmm.. kawan sekerja dah mengira hari bilalah dia nak habis praktikal. tapi zyla? lambat sangat lagi. dan dalam tempoh itu berharap zyla tak hilang fokus.. bukan senang nak dapat peluang ini.
tada..



Saturday, December 01, 2012

semua akan rasa yang sama.

assalammualaikum..

dengan keadaan sejuk diluar dan didalam bilik sehingga menyebabkan zyla kene pakai sweater dan stoking sebab tak  tahan sangat, ditambah lagi dengan kepala yang semakin kuat berdenyut-denyut menjadikan zyla tak selesa.. memang tak selesa..

seperti entri yang lepas zyla cerita pasal persediaan untuk intership.. dan sekarang ada satu lagi kesulitan yang harus zyla atasi dan bijak untuk mengatur perjalanan ke tempat praktikal. macam mana tu?? esok kalau dah sihat dengan baik, baru zyla meredah Kuala Lumpur yang sesak ini. hurm. nak tak nak, inilah yang harus zyla lalui. sabar ajelah.

tadi masa melayan Facebook, banyak kawan yang pening sebab ada yang nak dekat Final, ada yang baru masuk semester dan tak kurang jugak yang kebosanan sebab tengah bercuti.

bagi yang tengah study tu memang kalau dah dekat nak final, bersiap sedialah kekuatan mental dan fizikal korang. tidur tak akan cukup punya, bukan setakat stress nak habiskan topik, nak buat presentation lagi, lagi pening kalau group. mahunya tak moha.. lepas tu ada lecturer nak buat quiz la, test laa..semua tu nak tinggikan carry mark.. alhamdulillah semua itu telah selamat zyla harungi. tak ada lagi untuk semester depan.

tapi lain pula cabaran masa nak uruskan praktikal ini. zyla pun tak pasti macam mana situasi kalau aplikasikan nota kepada praktikal.. cuba berharap zyla cepat belajar dan pihak di sana sudi untuk bersabar.. hehehe.

kenapa takut semua akan rasa yang sama.. sebabnya selagi kita ini pelajar semua kesulitan itu akan datang dan ada. tapi ambil sebagai cabaran dan bentuk kekuatan diri supaya kita boleh atasi semua masalah dengan  baik dan tak memudaratkan diri, pelajaran dan keadaan sekeliling..

bak kata pakar motivasi..

" kalau anda stress elakkan untuk melayan Fb sebabnya anda akan menjadi lebih stress apabila melihat status sahabat anda yang lain."

sebab tu zyla memilih blog.. banyak benda bermanfaat zyla baca setiap hari.. cuma kalau tergerak hati je baru zyla buka Fb dan kalau ada idea yang baik baru zyla buat entri baru.

manusia ini perlu sentiasa sedar, tak semuanya indah kat atas muka bumi ini. kalau nak masuk syurga buatlah pahala. sekarang ini, tanya kat hati je. jangan banyak merungut, sebb orang yang merungut itu selalu rugi.